Hanya mereka yang pernah gigih untuk menurunkan berat badan sahaja yang tahu macam mana azabnya nak membakar lemak dalam badan ni.
Pantang makan lebih sikit, mulalah berat badan naik mendadak. Tapi kalau nak turunkan bukan main susah lagi. Kalau korang pernah berhadapan dengan masalah obesiti, usaha untuk mengamalkan diet ni mesti sering gagal kan?
Namun begitu, jangan cepat putus asa. Dengan adanya teknologi digital hari ini, semua benda boleh jadi mudah. Lagi best bila usaha nak kuruskan korang tu tak payah pakai kos pun. Cuma…. ha yang ni paling penting, korang kena la usaha sungguh-sungguh dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam.
Tak semua orang mampu nak hire personal trainer, so REMAJA nak share sedikit tip dengan menggunakan aplikasi telefon pintar untuk memudahkan korang dalam mendisiplinkan diri semasa olahraga, mengira kalori yang telah dibakar dan informasi tentang kandungan nutrisi pada setiap makanan yang diambil.
Berikut merupakan lima aplikasi diet yang boleh korang cuba.
1. HealthifyMe
HealthifyMe adalah aplikasi pengiraan kalori dan penurunan berat di Asia Tenggara. Ia membawa pengguna untuk mencapai matlamat kesihatan dan kecergasan. Dengan HealthifyMe, korang boleh memantau kalori, mengira kalori dan membuat pelan pemakanan berdasarkan keperluan harian.
Ads
Khidmat yang terdapat dalam aplikasi ini adalah senaman di rumah yang di pantau oleh pakar dan menghubungkan pengguna dengan pakar dietetik dan pemakanan yang terkenal.
2. MyFitnessPal
Mengira kalori pada setiap makanan yang diambil adalah antara salah satu cara untuk korang pantau berat badan. Macam mana nak kira kalori yang patut diambil setiap hari?
Ha, MyFitnessPal memiliki database lebih kurang 5 juta makanan dan korang masukkan sahaja makanan apa yang korang ambil, aplikasi ini mengetahui kandungan kalori bagi setiap makanan tersebut.
Ads
Ia juga boleh didapati secara percuma di Android dan juga iPhone.
3. Lose It!
Aplikasi ini akan membantu urusan penurunan berat badan berdasarkan setiap informasi yang korang sertakan. Ia juga boleh digunakan untuk mengira kalori makanan dan jarak aktiviti olahraga yang korang lakukan.
Untuk korang yang ingin dapatkan badan yang sihat hanya di rumah, tanpa alatan gim mahal, Workout Home mengandungi lebih daripada 100 latihan yang dapat membina otot dan kekalkan fitness dengan latihan rutin aerobik, latihan litar dan gerakan untuk menjaga berat badan yang lain.
Dengan setiap latihan yang dilakukan, korang dapat mengetahui berapa bilangan kalori yang telah dibakar. Ia juga terdapat animasi panduan gerakan yang sangat mudah untuk diikuti.
5. Nike+ Run Club
Aplikasi ini membantu untuk memberi motivasi dengan cara mencatatkan setiap peningkatan kemajuan yang dicapai pada setiap aktiviti larian yang telah korang lakukan. Uniknya, aplikasi ini juga dapat memberi inspirasi daripada atlet larian terkemuka.
Jadi, elok sangat bagi korang yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia olahraga ni, bila mana dapat menjadikan atlet-atlet tersebut sebagai sumber inspirasi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selain menggunakan aplikasi WhatsApp, rasanya ramai diantara kita yang menggunakan Telegram sebagai medium komunikasi antara satu sama lain. Terbaru, khabarnya aplikasi Telegram ini bakal melancarkan perkhidmatan berbayar bermula tahun hadapan.
Menurut aplikasi tersebut, Pavel Durov menyatakan bahawa keputusan yang dibuat ini adalah kerana syarikat mereka memerlukan dana ratusan juta setiap tahun untuk mengekalkan perkhidmatannya kepada pengguna.
Walau bagaimanapun, perkhidmatan berbayar ini hanya merangkumi ciri khusus menggunakan kaedah paid features dan servis mesej masih lagi secara percuma. Mereka mungkin akan memperkenalkan kaedah penjanaan wang dan sistem iklan.
Dengan cara ini, pihak mereka dilihat mampu melancarkan pelbagai ciri lain dan mampu untuk menampung jumlah pengguna aplikasi lebih ramai.
