Sejak semalam di fb Ustaz Ebit Lew, dengan penuh keikhlasan hati serta tangisannya, beliau berjaya mendapatkan sebuah rumah sewa untuk diduduki oleh seorang lelaki tua, Pak Ad yang terbaring lumpuh bersama cucu-cucunya. Rumah yang diduduki sebelum ini agak uzur dan tidak sesuai diduduki.
Kejujurannya membantu keluarga ini dapat dilihat kerana Ustaz Ebit Lew bersungguh-sungguh mencari sebiji rumah, membaiki masalah pendawaian dan air malah Ustaz Ebit akan membayarkan sewa rumah itu selagi dirinya bernyawa. Allah, besar sungguh pengorbanan Ustaz dan moga Allah membalasnya dengan syurga.
Malah beliau turut berkongsi kisah cucu-cucu Pak Ad ini begitu gembira berpindah ke rumah baru, mahu belajar solat dan lain lagi.
Namun di sebalik perkongsian dari Ustaz Ebit Lew timbul satu kenyataan dari seorang pengguna fb atas nama Mohd Ruslin Abdullah yang berkongsi bahawa keluarga pakcik lumpuh itu sebenarnya ada menerima bantuan termasuk dari Lembaga Zakat Kedah.
Dalam perkongsiannya, timbul dakwaan bahawa segala perabot di dalam rumah disediakan sebelum ini habis dijual?
Bagi REMAJA, dunia melahirkan pelbagai kisah kejadian yang boleh kita jadikan iktibar bersama-sama. Ada yang memang susah dan wajar dibantu. Ada yang sengaja buat-buat susah semata-mata nak terima bantuan dan ada lebih teruk, memang kehidupan mereka susah tapi mereka sendiri “susah” nak berubah dan hanya mengharapkan bantuan orang. Tapi dalam ramai manusia, Allah hadirkan lebih ramai orang baik untuk kita saling bantu membantu tak kisahlah apa kisah belakang mereka. Kita yang berkemampuan wajib membantu orang susah dan doakan agar kehidupan mereka berubah. Tapi apa paling penting adalah niat perbuatan kita. Biarlah ianya kerana Allah taala dan Allah yang menilainya.
Baca perkongsian diberikan khas untuk Ustaz Ebit Lew ini.
Duhai Ustaz Ebit..
Ads
(EXCO kerajaan kedah ada tu)📢📢📢📢📢
Kami tahu tujuan tuan baik dan ikhlas. Besar ganjarannya membela nasib mereka yang susah dan miskin.
Ustaz..
Ustaz hadir ke kampung kami tanpa tanya kami. Tanpa selidik cerita Pak Aq dan anak-anaknya ni. Sekarang kami difitnah netizen satu Malaysia. Penduduk kena fitnah, masjid kena fitnah, Zakat Kedah kena fitnah, Kerajaan kena fitnah, Tuan Tanah pun kena fitnah angkara kuasa viral sebelah pihak.
Kami tau Ustaz punya pengikut yang ramai tapi timbulkan fitnah itu adalah perkara baik? Jahatkah kami sampai biar mereka ini sampai hidup dalam sampah.
Ustaz… kami semua tak biarlah mereka hidup mcm tu. Tapi Ustaz, bukan kami saja bantu mereka tapi mereka juga perlu bantu diri mereka.
Ads
Ustaz …
Berapa banyak lagi perabot, tilam, bantal, dapur gas, tong gas dan barang makanan yang perlu kami bagi tapi habis hilang😢..
Berapa wang dan rumah lagi perlu tuan tanah bagi pada mereka. Bagi duit, bagi rumah sebuah tapi tak nak. Nak dua buah rumah. Kesian tuan tanah tu Ustaz.
Kerajaan, Lembaga Zakat nak bagi rumah tapi kenapa anak-anak Pak Aq ni tak mau hadir jumpa? Takut apa? Kerajaan nak bagi tempat tinggal. Bukan nak bawa ke balai polis Ustaz.
