Serious talk, kami sendiri tak menjangkakan tiket konsert 2 hari bagi jelajah The Twenty Tour mampu habis terjual dalam masa beberapa jam saja.
Kenyataan rasmi masih belum kami terima daripada pihak penganjur, MacPiePro sama ada ia betul-betul sudah habis ataupun masih berbaki ruang tempat duduk. Namun, hasil percubaan team REMAJA sendiri yang ingin membeli tiket secara online pada hari ini mendapati kesemua seat telah pantas disambar peminat walaupun ia merupakan konsert 2 hari.
Semalam, penganjur telah mula menjual pra-tiket di kompleks membeli-belah Atria Shopping Centre dan media melaporkan ada yang mula beratur sejak hari Jumaat lagi. (Wait a minute, berapa lama dia menunggu..?!)
Hampir 1,500 orang peminat mengambil kesempatan untuk mendapatkan tempat duduk terbaik dan sanggup beratur. Itu bermakna 10% daripada jumlah tiket The Twenty Tour telah dijual lebih awal.
Ads
Adakah itu bermakna 90% baki tiket terjual secara online pada hari ini, walaupun baru beberapa jam berlalu?
Hhm, ada yang mendakwa kemungkinan ramai golongan Reseller yang membeli secara pukal dan menjualnya kemudian pada harga yang lebih mahal.
Ads
Ada juga yang berharap agar penganjur membuka slot konsert hari ketiga bagi menampung penonton sekiranya benar tiket sudah habis terjual.
Ads
Haipp, hilang suara anggota Westlife kalau menyanyi tiga hari berturut-turut! Hehe..
Bagi REMAJA, alternatif terbaik mungkin adalah untuk mengubah venue persembahan ke stadium yang lebih besar seperti Axiata Arena Bukit Jalil atau Stadium Merdeka Kuala Lumpur seperti yang dilakukan untuk konsert Ed Sheeran pada hujung minggu ini.
Kita nantikan jawapan balas daripada MacPiePro sajalah ya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka kegembiraan di taman tema menjadi tragedi apabila sebuah kematian dilaporkan gara-gara terjatuh daripada permainan roller coaster. Ya, perkara ini bukan sekali dua berlaku, tetapi sudah banyak kes yang melibatkan permainan taman tema ini.
Tidak tahu mana silapnya, bagaimana pemain boleh terjatuh dari ketinggian yang tinggi.
Seorang wanita dilaporkan meninggal dunia secara tragis apabila terjatuh ketika sedang menaiki roller coaster di Klotti Wildlife dan Leisure park di Klotten, Jerman. Menurut laporan, polis sedang menyiasat punca tragedi malang itu sama ada kematian itu adalah akibat daripada kesalahan pihak ketiga.
Mangsa merupakan seorang wanita berusia 57 dipercayai tergelincir dari tempat duduknya ketika roller coaster itu mengelilingi selekoh sebelum terjatuh dari trek ke bawah. Kesukaran untuk masuk ke lokasi kejadian menghalang tindak balas dari pasukan perubatan.
The Klotti Wildlife and Leisure park (Foto: The Mirror)
Trek laluan roller coaster itu diperiksa Germany’s Technical Inspection Association (Technischer Uberwachungsverein atau TUV) untuk penilaian aspek keselamatan. Tiada kecurigaan awal terhadap kelakuan jenayah menurut pendakwa raya.
Selepas ditutup selama tiga hari, taman tema itu dibuka semula untuk kunjungan orang ramai. Trek laluan roller coaster di mana mangsa terjatuh juga diluluskan untuk dibuka semula, namun pegawai taman dilaporkan memutuskan untuk tidak membenarkan orang ramai bermain permainan itu buat sementara waktu.
Memang seram kalau dengar berita kemalangan seperti ini. Tidak hairanlah sekiranya ada di antara kita yang memang tidak akan bermain roller coaster ketika di taman tema.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tindakan drastik Kementerian Sumber Manusia semalam untuk ‘mengharamkan’ chef warga asing mengejutkan banyak pihak.
