Ramai yang sudah sedia maklum setiap kali musim perayaan, tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak akan menjadi berlipat ganda harganya. Hal ini membuatkan ramai golongan B40 termasuklah para pelajar terbeban dengan harga tiket, malah ada yang terpaksa membatalkan niat untuk pulang ke kampung gara-gara tidak berkemampuan.
Tambah pula, sudah dua tahun umat Islam tidak dapat menyambut lebaran bersama keluarga di kampung, jadi tahun ini ramai yang ingin mengambil kesempatan untuk pulang ke desa. Namun, dek kerana harga tiket yang melambung tinggi, ia sudah menjadi satu masalah buat mereka yang tidak berkemampuan.
Baru-baru ini, pihak BERNAMA telah membuat pemantauan di laman web syarikat penerbangan komersial dan ia menyaksikan tambang penerbangan melonjak sehingga RM2,000 (penerbangan pergi balik) iaitu meningkat sekitar 566 peratus menjelang tempoh perayaan Hari Raya Aidilfitri (29 April-8 Mei).
Menurut Lily Surianti Suardi, pelajar dari Sabah yang mengikuti program ijazah di Universiti Selangor (UniSEL), dia berpendapat bahawa syarikat penerbangan harus mempertimbangkan untuk menetapkan kadar berasingan bagi penuntut yang melanjutkan pengajian di Semenanjung.
Ini kerana tidak semua penuntut daripada keluarga berkemampuan dan oleh itu syarikat penerbangan tidak boleh menetapkan harga yang melebihi kemampuan semua pihak, terutama golongan pelajar.
“Jika harga tiket (kira-kira) RM1,000 hanya untuk harga tiket penerbangan, banyak pihak yang tidak mampu, lebih-lebih lagi ditambah dengan pendapatan keluarga ekonomi rendah.
Ads
“Ada yang datang daripada kalangan B40 ingin balik raya namun disebabkan harga tiket melonjak naik, penuntut macam saya membatalkan hasrat untuk pulang raya di kampung halaman,” jelasnya.
Khabarnya, tiket sehala oleh AirAsia dari Kuala Lumpur ke Sandakan dijadual berlepas pada 30 April ini berharga RM1,409 manakala harga tiket pergi balik oleh FireFly bagi laluan sama dan tarikh yang sama berharga RM1,400.
Tinjauan juga menunjukkan ramai pengguna yang telah membuat pembelian tiket penerbangan untuk musim perayaan seawal tahun lepas.
Rata-rata warganet meluahkan rasa kesal dengan peningkatan harga tiket penerbangan ini sejak dari dahulu lagi.
Diharap pihak terbabit mengambil langkah sewajarnya bagi memantau semula kenaikan harga tiket khususnya semasa musim perayaan.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ketika dunia bergelut dengan penularan pandemik Covid-19, mungkin terdapat hikmah tersembunyi untuk alam sekitar.
Sejak kegiatan manusia banyak terhenti, terdapat pelbagai berita yang menunjukkan peningkatan kualiti alam sekitar.Kebanyakan negara di seluruh dunia melaporkan perairan atau sungai mulai kelihatan bersih manakala hidupan di dalamnya mula kelihatan.
Malaysia tidak terkecuali apabila viral di media sosial apabila ramai pengguna Twitter yang berkongsi gambar Sungai Melaka yang semakin jernih hingga jelas kelihatan ikan berenang-renangan dari dasarnya setelah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama lebih sebulan sejak 18 Mac lepas.
Sungai Melaka yang sememangnya terkenal dengan aktiviti pelancongan seperti Melaka River Cruise sebelum ini pernah berdepan dengan tahap pencemaran yang teruk hingga menyebabkan air sungai berwarna gelap, busuk dan terdapat banyak bangkai ikan ditemui terapung.
Sungai Melaka dah kembali jernih. Tahniah orang Melaka. Teruskan duduk rumah sampai bila-bila. pic.twitter.com/YXk8pzoxqN
Namun kini sejak penularan pandemik COVID-19 hingga memaksa aktiviti pelancongan dihentikan dan rakyat duduk di rumah — nampaknya memberikan satu perubahan positif terhadap Sungai Melaka yang dilihat semakin ‘sihat’, meskipun ada juga yang mendakwa situasi air jernih itu sudah bermula sejak sebelum PKP lagi.
Diharap semoga kejernihan Sungai Melaka ini akan berkekalan meskipun selepas tamatnya tempoh PKP nanti. Jangan buang sampah merata-rata dan marilah kita jaga kebersihan sungai bersama-sama!
Ya, mungkin bumi memerlukan masa ‘rehat’ dan sekurang-kurangnya ini adalah berita positif yang kita terima.
