Satu pencapaian yang membanggakan rakyat Malaysia!
Atlet negara, Soh Wai Ching berjaya untuk menyelesaikan percubaannya mengatasi rekod semasa Guinness World Records bagi cabaran pendakian tangga menegak terhebat dalam satu jam (Greatest Vertical Height Stair Climbing In One Hour) semalam.
Bertempat di Hotel Four Seasons Kuala Lumpur, Wai Ching telah menamatkan lariannya pada jam 10 malam dengan jarak larian menegak sejauh 1.295 kilometer, bersamaan 66 tingkat.
Ads
Atlet berusia 26 itu sekaligus telah memecahkan rekod terdahulu yang dipegang oleh atlet dari Sepanyol, David Robles yang memanjat menara setinggi pada jarak 1.277 kilometer dalam masa sejam.
Catatan masa dan jarak Wai Ching itu kini sedang dalam proses diteliti oleh pegawai Guinness World Records.
Jelas pihak mereka melalui panggilan video kepada Wai Ching, mereka memerlukan masa sehingga dua hari sebelum keputusan rasmi dapat dikeluarkan.
Ads
“Saya gembira kerana berjaya mencatat masa yang baik tetapi sedikit kecewa kerana tidak dapat mencapai sasaran jarak peribadi saya pada 1.3 km dalam satu jam…”
Tahniah REMAJA ucapkan kepada atlet ini kerana berusaha untuk memajukan diri dan membanggakan nama Malaysia ke mata dunia. Bukan itu saja, usaha Wai Ching ini juga bertambah bermakna kerana dia melakukannya sebagai usaha mengutip dana untuk Persatuan Larian-Menara Malaysia.
Sebelum ini, Wai Ching pernah menyertai cabaran seakan sama di menara Eiffle di Paris pada tahun 2018. Cabaran tersebut merupakan salah satu larian paling berprestij bagi kategori larian menegak dan Wai Cing merupakan wakil Asia pertamanya yang terpilih untuk menyertainya.
Menariknya pada waktu itu, dia berjaya bertahan untuk berada pada kedudukan 10 teratas daripada 130 orang pelari!
Kalau penulis jangan cakap 66 tingkat, 6 tingkat pun tak tahu la mampu ke tidak.. Hehe!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Shah Alam memang terkenal antara syurga makanan. Banyak lokasi enak seperti Bawal Goreng Panas di Padang Jawa, Cendol Durian Markona, Restoran Kueh di Seksyen 13, D’ Kayangan Steam Boat, Nasi Bukit, Nasi Gepuk di Seksyen 7 termasuk Nasi Ayam paling enak yang boleh didapati di CRG Chicken Rice Guy (CRG) di No 40 Jalan Zirkon 7F/F, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.
Kalau korang nak tahu, port makan sedap ini terletak di Seksyen 7, Shah Alam berdekatan pintu masuk ke Universiti Selangor. Lokasinya memang port cantik kerana mudah untuk diakses termasuk jika korang datang dari Lebuhraya Persekutuan.
Inilah CRG Chicken Rice Guy (CRG) di No 40 Jalan Zirkon 7F/F, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor
Mungkin ramai yang cakap ala nasi ayam, semuanya sama. Tapi REMAJA nak bagitahu, nasi ayam di CRG Chicken Rice Guys ini bukan menu biasa-biasa sebaliknya begitu istimewa kerana sambal dan kicapnya. Nasinya memang sedap sangat dan boleh dimakan begitu saja.
Malah kalau korang baca review tentang CRG Chicken Rice Guys ini, korang boleh nampak semuanya memberikan lima bintang ke atas setiap makanannya. Sebabnya hanya satu, semua makanannya enak dan best.
Inilah nasi ayam paling sedap. Harga murah aje RM5.50 dan paling penting tiada MSG ya. Memang terbaik.Rizal yang juga Ketua Perhubungan Awam & Pemasaran akui CRG Chicken Rice Guys diserbu pengunjung kerana kesedapan makanan di restoran ini.
REMAJA berkesempatan menemuramah salah Ketua Perhubungan Awam & Pemasaran CRG Chicken Rice Guys iaitu Rizal. Menurutnya CRG Chicken Rice Guys sentiasa mengamalkan konsep setiap makanan yang disajikan mestilah enak dan berkualiti tinggi.
“Perkara pertama kami amalkan ialah tak ada makanan lebihan semalam dibawa ke hari esoknya sebab kita nak jaga kualiti.
“Keduanya makanan mesti fresh termasuk bekalan makanannya. Dapur juga terbuka untuk memudahkan pelanggan melihat apa kami masak.
Dapurnya terbuka dan pelanggan boleh tengok bagaimana makanan dihasilkan
“Dan paling penting servis kena cekap. Masa menghidang makanan juga kurang dari lima minit supaya pelanggan tak tunggu lama,” katanya ketika ditemui.
Kesemua finalis Dei Remaja pernah try makan di sini. Dan semuanya recomended
Kalau korang nak tahu, nasi ayam di CRG Chicken Rice Guys ini ada pelbagai menu. Satu nasi ayam hainan, roasted dan satu lagi nasi ayam biasa.
