Bagi individu yang suka makan tom yam, sudah tentu mereka akan mencari pes paling sedap untuk menyediakan tom yam terbaik.
Biasanya pes tom yam dari Siam menjadi pilihan, namun ada beberapa jenis yang korang perlu tahu untuk memilih yang paling sedap.
Seorang pengguna di Facebook yang dikenali sebagai Zatty Roslan telah pun berkongsi info tentang pes tom yam yang mana paling sedap kerana dia sering membeli di Padang Besar satu ketika menetap di Jitra dahulu.
Ramai yang dilihat memberikan review memasak guna pes yang tidak sedap, jadi berikut beberapa tip yang diberikan sebelum korang memilih pes tom yam.
1. Yang ada tulisan Thailand paling sedap
Ads
Beberapa tahun lepas pernah cari di Padang Besar tetapi memang susah nak jumpa. Peniaga susun di bahagian salam kedai. Pes ini harganya mahal sikit berbanding dua jenama yang lain. Cara masaknya senang. Letak air, letak pes dan letaklah segala isi untuk tom yam.
Tak perlu nak letak garam, gula atau serai. Tapi kalau letak pes sikit, korang kenalah letak bahan-bahan tambahan semua tu. Kalau letak pes banyak, lebih sedap barulah tom yam menjadi pekat.
2. Pes tom yam jenama Nang Fah
Ads
Perhatikan bulat kecil itu, yang ni sedap juga. Harga murah sikit berbanding jenama tulisan Thailand tadi. Cara masak pun sama, letak semua tak payah adjust apa-apa.
Tapi korang cuba letak susu cair dalam tom yam. Sedap dan boleh kurangkan masam sebab kalau korang letak banyak pes tom yam jadi masam. Untuk yang tak berapa suka masam, boleh letak susu cair.
3. Pes tom yam jenama PUM
Ads
Pes ini kurang sedap dan banyak orang review masak guna pes ini. Mungkin tempat mereka ada jual jenama ini sahaja. Untuk pes tom yam PUM ni korang memang kena adjust sikit. Macam korang masak guna pes tom yam sebelum ini, letak garam, gula, serai, lengkuas, bawang dan semua bahan masakan tom yam.
Pes ini memang berlambak di Padang Besar dan harganya memang lebih murah.
Walaupun Nampak sama, tapi sebenarnya rasanya juga berbeza dan korang perlu pandai memilih untuk menghasilkan masakan tom yam yang lebih sedap. Selepas ini, bolehlah korang jadikan info ini sebagai panduan.
Selamat memasak!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi yang belum tahu, “The Glory” membawa kisah Moon Dong-eun (Song Hye-kyo) yang dibuli di sekolah oleh sekumpulan pelaku, hingga menyebabkan dia terpaksa melupakan impian untuk menjadi arkitek. Apabila sudah dewasa, wanita itu menjadi guru kelas kepada anak-anak pembulinya dan dia mula merencana pelan untuk membalas dendam.
Shin Ye Eun, Pegang watak Park Yeon Jin Drama The Glory Foto: . Netflix
Paling geram tentulah watak Park Yeon Jin yang dilakonkan oleh Shin Ye-Eun ketika waktu remajanya. Ini fakta tentang Shin Ye Eun, remaja pembuli di ‘The Glory’.
Ini berapa fakta beliau:
Debut Shin Ye Eun
Pelakon yang lahir pada tahun 1998 ini membuat penampilan pertamanya pasa 2018 menerusi drama web bertajuk A Teen. Malah, turut menjadi model dalam beberapa video muzik seperti “Shoot Me” Day6 dan “Right” Brown Eyed Soul.
Pelakon di bawah naungan NPIO Entertainment ini juga pernah menjadi model sekolah untuk majalah College Tomorrow 840 pada tahun 2017. Shin Ye Eun kemudian membuat penampilan sulung sebagai pelakon utama wanita dalam drama Korea He Is Psychometric pada 2019.
2. Shin Ye Eun Dalam ‘The Glory’
Dalam The Glory, Shin Ye Eun memegang watak sebagai seorang yang kejam tanpa tanpa belas kasihan dalam gangguannya terhadap protagonis, Moon Dong Eun. Biasanya Shin Ye Eun memainkan peranan yang lebih baik, jadi transformasinya dalam The Glory memang luar biasa.
