Mungkin mendapat inspirasi dan mahu merasai sebagaimana Nicolas Cage pernah melakukan aksi yang sama di dalam filem blockbuster, Ghost Rider yang popular pada tahun 2007, seorang Youtuber atas nama Mr Indian Hacker membakar motosikal sebelum menunggang bersama kawannya selama beberapa saat sebelum terjun.
Aksi ini mendapat lebih 562,000 like sehingag semalam. Namun yang tidak menyukainya juga ramai iaitu seramai 16,000 orang.
Dalam aksi yang mungkin cubaannya untuk meraih perhatian ramai (walau berbahaya dan membazir masa yang sama), Mr Indian Hacker ini mengakui meniru aksi Nicolas Cage dalam aksi filem Ghost Rider ini.
Ads
Dia dilihat mencurahkan petrol ke badan motosikalnya dan dalam api marak, dia menunggangnya dengan laju selama beberapa saat sebelum terjun apabila motosikal itu semakin marak terbakar. Beberapa orang kru berada di lokasi untuk merakam aksi tersebut.
Mempunyai jumlah pengikut seramai 9.07 juta subscriber ini telah mendapat lebih 4 juta views. Netizen turut memberi komen bahawa mereka terhibur dengan gelagatanya tapi tak kurang juga mengecam tindakannya tersebut.
Ads
Knight Ninja Gaming menulis, ketawa atau rasa mahu menangis untuk motornya.
Shailendra Vishwakarma pula menyifatkan perlakuan yang sangat berbahaya.
Ada juga yang mengkritiknya iaitu 1StopReviews yang menulis “Luar biasa. Saya menghargai hasil kerja dan risiko membuat video ini tapi sejujurnya saya tak akan membahayakan nyawa orang lain untuk membuat video sebegini. Bayangkan membawa motor dengan tangki dipenuhi minyak petrol jika meletup, apa yang akan terjadi? Soalnya.
Ads
Bagaimana pun Mr Indian Hacker di awal videonya menulis, ia hanya untuk tujuan hiburan. Semua aksi video ini dilakukan di tempat yang selamat dengan peralatan lengkap dan dilakukan oleh profesional.
Malah Mr Indian Hacker turut menasihati agar tidak meniru aksinya sebagai Ghost Rider di rumah, sekolah atau di mana-mana. Katanya lagi, tiada orang yang tercedera dalam aksi ini,” katanya team produksinya.
Korang rasa berbaloi ke dengan aksi ini? LIhat video aksinya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aku pernah menulis hal ini beberapa tahun dulu. Tentang dana masjid yang diperam.
Hari Jumaat hari paling ramai orang suka bersedekah. Maka ada masjid kutipan setiap kali solat Jumaat hingga berbelas-belas ribu ringgit. Setahun lebih setengah juta pun ada.
Pendedahan Sinar Harian mengenai simpanan duit masjid di Perak mencecah 7juta menimbulkan banyak benda yang boleh kita bincang secara matang dan tenang.
Ada sesetengah orang masjid tak suka bila orang biasa macam aku nak bagi cadangan dan pendapat. Kata mereka, “Kau seminggu sekali je datang masjid baik duduk diam. Tak payah masuk campur. Ini muka pun payah nak nampak, tiba-tiba nak ajar pihak masjid pula.”
Pemikiran lapuk penuh angkuh begitu kena buang wahai ahli masjid yang dihormati.
Masjid itu bukan masjid kamu. Duit itu bukan duit kamu. Duit kami yang jarang-jarang pergi masjid inilah yang banyaknya kat situ.
Dana masjid adakalanya mencecah jutaan ringgit. Gambar hiasan
Masjid biasanya dalam urusan Jabatan Agama Islam mengikut negeri masing-masing- Gambar hiasan
Aku pernah berborak dengan seorang imam muda. Katanya dana masjid dia beratus ribu sampai tak tahu nak buat apa. Masjid yang sudah dipenuhi aircond, akhirnya dipasang ‘giant fan’ yang berpuluh ribu harganya.
