
Jika sebelum ini had muat naik video di TikTok hanya 15 saat, kemudiannya meningkat ke 60 saat dan seterusnya 3 minit, kini aplikasi popular dunia itu telah meningkatkan had muat naik video menjadi 10 minit bagi membolehkan pengguna menghasilkan kandungan lebih panjang.
Menurut amanz.my, perubahan yang dilakukan ini membolehkan TikTok bersaing dengan YouTube dengan penawaran video format panjang pula. Sementara itu, YouTube dikatakan sedang memfokuskan ciri video pendek dinamakan YouTube Shorts.

TikTok merupakan platform media sosial video yang popular dikalangan remaja dan sejak akhir-akhir ini, aplikasi ini telah menunjukkan satu peningkatan yang mendadak. Mungkin dalam masa beberapa tahun sahaja lagi keunikan TikTok sebagai platform video pendek akan berakhir dan ia akan lebih menghampiri YouTube.

Mana tidaknya, jika dahulu siapa yang bermain TikTok dianggap ‘budak-budak’, kini nampaknya aplikasi ini telah menjadi pilihan ramai khususnya bagi mereka yang berniaga secara online.
Hm, kita pun kenalah ikut peredaran zaman betul tak?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dengan Hanya Satu Klik, HUAWEI P40+ Mudahkan Kehidupan Harian Pengguna

Dengan kecanggihan teknologi yang ada sekarang, ia bukan sahaja membantu malah memudahkan individu untuk melalui kehidupan harian. Kehadiran telefon pintar yang multifungsi antara yang menjadi dambaan setiap remaja.
Kini, formula 1+8+N diperkenalkan HUAWEI agar mengadaptasikan hubungan antara peranti-peranti yang dihasilkan oleh firma pengeluar telefon pintar terkemuka ni.
Angka ‘1’ merujuk kepada telefon pintar itu sendiri manakala ‘8’ pula adalah peranti lain yang boleh disambungkan menerusi Huawei Share seperti laptop, tablet, smart watch, smart tv, fon telinga (Freebuds), speaker, internet router dan beberapa jenis kenderaan.
‘N’ pula merujuk kepada sambungan ke beberapa aplikasi pintar seperti mobile office, smart home, sports & fitness apps, audio-visual entertainment dan smart travel product.
Huawei P40 Pro+ series menekankan beberapa ciri menarik termasuklah HUAWEI SHARE yang menawarkan banyak manfaat kepada pengguna. Dengan hanya satu klik (One Tap Share), telefon pintar ini mampu berhubung dengan alat peranti lain.

Ciri ini juga turut diperkenalkan menerusi kempen Huawei 1+8+N dengan kelebihan-kelebihan seperti berikut:
01
HUAWEI Laptop
One Tap Share antara laptop dan telefon pintar boleh dilakukan dengan hanya klik pada label HUAWEI Share di komputer riba.
Telefon pintar HUAWEI dapat dihubungkan dengan komputer riba dan ia bukan hanya boleh berkongsi data internet, malah skrin di telefon pintar juga boleh dilihat melalui komputer riba tersebut.
Pengguna boleh menarik dan memindahkan file antara telefon pintar dan komputer riba melalui tetikus dan papan kekunci. Jika menggunakan HUAWEI Matebook X Pro, kamu boleh terus drag fail tersebut melalui paparan skrin sentuh dengan menggunakan jari.

02
Jika pengguna ingin menyambungkan telefon pintar ke Smart TV, korang hanya perlu hidupkan NFC pada telefon pintar dan klik HUAWEI Share pada pada alat kawalan jauh Smart TV. Kemudian, skrin telefon pintar dapat dipaparkan di Smart TV.
Berbeza dengan fungsi paparan skrin sebelum ini, operasi ini adalah jauh lebih mudah dan pantas, serta ia masih tidak terdapat di Malaysia.