Malah, netizen yang menonton siri tersebut memuji transformasi dan lakonan aktres dalam siri tersebut. Dalam siaran komuniti dalam talian seperti yang dipetik dari Koreaboo, netizen memuji aktres itu, dengan ramai yang menyatakan bahawa Shin Ye Eun telah melebihi jangkaan mereka.
3. Karier Drama Shin Ye Eun
Untuk info, Shin Ye Eun pernah muncul sebagai watak utama atau cameo dalam pelbagai judul drama Korea. Namanya mula menyerlah apabila membintangi He Is Psychometric bersama Jin Young.
Pada tahun 2020 Shin Ye Eun membintangi drama Welcome sebagai Sol A. Dia juga muncul dalam drama More Than Friend bersama Ong Seung Wu.
Pada tahun 2022 Shin Ye Eun mempunyai peranan kameo dalam Rookie Cops. Bukan itu sahaja, dia turut membintangi drama Yumi Cells Musim 2, Revenge of Others dan The Glory.
Kini aktres itu sedang sibuk dengan projek drama baharunya berjudul Romantic Guest House. Shin Ye Eun akan memainkan watak Yoon Dan O dan akan ditayangkan pada Mac 2023.
4. Hubungan Shin Ye Eun dan Park Solomon
Shin Ye Eun dan Park Solomon. Foto: Via. Netflix
Pelakon All Of Us Are Dead Park Solomon bertemu pertama kalinya dengan Shin Ye Eun menerusi drama Revenge of Other. Chemistry kedua-duanya dalam drama itu turut mendapat perhatian netizen. Malah Lomon memuji lakonan Shin Ye Eun, yang telah terlibat dalam projek bersamanya selama lapan bulan.
“Saya rasa penyelarasan peranannya dengan watak sendiri adalah 130 peratus daripada 100 peratus. Dia (Shin Ye Eun) melakukan kerja yang luar biasa,” kata Lomon memuji gandingannya dalam drama Revenge of Other.
5. Mirip Bea Suzy
Bea Suzy Kiri dan Shin Ye Eun kanan
Selain bakat lakonan yang terpendam, gadis cantik ini bertuah kerana ada daya tarikan yang luar biasa. Rupa parasnya juga dikatakan seiras dengan Bae Suzy.
6. Instagram Shin Ye Eun
Shin Ye Eun merupakan salah seorang pelakon Korea Selatan yang aktif di media sosial. Menerusi akaun Instagram @_shinyeeun dia mempunyai lebih dua juta pengikut. Pelakon berusia 25 tahun ini sering berkongsi pelbagai aktivitinya di Instagram termasuk ketika di set
Memang menjadi betul watak yang dipegang Shin Ye Eun ini. Dalam pada itu, “The Glory” juga telah dinobat sebagai K-Drama paling popular kini menerusi Good Data Corporation.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Shila Amzah memang sinonim dengan industri muzik Malaysia. Menceburi dunia seni sejak kecil, anak kepada ND Lala ini berjaya memahat nama sebagai salah seorang penyanyi berkaliber negara. Kehebatan vokalnya tidak perlu disangkal lagi.
Shila antara penyanyi yang banyak menyertai pertandingan dan menerusi platform-platform tersebut dia berjaya memahat nama dalam ingatan para peminat. Bermula dengan Bintang Kecil RTM yang mana dia mendapat tempat kedua, ibu kepada seorang cahaya mata ini mencipta nama sebagai penyanyi cilik terkenal. Ketika itu dia popular dengan gelaran Shila Tekno. Lagu-lagunya menjadi siulan ramai seperti Kita Berdansa dan Yang Teristimewa.
Kemudian pada tahun 2007 ketika berusia 17 tahun dia mengambil keputusan untuk menyertai One in A Million, sebuah rancangan realiti nyanyian yang menawarkan hadiah bernilai RM1 juta. Pada penghujung pertandingan dia terpaksa berpuas hati sebagai pemenang tempat kedua di belakang juara, Ayu Damit.
Pada 2012, Shila menyertai pertandingan nyanyian Mania! yang disiarkan di Astro Ria namun dia hanya berjaya sampai ke peringkat separuh akhir sahaja. Terus mencuba dan tak kenal erti kalah, wanita berusia 32 tahun ini mengambil keputusan untuk menyertai sebuah pertandingan jauh di negara China pada tahun yang sama.