Kerana apa pasang? Apa tidak selesa? Apa belum cukup sejuk?
Bukan, kerana duit dah tak tahu nak buat apa.
Pasang ‘giant fan’ beberapa buah, akhirnya berhabuk macam tu sahaja. Awal-awal pasang sahaja guna, lepas tu tak pasang dah.
Agaknya nak jimat letrik. Lagipun aircond masjid yang baru ditukar itu memang masih sejuk. Tak perlu dah bantuan ‘giant fan’ itu sebenarnya.
Dah jadi satu pembaziran besar kat situ. Belum aku cerita bab masjid beli chandelier berharga lebih RM200k lagi.
Jika orang bukan ahli masjid macam aku dibenarkan memberi pendapat, aku nak usulkan 3 pendapat buat masjid yang punya dana tapi tak tahu nak buat apa.
1.Selepas Asar, AJK masjid boleh meronda kariah mereka. Naik motor bagi salam dari rumah ke rumah. Lihat apa keperluan mereka, apa yang pihak masjid boleh bantu.
Walau tidak mampu beri banyak, mungkin boleh beri sekampit beras 5kg yang berharga RM15 cuma. Atau mungkin setin susu untuk anak mereka. Pilih keluarga yang layak dan bantulah sedikit sebanyak. Baru orang respek dengan geng masjid. Baru mereka yang tak pernah pergi masjid nak dekati masjid.
Banyak aku lihat depat mata, masjidnya nilai berjuta. Duit masjid berpuluh ribu, malah beratus-ratus ribu diperam saja. Sedangkan, ada asnaf sekeliling masjid. Sedangkan, ada orang miskin terpaksa berhutang beras di kedai India supaya ahli keluarga tidak kelaparan.
Bantuan kepada fakir miskin turut dilakukan dalam masjid. Gambar hiasan
Kalau sehari pihak masjid boleh ronda 4-5 buah rumah, sebulan dah 150 buah rumah dah dalam kariah tu mereka ziarahi dan santuni. Kan bagus begitu? Pasti pandangan ahli kariah pada geng masjid jadi lain macam. Kan?
2. Beri kemudahan untuk fakir miskin dalam kariah mulakan kehidupan. Belikan balang air, meja dan payung untuk mereka mula berniaga.
Ajak mereka berniaga di kawasan masjid terutamanya hari Jumaat. Bagi tempat untuk mereka jual air, kuih, makanan, sayur-sayuran dan apa-apa barang yang mudah dijual. Modalkan mereka untuk beli barang mentah buat kali pertama. Cari perniagaan yang modalnya sekitar RM1000 atau kurang sahaja.
Jangan bagi mereka duit, sediakan mereka barang asas untuk mulakan jualan dan bahan mentah. Bantu dan ajar mereka berniaga dengan betul.Kalau sebulan satu keluarga pihak masjid bantu, setahun dah ada 12 keluarga mampu berdikari dan menyara keluarga sendiri. Pilih mereka yang benar-benar layak, walau orang itu tak pernah ke masjid! Jangan pilih kroni pula ya.
3. Di bandar sesak seperti Kuala Lumpur ini, banyak budak-budak tercicir kelas prasekolah. Satu prasekolah hanya terima 25 murid, sedangkan kepadatan penduduk setempat mencecah 2000 murid.
Maka keluarga yang miskin tidak mampu hantar anak-anak ke tadika swasta. Anak masuk ke sekolah rendah tanpa tahu baca kira. Alangkah eloknya jika masjid buka kelas percuma untuk anak-anak tercicir ini. Buka pada hujung minggu pun jadilah.
Ambil saja student Universiti berdekatan atau mereka yang tiada kerja tapi ada bakat mengajar sebagai tenaga pengajar. Student Universiti ni sentiasa mencari kerja part time. Bayar mereka RM50 untuk dua jam pun mereka sangat seronok.