Baguslah kalau Ustaz dapat pujuk Pak Aq dan anak-anak cucu dia pindah rumah tapi pesan- pesanlah jangan jual lagi perabot dan apa jual sumbangan orang ramai.
Ads
Duhai Ustaz, kami penduduk Kedah dan semua orang-orang kampung redha kena fitnah dan caci maki pengikut Ustaz tapi kami tak akan buka aib keluarga ni.
Terima kasih Ustaz atas bantuan pada Pak Aq dan anak2 cucu dia. Moga mereka berubah. Dan Ustaz, gunalah populariti Ustaz ke arah kebaikan bukan timbul fitnah pada orang lain.
Moga Allah merahmati amin amin yarabbalamin.
Saya minta maaf jika terkasar bahasa.
Allah sayang kita semua.
Cuba Baca Komen-komen Di bawah…
Betul kan‼️
Moga Allah merahmati ..
09.54 malam
20 April 2020
Alor Setar
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak zaman-berzaman lamanya, Billboard merupakan carta yang sering menjadi rujukan kepada pemerhati muzik, peminat dan juga media di seluruh dunia bagi menilai populariti yang dikecap oleh seseroang penyanyi terutamanya di pasaran Amerika Syarikat.
Malah tidak salah untuk Remaja katakan bahawa pencapaian artis di carta Billboard menjadi penanda aras menentukan kejayaan mereka di peringkat global.
Terbaru, senarai pencalonan bagi 2018 Billboard Music Awards telah diumumkan semalam. Dan daripada pencalanan tersebut tiga orang penyanyi mengungguli senarai pencalonan terbanyak dengan setiap seorang daripada mereka mendapat 15 pencalonan kategori berbeza.
Mereka ialah Ed Sheeran, Bruno Mars dan rapper berpengaruh masa kini, Kendrick Lamar. Ketiga-toga penyanyi hebat ini bakal berentap dengan ramai lagi artis yang tidak kurang hebatnya seperti Drake (sebanyak 9 pencalonan) dan Taylor Swift (5 pencalonan).
Daripada pencalonan ini, Post Malone juga mendapat pencalonan yang agak banyak dengan 12 pencalonan. Manakala mereka diikuti rapat oleh Imagine Dragon (10 pencalonan), Justin Bieber (8 pencalonan), Cardi B (8 pencalonan) dan penyanyi lagu paling viral di YouTube, ‘Despacito’ iaitu Luis Fonsi dan Daddy Yankee dengan masing-masing mendapat 7 pencalonan.
Cardi B disebut-sebut sebagai favourite untuk ketegori artis baru terbaik
Cardi B antara artis mendapat perhatian dengan pencalonan Top New Artist yang akan berdepan dengan cabaran sengit dari 21 Savage, Camila Cabello, Khalid dan Kodak Black.
Berikut ialah pencalonan penuh 2018 Billboard Music Awards
Top Artist:
Drake
Kendrick Lamar
Bruno Mars
Ed Sheeran
Taylor Swift
Top New Artist:
21 Savage
Camila Cabello
Cardi B
Khalid
Kodak Black
Billboard Chart Achievement Award:
Camila Cabello
Cardi B
Drake
Sam Hunt
Ed Sheeran
Top Male Artist:
Drake
Kendrick Lamar
Bruno Mars
Post Malone
Ed Sheeran
Top Female Artist:
Camila Cabello
Cardi B
Halsey
Demi Lovato
Taylor Swift
Top Duo/Group:
The Chainsmokers
Coldplay
Imagine Dragons
Migos
U2
Korang boleh semak pencalonan penuh di laman sesawang rasmi Billboard di sini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekarang ini majoriti rakyat terkena “demam” pilihanraya. Tinggal 7 hari lagi sebelum rakyat keluar mengundi memilih calon yang disukai mereka. Sama ada Barisan Nasional, Pakatan Harapan atau PAS, undi adalah rahsia.
