Tips Nak Jimat Untuk Pasangan Baru Kahwin

2128

Mula-mula baru kahwin memang semuanya indah belaka. Cium kentut pasangan pun bau harum je.

Tempoh masa setahun dua berumah tangga mungkin boleh dikatakan sebagai tahun ‘honeymoon’. Tapi, dalam melayari manisnya perkahwinan tu janganlah terlalu asyik sehingga boleh mendatangkan kesusahan di kemudian hari.

Tertarik dengan perkongsian yang telah dibuat oleh Isma Addi Jumbri ini, apa kata korang yang baru kahwin tu hadamkan dulu tip-tip ini. Kata orang, sediakan payung sebelum hujan.

1. Berusaha elakkan hutang sampai dua kereta, naik motor berkepit selepas nikah indahnya tak terkata.

2. Tilam lipat atau ‘toto’ pun selesa, tanpa set tidur dan meja solek bukanlah dosa.

3. Kurangkan makan di luar atau di ‘Secret Recipe’, makan di rumah lebih jimat dan boleh gesel-gesel pipi.

IKLAN

4. Tak perlu malu rumah lapang tanpa kerusi meja, kawan beli perabot hutang kita jangan cepat teruja.

5. Beli stok barangan di pasar raya, azam tak nak papa asalkan bergaya.

6. Tak perlu ‘smart tv’ yang lebar sedepa, tabung sambut ‘baby’ jangan pula dilupa.

7. Baca ‘post fb’ dan beli buku kewangan, tingkatkan simpanan untuk realisasikan impian dan angan-angan.

8. Kurangkan makan di kedai, tingkatkan ilmu kewangan biar pandai.

9. Bawa bekal masak sendiri atau disediakan isteri, lebih jimat dan sedapnya hingga menjilat jari.

10. Perkara biasa pasangan baru kahwin mula hidup di rumah sewa, azamlah tak mahu terus hidup menyewa hingga ke hujung nyawa.

11. Usah cepat sangat nak beli kereta baru yang balut plastik, naik motor berdua kenangan indah yang romantik.

Orang tua-tua selalu cakap, lima tahun pertama perkahwinan adalah tempoh di mana pasangan akan diuji dengan ketidakstabilan kewangan. Jadi,. time ni la korang nak kena rancang betul-betul dan janganlah terlalu enjoy sampai lupa nak menyimpan.

Apa-apa pun kami doakan agar korang mampu melayari bahtera rumah tangga yang dibina..