Pertandingan nyanyian yang diberi nama Asian Wave ini ternyata menjadi titik tolak kepada kemasyhuran namanya di luar negara. Dia yang tampil anggun dalam balutan hijab menyerlahkan persembahan yang cukup memukau sepanjang minggu dan sekaligus bergelar juara. Sejak itu namanya mekar di sana dan mengumpul jutaan peminat berbangsa cina.
Bukan sekadar menjadi juara Shila memenangi banyak anugerah atas pencapaiannya yang memberangsangkan. Selain Asian Wave, Shila turut menyertai rancangan I Am Singer musim kedua pada 2014 yang mana dia berjaya berada di kedudukan ketiga. Menerusi pertandingan ini namanya mekar sehingga ke Hong Kong dan Taiwan.
Menerusi kejayaannya di negara China, Shila mengecap status sebagai penyanyi bertaraf antarabangsa. Lebih membanggakan, dia berjaya mengungguli dunia muzik yang bukan berbahasa Inggeris.
Pemilik nama penuh NurShahila Amir Amzah ini sekali lagi mencipta rekod tersendiri apabila dia rupa-rupanya suara di sebalik maskot Rambutan yang menjadi juara dalam rancangan realiti The Masked Singer Malaysia musim kedua yang disiarkan di saluran Astro Warna yang disiarkan awal tahun ini.
She is definitely in it to win it! Kini Shila sekali lagi mencipta gelombangnya tersendiri apabila menjadi salah seorang peserta rancangan hiburan popular, Gegar Vaganza. Ternyata kehebatan vokal dan kredibiliti persembahannya meletakkan dia antara peserta yang melangkah ke peringkat akhir.
Sepanjang pertandingan yang sudah berlangsung selama sepuluh minggu, dia boleh dikatakan selesa berada di kedudukan yang baik apabila mencatat markah tinggi.
Jadi adakah Shila akan menjadi juara Gegar Vaganza? Sama-sama kita nantikan. Apa yang boleh disimpulkan, semangat yang dimiliki oleh penyanyi versatile ini cukup mengagumkan. Dari satu pertandingan ke pertandingan yang disertai, dia muncul sebagai antara yang terbaik.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tanggal 22 Februari 2022 yang lalu menjadi hari paling gembira buat Diva Pop Indonesia ini apabila anak sulungnya, Aurelie Hermansyah selamat melahirkan anak sulung. Dengan kelahiran itu secara rasminya Krisdayanti menjadi seorang nenek pada usia 47 tahun.
Bayi perempuan yang dilahirkan menerusi pembedahan caesarean di RSU Bunda Jakarta dengan berat 3.3-kg itu disambut dalam suasana penuh meriah dengan keluarga besar semuanya menunggu penuh debar.
Menantu Krisdayanti, Atta Halilintar menyatakan menerusi Instagramnya yang anaknya itu merupakan malaikat hidupnya.
Lumrah menjadi seorang selebriti, segala kehidupan keluarga ini menjadi tumpuan ramai. Ramai tertanya-tanya bilakah mereka akan berkongsi wajah cucu pertama. Ternyata selepas empat hari, Atta dan Aurel bersetuju sama-sama memperkenalkan anak mereka kepada umum.
Dengan wajah mulus putih bersih, si comel dengan rambut hitam lebat itu menjadi bualan. Semestinya neneknya tidak sabar-sabar untuk berkongsi berita. Dalam hantaran di laman Instagram dan beberapa foto dimuat naik di insta-story, Kridayanti berkongsi wajah cucu sulungnya itu yang didekatkan kepada wajahnya.
Ujar ibu kepada empat cahaya mata itu, “Alhamdulillah, perkenalkan cucu kami. Ameena Hanna Nur Atta.” Mengenakan busana rona merah jambu sedondon dengan cucunya itu, potret yang dimuat naik menuai pujian ramai.
Meninjau ke laman Instagram Atta pula, bapa baru ini berkongsi maksud disebalik nama anaknya itu. “AMEENA daripada nama ibu nabi yang kuat dan hebat dan melahirkan Manusia Paling mulia, HANNAH bermaksud kebahagiaan untuk keluarga kami, NUR pula cahaya keluarga kami dan nama ibu hebatnya, ATTA bermasud Binti ATTA dan juga ini nama keberuntungan keluarga ini,” kongsinya.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Erin Malek, seorang selebriti Malaysia yang terkenal dengan bakat lakonan dan kecantikannya, sering menjadi inspirasi ramai wanita dalam menjaga kecantikan kulit.Kini lebih menumpukan perhatian...