Masyarakat Malaysia patut berbangga Malaysia mula menjadi sebutan dengan kehadiran struktur Menara Merdeka 118. Ia dimiliki dan dibangunkan oleh syarikat pengurusan aset terbesar negara kita, Permodalan Nasional Berhad (PNB). Pada ketinggian 678.9 meter, ia sekaligus merupakan bangunan kedua tertinggi dunia buat masa ini selepas Burj Khalifa, Dubai.
Kekaguman orang luar untuk melihat bangunan ikonik itu meletakkan Malaysia sebagai antara destinasi pelancongan popular di peringkat antarabangsa.
Namun, korang tahu tak di New York pula ada sebuah bangunan pencakar langit yang paling nipis di dunia, Menara Steinway.
Adus, gerunnya!
Ads
Foto Via CNN
Menurut Daily Mail, pembinaan Menara Steinway mengambil masa 9 tahu untuk siap sepenuhnya pada tahun lalu. Ia bermula dibina pada tahun 2013 dan terletak di kawasan 111 West 57th Street atau dijuluki Billionaires’ Row di pusat bandar Manhattan.
Menara Steinway yang setinggi 1,428 kaki itu (kira-kira 435 meter) mempunyai nisbah ketinggian kepada lebar 24:1.
Hal ini menjadikannya `pencakar langit paling nipis di dunia’ dan salah sebuah bangunan tertinggi di hemisfera Barat.
Ads
Menara Steinway juga kini mula membuka peluang kepada orang ramai yang berhasrat bagi pembeli kediaman di bangunan tersebut. Bangunan 84 tingkat itu dibina menghadap pemandangan Central Park turut dilengkapi sebanyak 60 kediaman mewah.
Foto Via Funancial.news
Harga untuk pangsapuri berkenaan bermula pada AS$7.75 juta (RM32.7 juta) bagi unit studio manakala bagi pangsapuri jenis Penthouse pula, ia disenaraikan pada harga AS$66 juta (RM278.5 juta).
Pemaju bangunan berkenaan berkata, Menara Steinway memang direka bentuk secara luar biasa bagi menampilkan ciri-ciri yang menonjolkan kemegahan. Bahagian timur dan barat bangunan itu menampilkan jubin terracotta dengan warna gangsa sepertimana digambarkan dalam imej dirakam jurugambar seni bina, Evan Joseph.
Wah , hebatnya siapa yang menjadi penduduk di `pencakar langit paling nipis di dunia’, Tapi penulis gerun la rumah tinggi-tinggi sangat ni…huhu
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapalah yang tahu!
Perumpamaan diatas sesuai sangat dengan situasi yang berlaku kepada seorang wanita Rusia yang mengiklankan misi mencari jodohnya di papan iklan gergasi berjaya mendatangkan hasil selepas iklan tersebut tular dan menarik perhatian seorang hartawan kaya Ukraine, lapor New York Post.
Maria Molonova, 26 tahun telah mengiklankan wajahnya untuk mencari “Mr. Right” di bandar asalnya di Ulan-Ude beberapa minggu yang lalu.
Sumber Foto Via New York Post
Menariknya, iklan tersebut menarik perhatian seorang lelaki warga Ukraine yang bernama Serhii Kharkusha, 26 tahun. Serhii dengan serta-merta terpesona dengan kecantikan wanita itu. Walaupun pada sekarang ini kedua negara terbabit masih lagi dalam tempoh berperang.
“Saya tidak menyokong peperangan atau Vladimir Putin. Saya tidak faham apa yang dia lakukan, tetapi saya berasa gembira kerana telah jatuh cinta dengan seorang wanita Rusia,” kata Serhii kepada East2West News.
Walaupun Serhii yang berkerja dalam bidang perniagaan kini berpangkalan di Los Angeles dan masih belum bertemu dengan Maria dalam kehidupan yang sebenar. Namun, beliau percaya wanita itu adalah jodohnya dan berharap tidak lama lagi dia akan pergi melawat kekasihnya itu di dalam dunia nyata.
Sumber foto Via New York Post
“Saya memilih Maria kerana saya melihatnya di berita dan dia juga adalah contoh kepada gadis impian saya. Dia berkulit cerah dan berani. Terdapat ramai wanita di LA tetapi mereka semua tidak sesuai dengan saya,” kata Serhii.
Maria berkata dia dan Serhii sepadan kerana dia juga merupakan seorang usahawan manakala Serhii pula seorang ‘taikun’ yang juga berjaya dalam perniagaannya.
Lelaki Ukraine itu menyifatkan papan iklan yang memaparkan Maria itu “sangat kreatif” dan memutuskan untuk membeli slot papan iklannya sendiri. Papan iklan yang dibeli Serhii itu betul-betul berada di belakang papan iklan Maria dan memaparkan fotonya dengan petikan berbunyi “Pusing belakang, saya sudah berada di sini.”
