Tinggalkan Kerjaya Guru, Bomoh Cantik Di Singapura Ini Kaut Untung RM216,000 Sebulan

Share

Kalau bercakap soal pekerjaan profesional yang mencabar dan paling stress, rasanya rata-rata daripada kita sudah tahu dan sedia maklum. Tapi korang pernah terfikir tak dizaman serba moden kini perkhidmatan ahli sihir atau bomoh masih digunakan. Menariknya, ia sangat menguntungkan.

Foto Via Asia One

Percaya atau tidak, wanita yang dikenali sebagai Bambi Leong ini merupakan ahli sihir moden di tengah bandar Singapura. Menurut laporan Coconut Singapore

dia berjaya memperoleh sekitar $ 70,000 atau sekitar RM216,906 sebulan bagi perkhidmatan membaca mantera, kad nasib, menjual anak patung berhantu dan membuat lilin berbentuk alat kelamin.

Wanita berusia 28 tahun ini turut menggelarkan dirinya sebagai DarkWitchBambi serta memiliki premis perniagaan yang dinamakan sebagai The Love Witch. Leong menawarkan perkhidmatan menjual buku mantera yang membolehkan pelanggan bercakap dengan orang yang sudah mati dan menyakitkan orang yang masih hidup. Selain itu, dia juga memberi perkhidmatan yang membantu rohani dan dalaman manusia.

Menurut Asia One

, Leong menyatakan bahawa pengalaman pertama dia melihat benda-benda ghaib adalah semasa dia kecil. Bermula sejak umur 2 tahun Leong telah didedahkan dengan pengalaman yang penuh mistik.

 

Leong mula serius dalam industri ilmu ghaib ini pada 2019. Dia meninggalkan kerjanya sebagai guru Bahasa Inggeris kerana tidak rasa itu adalah pekerjaan yang tepat untuknya. Selepas berhenti kerja, dia mula menawarkan perkhidmatan membaca kad nasib di Carousell, langkah pertama yang membantu mempromosikan perniagaannya.

Mendengar cerita Bambi Leong ini teringat pula penulis dengan filem ahli sihir yang terkenal seperti “Maleficent”,”Snow White: Revenge of the Dwarfs” dan “The Brothers Grimm”.

IKLAN