03
HUAWEI Mate Pad Pro
Sama seperti komputer riba Huawei, Huawei MatePad Pro mempunyai fungsi kolaborasi pelbagai skrin. Telefon pintar boleh dikendalikan pada MatePad Pro yang boleh menarik dan memindahan gambar, video dan fail antara telefon pintar dan tablet, secara tidak langsung ia menjadikan kerja lebih efisien.
Untuk melakukan kolaborasi multiscreen, hidupkan fungsi NFC pada telefon pintar HUAWEI dan tap pada kekunci Shift untuk memaparkan skrin telefon pintar pada MatePad Pro.

04
HUAWEI Sound X
Huawei Sound X adalah speaker pintar pertama yang menyokong file Hi-Res yang dihasilkan oleh Huawei dan Devialet sebagai tambahan kepada fungsi asas speaker AI Huawei. Ia mempunyai teknologi ‘One Tap’, di mana pengguna dapat memainkan muzik di telefon pintar daripada HUAWEI Sound X dengan hanya satu klik pada sensing area di speaker.
Speaker ini juga mudah dikawal. Pengguna tidak perlu mengeluarkan telefon jika mahu mendengar muzik. Cukup sekadar tutup bahagian atas speaker dengan telapak tangan.


05
HUAWEI AX3 router

Terlupa kata laluan Wi-Fi? Dengan HUAWEI AX3 router, anda hanya perlu menyentuh telefon pintar pada sensor NFC di bahagian bawah penjuru kanan router HUAWEI untuk akses kepada rangkaian Wi-Fi secara terus menggunakan One Tap Network Connection.
06
Kereta

Tidak perlu lagi membawa kunci kereta, dengan telefon pintar HUAWEI, pengguna boleh memegang kawasan NFC telefon berhampiran pemegang pintu kereta dan terus membuka kunci kereta.
Untuk mengunci kereta pula, tutup pintu setelah keluar dan pegang kawasan NFC berhampiran pemegang pintu kereta. Perlu diingat, ini hanyalah untuk model kereta tertentu saja.
*
Selain daripada one tap connection antara “1” dan “8” ini juga, HUAWEI akan terus berusaha untuk menambahbaik ciri-ciri ini, misalnya One Tap Share antara Freebuds dan Sound X, Freebuds dan komputer riba, Freebuds dan Watch GT dan banyak lagi.
Nah, rasanya spesifikasi yang ditawarkan oleh HUAWEI ini sudah cukup berbaloi terutamanya bagi indvidu yang mempunyai jadual harian yang padat. Ciri-ciri ini sangat berguna sekiranya anda sedang melancong, bersukan, mahu pun bersantai di rumah bersama keluarga tersayang.
Untuk maklumat lanjut tentang 1+8+N dan kehebatan kesinambungannya menerusi HUAWEI Share, korang boleh melayari DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
5 Aplikasi Diet Percuma Bantu Masalah Obesiti Yang Korang Boleh Download

Hanya mereka yang pernah gigih untuk menurunkan berat badan sahaja yang tahu macam mana azabnya nak membakar lemak dalam badan ni.
Pantang makan lebih sikit, mulalah berat badan naik mendadak. Tapi kalau nak turunkan bukan main susah lagi. Kalau korang pernah berhadapan dengan masalah obesiti, usaha untuk mengamalkan diet ni mesti sering gagal kan?
Namun begitu, jangan cepat putus asa. Dengan adanya teknologi digital hari ini, semua benda boleh jadi mudah. Lagi best bila usaha nak kuruskan korang tu tak payah pakai kos pun. Cuma…. ha yang ni paling penting, korang kena la usaha sungguh-sungguh dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam.
Tak semua orang mampu nak hire personal trainer, so REMAJA nak share sedikit tip dengan menggunakan aplikasi telefon pintar untuk memudahkan korang dalam mendisiplinkan diri semasa olahraga, mengira kalori yang telah dibakar dan informasi tentang kandungan nutrisi pada setiap makanan yang diambil.
Berikut merupakan lima aplikasi diet yang boleh korang cuba.
1. HealthifyMe

HealthifyMe adalah aplikasi pengiraan kalori dan penurunan berat di Asia Tenggara. Ia membawa pengguna untuk mencapai matlamat kesihatan dan kecergasan. Dengan HealthifyMe, korang boleh memantau kalori, mengira kalori dan membuat pelan pemakanan berdasarkan keperluan harian.