Wah…sweetnya Serhii dan Maria ni. Betullah orang cakap, kalau dah jodoh tu tak kemana.hiks
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika di Malaysia dan di sisi agama Islam, hukum menukar jantina daripada lelaki menjadi perempuan ataupun sebaliknya adalah haram dan ditegah keras. Namun di negara Barat, ia sudah menjadi kebiasaan dan semakin lama semakin diterima pula oleh sebilangan masyarakat di sana.
Terbaru, pelakon wanita yang terkenal menerusi drama bersiri The Umbrella Academy iaitu Elliot Page telah mempertontonkan perubahan drastiknya daripada imej seorang gadis yang cantik kepada menjadi seorang lelaki yang lengkap denganbahagian abdomen six packs!
Imej lama Elliot Page yang manis.Foto terkini pelakon The Umbrella Academy itu. Foto Via The New York Times : Rich Polk/Getty Images for IMDb
Ellen Page no more, call him Elliot Page
Pelakon yang dilahirkan dengan nama asal Ellen Page itu kini merupakan salah seorang figura am yang berbangga dengan identitinya sebagai seorang lelaki transgender. Pada peringkat awal semasa dia mendedahkan dirinya bergelar transgender pada tahun 2020, dunia hiburan nyata terkejut dengan keputusannya itu.
Elliot bertindak membuang payu daranya lantas membuat pengakuan menerusi program The Oprah Conversation bersama hos terkenal, Oprah Winfrey mengenai perubahan drastik dirinya.
Kata Elliot, itu adalah keputusan terbaik yang pernah dilakukannya. Dia mengakui dirinya kini lebih yakin dan selesa dengan penampilannya. Tambahan pula, semakin ramai yang boleh menerima hakikat bahawa dia kini bergelar seorang lelaki.
Elliot tidak gentar berkongsi gambar terbarunya tanpa baju dengan tubuh yang lebih menyerupai imej seorang lelaki. Gambar tersebut mungkin ingin menunjukkan peranti iPhone 13 yang beru diberinya. Namun bukan peranti itu yang dijadikan fokus. Sebaliknya imej dadanya yang lebih mencuri perhatian.
Gambar swafoto di Instagram Elliot ini telah menunjukkan transformasi tubuh badannya hasil kerja keras sesi work-out. Dia kini berdada rata dan mempunyai perut six packs yang menjadi idaman semua lelaki (dan wanita).
Berikut merupakan beberapa lagi foto yang pernah dikongsi oleh Elliot yang jelas berbangga dengan imej terbarunya.
“Trans bb’s first swim trunks..” – Sumber Foto : Instagram Elliot PageSumber Foto : Instagram Elliot PageThrowback : Elliot semasa masih bergelar Ellen Page di karpet merah Oscars bagi filem lakonannya, Juno.
Hmm.. korang jangan pula terikut-ikut trend menyambut kebebasan menetapkan jantina ini pula ya. Ingat, setiap tindakan kita masih perlu merujuk kepada kitab suci dan ajaran agama Islam.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila mendengar kes tembak-menembak di kalangan pelajar sekolah ini rasa risau dan takut pula melihat keadaan seperti ini boleh berlaku di kawasan persekolahan.
Beberapa hari lalu, satu insiden telah berlaku di Santa Clarit, California, iaitu membabitkan seorang remaja lelaki menembak mati dua rakannya pada sambutan hari lahirnya yang ke-16, manakala tiga lagi pelajar cedera dalam kejadian yang berlaku di Sekolah Tinggi Saugus.
Menurut polis, remaja tersebut cedera parah selepas menembak dirinya dan berjaya ditahan oleh pihak berkuasa yang tiba di sekolah itu selepas menerima laporan insiden.
Seorang saksi yang juga merupakan pelajar di sekolah tersebut, Mich Turner memberitahu CBS bahawa semasa dia mendengar bunyi tembakan, dia baru sahaja mendengar bunyi tembakan.
“Saya melihat dia menembak tiga kali dan pada waktu itu, saya terus terfikir untuk mencari kakak saya,” kata Turner yang ditemu bual pada hari kejadian.
Selain itu, seorang pelajar baru di sekolah tersebut sempat berlari ke rumah yang berhampiran untuk berlindung ketika insiden tembakan tersebut dan memberitahu Associated Press bahawa dia baru sahaja mendengar ramai kanak-kanak menangis dan menjelaskan mereka dalam ketakutan.
Menerusi satu sidang media yang diadakan, Kapten Wegener menjelaskan bahawa detektif yang meneliti video insiden itu menunjukkan suspek mengeluarkan pistol dari dalam beg galasnya, lalu melepaskan tembakan yang mengakibatkan lima remaja cedera sebelum menembak kepalanya sendiri.
Mangsa yang maut masing-masing adalah pelajar perempuan dan lelaki berusia 14 tahun dan 16 tahun. Tiga lagi pelajar cedera, iaitu lelaki dan dua perempuan, berusia antara 14 hingga 15 tahun.
Pasti masyarakat tidak menyangka yang sekolah sepatutnya menjadi tempat menimba ilmu bertukar menjadi tragedi yang mungkin akan memberi ketakutan kepada pelajar sekolah yang lain.
Semoga kisah ini dijadikan teladan dan dijauhkan daripada berlaku di kalangan masyarakat kita.