Menu itik berempah yang mesti cuba. Siapa yang tak biasa makan itik dan sekali cuba pasti korang ketagih lepas tu nak cuba lagi
Kalau korang berani nak try makan lain dari kebiasaan, korang boleh try itik berempahnya selain itik panggang.
Menurut Rizal, itik ini special sedikit.
“Kita akan perap rempah ratusnya dan kita sediakan mengikut selera tekak orang Malaysia yang ada rasa pedas dan enak. Paling best sos plumnya yang boleh membuka selera,”katanya yang sentiasa menekankan kualiti kontrol bagi setiap makanan yang disajikan untuk pelanggan.
Inilah kuew teow yang sangat sedapMi kicap yang harus dicuba, memang sedap
Selain nasi ayam, ada juga keow teow yang diiktiraf sebagai port makan keow teow paling enak selain nasi ayamnya oleh penduduk Shah Alam. So dah boleh bayangkanlah apabila terpilih sebagai restoran terbaik, pasti semuanya enak-enak belaka.
“Semua menu di sini adalah menu pilihan dan disukai oleh keluarga salah seorang pengasasnya, Audi. Menu-menu inilah yang kita bawakan untuk orang ramai,” katanya memaklumkan CRG Chicken Rice Guys ini diasaskan bersama oleh Audi, Firman dan juga pihak pengurusan lain.
Mi kari pun ada. Macam-macam menu ada di jual di sini
Menurut Rizal, semua menu di sini adalah menu kegemaran rakyat Malaysia.
“Ramai yang minta kami buka francais luar dan semua itu masih dalam perancangan rapi. Namun yang begitu, CRGCHICKENRICEGUYS ingin memastikan mereka sudah bersedia secara keseluruhan sebelum melangkah lebih jauh,” katanya yang bertindak sebagai Ketua Perhubungan Awam & Pemasaran CRG.
So korang, menu dia pun murah-murah saja. Bermula dari harga RM5.50 sahaja, gerenti korang kenyang bila mencuba di sini.
Jom tengok video di bawah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak salah kalau sesekali kita hiburkan diri dengan menonton drama atau filem.
Mungkin kerana imej PU Azman yang lebih sederhana orangnya dalam dunia hiburan, tak ramai yang menyangka bahawa PU ini juga mengambil tahu perkembangan drama terbaru dari Korea Selatan!
Bukan sekali, tetapi sudah dua kali PU dilihat memberikan komen kepada pelakon drama Touch Your Heart iaitu Lee Dong Wook.
Kali pertama adalah semasa PU berada di Dungun hujung minggu lepas, lalu melakonkan semula babak di pantai Jumunjin dalam drama Goblin, di pantai Dungun Terengganu. Mirip pelakon sebenar dah PU!
Hari ini, PU sekali lagi menghiburkan hati kami dengan meninggalkan komen di posting terbaru Lee Dong Wook yang sedang ‘bergelut’ meletakkan telefon pintarnya di atas meja.
Selepas industri hiburan tanah air dikejutkan isu pelakon dan usahawan, Mawar Rahshid menanggalkan hijab, tuan empunya badan akhirnya membuka mulut dengan berkongsi kenyataan yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.
Bekas peserta Dewi Remaja itu mengakui tindakannya membuka semula hijabnya adalah sebagai perbuatan yang tidak baik selain tidak wajar dicontohi.
Bagaimanapun sebagai manusia biasa, ibu kepada dua cahaya mata itu sedaya upaya mahu memperbaiki hubungannya dengan pencipta dan bertanggungjawab sepenuhnya atas perbuatan yang telah dia lakukan.
“Assalamualaikum semua. Minta maaf saya tidak angkat dan balas mesej semua yang bertanya tentang keadaan saya. Saya baru ‘on’ telefon.
“Saya akan bagi kenyataan di sini sahaja ya. Saya tidak mahu bercakap banyak tentang isu ini, sebab tindakan saya ini bukanlah tindakan yang baik dan patut dicontohi.
“Sungguhpun semua ini sudah berlaku, saya masih berusaha untuk memperbaiki hubungan saya dengan Allah SWT. Biarlah usaha saya ini antara saya dan Allah sahaja,” katanya.
Dalam pada itu, Mawar turut memohon maaf kepada peminat yang kecewa atas tindakan yang dibuat dan memberitahu masih dalam fasa berusaha untuk istikamah selama ini, namun gagal.
“Saya juga hendak minta maaf kepada semua orang yang saya sudah kecewakan. Saya dan buat dan saya sudaya upaya untuk istikamah selama ini.
“Tetapi saya gagal kali ini. Doakan saya untuk istiqamah dalam usaha memperbaiki diri yang penuh dengan kekurangan.
Pada masa sama, dia juga mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya yang tidak putus-putus memberikan kata positif dan mendoakan kebaikan untuk dirinya.
“Terima kasih kepada yang masih menyokong saya, bagi kata-kata positif dan mendoakan yang baik-baik untuk saya. Terima kasih,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.