Telegram kini mempunyai hampir 500 juta pengguna aktif sejak ia dilancarkan tujuh tahun lalu dan hampir semua perbelanjaan untuk menampung kos operasi dibiayai dengan wang poketnya sendiri. Oleh yang demikian, sudah tiba masanya mereka memerlukan kaedah baru untuk menjana pendapatan.
Aplikasi ini juga antara yang sangat popular digunakan oleh pengguna kerana ciri keselamatannya yang mengandungi mesej terkod dan mengelakkan pihak ketiga menceroboh atau membaca sebarang perbualan antara pengguna.
Hal ini mendapat perhatian netizen dan rata-ratanya tidak kisah jika perlu dicaj asalkan harganya tidak mahal dan berpatutan.
Apa-apa pun, caj berbayar ini adalah untuk paid features dan jika korang menggunakan aplikasi ini hanya untuk mesej saja, ia adalah secara percuma.
Kalau dulu ada segelintir masyarakat yang menganggap bermain permainan video adalah membuang masa, tetapi hari ini ramai anak muda yang dah membuktikan bahawa dengan bermain game, mereka boleh menjana pendapatan yang lumayan.
Semalam, pasukan e-sukan PUBG Mobile Malaysia, Yoodo Gank muncul juara dalam Grand Final Liga Profesional Asia Tenggara (PMPL SEA) Musim Bunga 2020.
Yoodo Gank dinobatkan sebagai yang terbaik di kalangan pasukan-pasukan Asia Tenggara selepas berjaya mengumpul 284 mata dalam 15 pusingan yang dipertandingkan.
Mereka membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM128,00 (AS$30,000) dan diberikan slot untuk beraksi di Liga Dunia PUBG Mobile.
Selain itu, Yoodo Gank turut menerima hadiah wang tunai tambahan kira-kira RM44,00 menerusi kemenangan Anugerah Pasukan Paling Popular di Malaysia, kutipan Chicken Dinner (mata kemenangan) sebanyak lima kali dan Anugerah Pemain Terbaik.
Fuh, bukan biasa-biasa mereka ni!
Pasukan ini terdiri daripada empat pemain muda yang berbakat besar iaitu Aiman Mohamad (Man Parang) sebagai kapten, Abdul Azim Ikromi Abdul Rashid (Draxx) Muhamad Izzrudin Hashim (Jumper) dan Ahmad Fuad Razali (Fredo).
Mereka turut menewaskan jaguh dunia, Bigetron Red Aliens (Indonesia) yang sekadar selesa di tempat kedua.
PMPL SEA berlangsung selama tiga hari, melibatkat 16 pasukan terbaik Asia Tenggara dan menawarkan hadiah wang tunai kira-kira RM640,000 secara keseluruhan.
Tahniah diucapkan kepada Yoodo Gank kerana berjaya mengharumkan nama negara dalam industri e-sukan yang semakin meningkat naik. Diharap kejayaan ini dapat memberikan inspirasi buat anak muda yang lain untuk berjaya dengan minat mereka, iaitu bermain permainan video.
Isu tulisan jadi baru-baru ini mendapat pendebatan hebat dikalangan masyarakat Malaysia. Namun, bukan isu yang kami ingin bangkitkan, sebaliknya ingin berkongsi bagaimana untuk menambah tulisan jawi pada peranti iPhone korang.
Bagi memartabatkan seni bahasa dan memperkaya pengetahuan seni, warisan dan sejarah bahasa Melayu, mungkin ada diantara korang yang ingin mencuba menulis jawi dalam perbualan di telefon pintar.
Menurut wiser.my, pengguna iPhone yang telah mengemaskini iOS 13 mempunyai beberapa ciri baru yang diperkenalkan dan antaranya termasuklah 38 pilihan bahasa baru pada papan kekunci.
Tulisan jawi merupakan salah satu bahasa yang ada dan berikut merupakan cara-cara mudah untuk korang menambah tulisan jawi pada peranti iPhone.
Masuk ke dalam Setting > General > Keyboard, seterusnya pilih Keyboards
Kemudian, tekan pada Add New Keyboard dan pilih Malay (Arabic)
Setelah tulisan tersebut berjaya ditambah, korang boleh menukar ke tulisan jawi dengan cara hold pada simbol di atas pada papan kekunci dan pilih tulisan jawi
Mudah sahaja kan? Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Profesor Adjung UPSI menjadi pengiktirafan baharu buat Datuk Syafinaz Selamat dalam usaha memperkukuhkan pendidikan muzik, vokal dan pembangunan bakat generasi muda.