Apa lagi yang boleh kita perkatakan tentang grup K-pop yang luar biasa popular bukan sahaja di peringkat Asia tetapi global!
Kejayaan demi kejayaan telah diraih oleh BTS sejak mereka melakukan debut pada tahun 2013. Pengaruh mereka di Amerika Syarikat juga semakin menjadi-jadi terutamanya selepas muncul melakukan persembahan di American Music Awards sebelum ini.
Dan kemenangan mereka sebagai Top Social Artist Awards di Billboard Music Awards tahun lalu mengukuhkan lagi kedudukan mereka di Amerika Syarikat.
Jadual siri jelajah ‘BTS WORLD TOUR: LOVE YOURSELF’ Di Amerika Utara.
Bermula pada 25 Ogos ini, BTS akan memulakan siri jelajah mereka yang ketiga iaitu ‘BTS: World Tour: Love Yourself’. Konsert jelajah ini dilancarkan BTS sempena rangka promosi album ‘Love Yourself: Her’ dan ‘Love Yourself: Tear’. Mereka juga ingin mengambil kesempatan bertemu peminat di beberapa buah negara seperti Korea Selatan, Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Belanda, Jerman, Perancis dan Jepun.
Berita tentang pengumuman siri jelajah ini diumumkan oleh label mereka, Big Hit Entertainment di YouTube. Dalam rangka jadual siri kali ini BTS akan mengadakan sebanyak 22 konsert di 11 buah bandar berbeza.
Apa yang menarik semalam BTS mengumkan mereka akan turut singgah di New York dan lokasi yang dipilih ialah Citi Field. Ia merupakan sebuah stadium besbol yang menjadi gelanggang pasukan New York Mets.
Inilah stadium yang bakal jadi lokasi persinggahan BTS di New York nanti.
Pemilihan stadium terbuka ini menyaksikan BTS menjadi artis dari Korea yang pertama bakal melakukan konsert solo di stadium di Amerika Syarikat.
Citi Field mampu memuatkan lebih 40,000 orang dalam satu-satu masa dan konsert di lokasi ini dijadualkan berlangsung pada 6 Oktober 2018. Dalam perkembangan lain, BTS dijangka akan mengeluarkan album repackaged ‘Love Yourself: Answer’ pada 24 Ogos ini.
Daebak! Congrats BTS!
Sumber: Naver
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seminggu tempoh waktu yang getir untuk senarion politik Malaysia, barulah pada hari ini, Yang Berhormat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengeluarkan kenyataan secara video pada sebelah pagi tadi.
Menerusi muat naik tersebut, beliau menyatakan pendirian untuk tidak bekerjasama dalam kerajaan yang dianggotai oleh ‘golongan perasuah’.
Pendirian tersebut bukan soal parti atau majoriti sebaliknya menyentuh soal identiti dan integriti.
“Saya menjadi ahli politik kerana pada masa itu negara saya dihina, dikeji dan dimalukan dengan salah laku serta rasuah di mata dunia.
“Saya percaya rakyat Malaysia berhak mendapat sebuah negara yang lebih baik, bebas rasuah, dihormati dan bermaruah.
“Saya ingin tegaskan satu perkara, saya tidak akan sesekali bekerjasama dengan golongan perasuah, jauh sekali bersetuju untuk mendirikan kerajaan bersama dengan mereka,” kata beliau lagi.
Difahamkan, ‘golongan perasuah’ itu merujuk kepada parti yang dahulunya di blok pembangkang iaitu UMNO.
Namun setelah petang tadi, ternyata Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong telah berkenan untuk melantik Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.
Sekaligus, ia menyaksikan kepimpinan kerajaan yang baru ditubuh bersama UMNO, PAS, MCA dan beberapa lagi parti lain. In other words, parti yang disertai Syed Saddiq kini secara rasmi bergabung dengan golongan yang ditentang oleh beliau.
Jadi apa yang akan berlaku selepas ini?
“Ahli politik datang dan pergi, rakyat Malaysia adalah tuan sebenar negara ini. Biar mati bermaruah jangan hidup dijajah,” katanya.
Setelah Syed Saddiq pernah menerajui Kementerian Belia & Sukan sejak 2018, mungkinkah kita akan melihat kelibat beliau sebagai seorang ahli politik dan menteri lagi?
Tonton video penuh kenyataan Syed Saddiq di bawah.
Ini bukan lagi soal parti atau majoriti.
Ini soal identiti & integriti.
Saya faham pendirian saya tidak akan disenangi oleh segelintir ahli politik. Tetapi ahli politik datang dan pergi. Rakyat Malaysia adalah tuan sebenar negara ini.
Profesor Adjung UPSI menjadi pengiktirafan baharu buat Datuk Syafinaz Selamat dalam usaha memperkukuhkan pendidikan muzik, vokal dan pembangunan bakat generasi muda.