Rata-rata kawasan perumahan, bandar, ceruk kampung dipasang dengan poster parti masing-masing. Terasa meriah sangatkan. Pemandangan begini hanya wujud ketika musim pilihanraya sahaja. Bahkan kalau orang nak bercakap soal politik, inilah masanya kerana selepas itu, kehangatannya sudah tidak terasa.
Paling berdebar menanti sekarang ialah calon-calon yang bertanding sama ada baik di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen, debarnya mengalahkan orang nak jabat tangan tok kadi masa nikah!
Di sebalik tak sabar menanti hari mengundi, tentu korang perasankan yang sudah banyak khemah-khemah di dirikan di tepi-tepi jalan. Paling banyak adalah di tepi sekolah! Betul tak?
Kalau tak dekat dengan sekolah pun, lokasi khemahnya agak strategik iaitu yang boleh dilihat oleh orang ramai.
Inilah pondok panas Pakatan HarapanPondok panas Barisan NasionalPondok panas PAS, khemas begini hanya wujud ketika pilihanraya sahaja
Kalau korang nak tahu khemah ini dipanggil “Pondok Panas”?. Kenapa agaknya ya dipanggil Pondok Panas? Apa fungsinya? Kenapa khemah ini wujud ketika pilihanraya sahaja?
Menurut Encik Nordin yang terlibat dalam pemasangan pondok panas dan poster di Parlimen Lembah Pantai yang menampilkan calon Fahmi Fadzil mewakili Pakatan Harapan, Fauzi Abu Bakar mewakili PAS dan Dato Raja Nong Chik Raja Zainol Abidin Fadzil mewakili Barisan Nasional katanya pondok panas adalah tempat berkumpulnya ahli-ahli parti pilihan masing-masing.
“Biasanya boleh dikatakan setiap malam, ahli-ahli parti duduk di sini. Sama ada makan-makan, minum, berbual dan sebagainya, pondok panas ini merupakan “gelanggang” awal untuk penyokong parti mengetahui berita terkini mengenai calon mereka, calon lawan dan sebagainya.
“Masa yang sama juga biasanya kita akan adakan ceramah berkelompok dan juga ceramah awam. Kalau ceramah kelompok, ia kecil-kecilan tetapi kalau awam, kedatangan orang lebih ramai,” katanya memaklumkan, antara fungsi lain pondok panas ialah membantu pengundi yang masih terkeliru untuk mengundi di sekolah mana yang mana semakan boleh di buat di sini dengan hanya bawa kad pengenalan masing-masing di setiap pondok panas ini,” katanya ketika dihubungi.
Fahmi Fadzil calon Pakatan Harapan bagi Parlimen Lembah Pantai bagi menggantikan tempat Nurul Izzah Anwar yang bertanding di Permatang Pauh, Pulau Pinang
Pondok panas biasanya dipasang di lokasi strategik bagi mudah dilawati oleh para pengundi
Perang poster begini akan hanya dilihat ketika musim pilihanraya sahaja
Tambahnya lagi, bagi orang muda yang ingin penjelasan lebih lanjut tentang pilihan parti masing-masing, boleh menuju ke pondok panas ini kerana ia terbuka kepada semua.
Terakhir dan paling utama, kenapa pondok panas ini disebut sebegitu adalah kerana di pondok inilah penyokong-penyokong parti masing-masing akan cuba merayu kepada orang ramai untuk memilih calon mereka di hari mengundi kelak. Sebab itulah ia dinamakan pondok panas kerana peraih-peraih undi ini akan sedaya upaya “memujuk” pengundi dengan pelbagai gelagat tersendiri.