Kalau sehari 2 guru, seminggu baru RM200 (andaikan kelas hanya pada hari Sabtu dan Ahad). Sebulan baru RM800 pihak masjid perlu bayar kepada tenaga pengajar.
Masjid juga makin dikagumi. Orang ramai makin mendekati. Sambil hantar dan ambil anak, mereka pasti turun solat. Dan jika ada seringgit dua dalam kocek, pasti ke tabung masjid juga perginya.
Pandangan ini aku tujukan buat masjid yang kaya raya sampai dana tak tahu nak buat apa. Yang masjid cukup-cukup makan je, teruskan mendekati dan menyantuni ahli kariah masing-masing.
Apa pun, ini sekadar pandangan yang bersifat peribadi. Kalian berhak nak setuju atau tidak. Bebas juga untuk cadangkan aktiviti atau program lain yang lebih bermanfaat.
Cuma aku berharap, tiada lagi dana yang diperam banyak-banyak sampai berpuluh-puluh ribu mahupun beratus-ratus ribu.
Orang bersedekah supaya digunakan untuk memberi manfaat pada masjid mahupun ahli kariah, bukan untuk diperam tunggu dividen mahupun makan bunga sahaja.
Susulan satu rakaman video tular di media sosial berhubung kes seorang pelajar lelaki yang dipukul oleh beberapa pelajar lain di media sosial, polis hari ini telah menahan seramai 13 orang pelajar tingkatan empat bagi membantu siasatan.
Kejadian yang dilaporkan berlaku di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dekat Langkawi, Kedah itu tular sejak semalam apabila warganet mengutuk perbuatan membuli seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun oleg beberapa pelajar lain dalam satu rakaman video berdurasi 25 saat.
Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata seramai 12 pelajar ditahan pada 12.30 tengah hari tadi manakala seorang lagi ditahan pukul 3 petang.
“Daripada jumlah kesemua pelajar yang ditahan, lima daripada mereka merupakan rakan sekelas kepada mangsa manakala baki yang lain dari kelas berasingan. Rakaman percakapan sedang diambil bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kejadian yang berlaku pada 9 pagi semalam itu dipercayai tercetus daripada perselisihan faham antara mangsa dengan pelajar lain. Sejurus kejadian, mangsa kemudiannya membuat laporan polis berhubungnya pada pagi tadi.
Terdahulu, beberapa insiden buli dengan cara memukul rakan pelajar serta melakukan perkara yang lebih terkutuk di kawasan sekolah serta asrama pelajar pernah dilaporkan oleh media sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelitup muka adalah perkara wajib yang korang perlu simpan di dalam beg, kereta atau di tempat mudah dicapai mulai hari ini.
Ini kerana, mulai, 1 Ogos 2020, pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan dalam pengangkutan awam dan di kawasan sesak tumpuan umum seperti pasar tani, pasar raya, taman rekreasi serta tempat pelancongan.
Sesiapa yang dikesan gagal mematuhi arahan tersebut bakal berdepan hukuman denda RM1,000 mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Arahan ini juga terpakai di semua stesen pengangkutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Deras (MRT), perkhidmatan e-hailing dan bas.
Bukan hanya pelitup muka saja didenda RM1000 tapi kalau menulis nama dan nombor telefon palsu pun akan dikenakan denda RM300. Pelanggan restoran yang menggunakan identiti dan nombor telefon palsu semasa menjamu selera akan menerima saman.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan sebaran dalam media sosial bahawa polis melakukan “serbuan” ke atas premis makan untuk memeriksa nama dan nombor telefon yang didaftarkan pelanggan.
Pelanggan yang memberi maklumat palsu akan dikenakan kompaun sehingga RM300.
Bukan itu saja, tidak menjaga penjarakan fizikal juga akan dikenakan RM1000.
Jadi ingat ya, ini jumlah-jumlah denda korang kena bayar kalau gagal mengikut arahan mulai 1 Ogos ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!