Khidmat yang terdapat dalam aplikasi ini adalah senaman di rumah yang di pantau oleh pakar dan menghubungkan pengguna dengan pakar dietetik dan pemakanan yang terkenal.
2. MyFitnessPal

Mengira kalori pada setiap makanan yang diambil adalah antara salah satu cara untuk korang pantau berat badan. Macam mana nak kira kalori yang patut diambil setiap hari?
Ha, MyFitnessPal memiliki database lebih kurang 5 juta makanan dan korang masukkan sahaja makanan apa yang korang ambil, aplikasi ini mengetahui kandungan kalori bagi setiap makanan tersebut.
Ia juga boleh didapati secara percuma di Android dan juga iPhone.
3. Lose It!

Aplikasi ini akan membantu urusan penurunan berat badan berdasarkan setiap informasi yang korang sertakan. Ia juga boleh digunakan untuk mengira kalori makanan dan jarak aktiviti olahraga yang korang lakukan.
Percuma bagi pengguna Android dan iPhone.
4. Home Workout- No Equipment

Untuk korang yang ingin dapatkan badan yang sihat hanya di rumah, tanpa alatan gim mahal, Workout Home mengandungi lebih daripada 100 latihan yang dapat membina otot dan kekalkan fitness dengan latihan rutin aerobik, latihan litar dan gerakan untuk menjaga berat badan yang lain.

Dengan setiap latihan yang dilakukan, korang dapat mengetahui berapa bilangan kalori yang telah dibakar. Ia juga terdapat animasi panduan gerakan yang sangat mudah untuk diikuti.
5. Nike+ Run Club

Aplikasi ini membantu untuk memberi motivasi dengan cara mencatatkan setiap peningkatan kemajuan yang dicapai pada setiap aktiviti larian yang telah korang lakukan. Uniknya, aplikasi ini juga dapat memberi inspirasi daripada atlet larian terkemuka.
Jadi, elok sangat bagi korang yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia olahraga ni, bila mana dapat menjadikan atlet-atlet tersebut sebagai sumber inspirasi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
WhatsApp Menangguhkan Kemaskini Polisi Baru Setelah Kritikan Kebocoran Data Akan Berlaku

Baru-baru ini kecoh apabila dakwaan bahawa kemaskini polisi privasi yang akan dilakukan oleh apliksi WhatsApp bakal memaksa pengguna untuk berkongsi data peribadi bersama Facebook.
Berita ini dihangatkan lagi apabila ciapan Elon Musk yang mencadangkan kepada masyarakat umum untuk bertukar kepada aplikasi Signal yang disifatkan lebih peribadi dan selamat. Hasilnya, minggu lalu sahaja 7.5 juta aplikasi tersebut telah dimuat turun dan menjadi aplikasi paling unggul di Apple dan Google Store.

Selain itu ramai juga yang mula menggunakan aplikasi telegram yang mana platform tersebut menerima sembilan juta pengguna baru yang mana ia merupakan peningkatan sebanyak 91 peratus berbanding minggu sebelumnya.
PENANGGUHAN
Penangguhan kemaskini polisi baru ini dilakukan berikutan kekeliruan maklumat dan informasi berkenaan polisi baru tersebut. Mengikut pihak WhatsApp kemaskini polisi baru hanya memasukkan pilihan baru untuk pengguna mengurus perniagaan mereka di aplikasi tersebut dan bukanlah membolehkan pihak mereka berkongsi data kepada Facebook.

Tarikh kemaskini polisi baru akan ditangguhkan sehingga 15 May 2021, pihak WhatsApp juga menegaskan bahawa tidak ada akaun akan digantung atau dipadam pada 8 Februari ini.
***P/S – Tempoh penangguhan ini dilihat sebagai satu tempoh untuk memahamkan pengguna mengenai kemaskini polisi terbaru WhatsApp.
Sumber: Business Insider
Sumber gambar utama: pexels.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