“Biasanya pada hari mengundi peraih undi dilarang berada dekat dengan kawasan mengundi. Jadi di pondok panas inilah mereka akan cuba meraih undi sebanyak mungkin agar calon pilihan mereka memenangi pilihanraya tersebut. Adakala wujud provokasi-provokasi dari parti lawan kerana masing-masing ada pandangan tersendiri mengenai politik. Sebab itulah khemah ini disebut sebagai pondok panas,” katanya lagi.
Apa yang pasti, pondok panas ini hanya wujud ketika pilihanraya sahaja tau!.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lebih kurang tinggal seminggu lagi Piala Dunia 2018 akan berlangsung. Confirm ramai yang excited nak menonton sebab punyalah lama menunggu dari lima tahun lepas kan?
Kali ini, nampaknya pasukan yang terlibat banyak mempertaruhkan pemain muda untuk beraksi di pentas dunia. Sudah tentu mereka tidak mahu mensia-siakan peluang yang diberi dan menjadikan Piala Dunia ini sebagai platform untuk bintang muda menjadi idola pada masa hadapan.
Jom kita lihat siapakah pemain-pemain muda yang bakal menyinar di Russia nanti.
1. Trent Alexander-Arnold (England)
Walaupun baru berusia 19 tahun, ia langsung tidak menjadi penghalang buat Alexander-Arnold untuk beraksi bersama para pemain senior yang lain.
Kemunculannya dalam final Liga Juara-Juara mampu meletakkan dirinya sebaris bintang dunia, Cristiano Ronaldo.
Alexander-Arnold bakal menjadi tumpuan pada sayap kanan pasukan England di Piala Dunia 2018 nanti.
2. Achraf Hakimi (Morocco)
Kemunculannya sebagai pemain utama di Real Madrid mungkin tidak sekerap yang lain, namun setiap kali tampil beraksi, pemain berumur 19 tahun ini mampu memukau seperti yang berlaku baru-baru ini, dia telah menyumbat satu gol dalam kemenangan 6-0 Real Madrid ke atas Celta Vigo di Liga Sepanyol akhir musim ini.
3. Andre Silva (Portugal)
Silva mungkin masih berjuang untuk memberikan persembahan terbaik bersama AC Milan musim ini, tapi nasibnya dilihat lebih baik bersama pasukan Portugal kerana dia berjaya menghasilkan 11 gol dalam 20 aksi perlawanan yang disertainya.
Tidak mustahil, pemain muda ini bakal mengejutkan banyak pihak di Piala Dunia 2018.
4. Goncalo Guedes (Portugal)
Seorang lagi wakil dari pasukan Portugal, Goncalo Guedes telah menjaringkan lima gol bersama Valencia di Liga Sepanyol.
Guedes juga antara yang disebut-sebut sebagai ‘bayangan’ Cristiano Ronaldo di usianya yang baru menginjak 21 tahun.
5. Presnel Kimpembe (Perancis)
Kimpembe juga dilihat memiliki kemampuan seperti kapten Manchester City, Vincent Kompany dan bakal bergandingan bersama Raphael Varane atau Samuel Uminit di posisi tengah.
6. Corentin Tolisso (Perancis)
Tolisso memiliki konsistensi yang baik seperti pemain tengah Perancis, Paul Pogba. Dia mempunyai pakej lengkap dalam menyerang mahu pun bertahan, seperti yang telah dibuktikan bersama Bayern Munich pada musim ini.
7. Julian Brandt (Jerman)
Brandt berpeluang besar menjadi pemain sayap terbaik pada masa hadapan. Pemain muda ini berjaya menghasilkan 12 gol bersama Bayern Leverkusen dan tujuh assist di Liga Jerman musim ini.
Dah tak sabar rasanya nak tengok mereka ni beraksi. Sesekali, bagi la chance pada pemain muda untuk menyinar kan. Jangan pandang rendah atas kemampuan mereka kerana tak mustahil satu hari nanti, bintang-bintang muda ini juga mampu menempa kejayaan di mata dunia.
All the best guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...