Ini kerana, setelah pelbagai jenis aduan pernah diberi kepada pihak berkuasa mengenai isu ini, ia tidak pernah diselesaikan. Kementerian semalam sekaligus menggesa semua restoran di Malaysia untuk HANYA mengambil chef tempatan untuk bekerja di restoran mereka bermula 1 Julai ini.
Bagaimanapun, pengusaha masih diberi kelonggaran untuk memastikan chef tersebut diambil paling lewat pada akhir tahun ini. Jadi mereka mempunyai tempoh 6 bulan untuk berbuat demikian.
Sebelum ini, isu pekerja asing membasuh pinggan dengan air kotor dihadapi oleh restoran Raj’s Banana Leaf.
“Kita mahukan warganegara kita sendiri untuk menjadi chef di restoran. Tiada kompromi, kami berikan masa hingga 31 Disember. Jika gagal, kami tidak dapat bantu lagu, kata menterinya M. Kula Segaran semalam kepada rakan media di Bernama.
Beliau telah bertemu dengan Persatuan Pengusaha Restoran India (PRISMA) dan akan berjumpa dengan Persatuan Pengusaha Restoran India Muslim (PRESMA) untuk membincangkan isu ini. Sudah tentu, perubahan ini akan membawa impak yang besar kepada pengusaha restoran di seluruh negara.
REMAJA akui ramai yang terkejut dengan dakwaan kononnya chef warga asing tidak mengamalkan etika kebersihan semasa di dapur, apatah lagi dikatakan merupakan penyebab utama kes keracunan makanan dan kematian di kalangan pelanggan.
Memetik laporan Sinar Harian hari ini, penemuan terbaru pasukan penyelidik dari Universiti Malaya mendapati kandungan bakteria keracunan makanan yang dibawa oleh pekerja asing dalam sektor perkhidmatan makanan (F&B) amatlah tinggi.
Sampel diambil dari 383 orang pekerja asing di premis makanan 3 buah bandar iaitu di Ipoh, Kuala Terengganu dan Shah Alam. Hampir kesemuanya menunjukkan risiko bahaya kepada kesihatan.
Pasukan yang diketuai Professor Madya Dr. Siti Nursheena Mohd Zain itu mendapati 99.5 peratus sampel pekerja asing yang diambil mengandungi Aerobic Plate Count (APC) melebihi piawaian yang boleh diterima.
Kandungan APC ini juga lebih tinggi di kalangan pekerja warganegara India diikuti oleh Nepal.
64 peratus daripada mereka (pekerja asing di sektor makanan) pula mencatatkan jumlah Staphylococcus Aureus melebihi tahap dibenarkan manakala 1 per 5 menunjukkan tahap Escherichia Coli (E.Coli) yang tinggi.
Bakteria Staphylococcus boleh membawa maut jika bakteria memasuki aliran darah, sendi, tulang, paru-paru dan jantung. Manakala, bakteria E. Coli pula menyebabkan cirit-birit, jangkitan saluran kencing, kesukaran pernafasan dan radang paru-paru.
Err, siapa lagi sanggup untuk ke restoran selepas ini?
Apapun, isu menyingkirkan chef warga asing ini perlu seiring dengan langkah mendapatkan jumlah pekerja mencukupi di restoran yang semakin ketara. Ini kerana netizen Malaysia secara enggan untuk bekerja di restoran walaupun sesetengah daripadanya menawarkan gaji minimum setinggi RM2,500.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekitar jam 9.50 malam semalam, seluruh rakyat Malaysia terpaku di kaca tv masing-masing tatkala Tun Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 dihadapan DYMM YDP Agung, Sultan Muhammad V di Istana Negara.
Bersaksikan sumpah, Waallahi, Wabillahi dan Watallahi untuk memegang kerahsiaan negara, Tun Mahathir tenang dalam pengalaman dirinya. Namun sudah pasti, jika ada yang perasan, ketika Sahibus Samahah, Mufti Wilayah Dr Zulkifli membacakan doa, tangan tua Tun Mahathir yang berusia 93 tahun itu agak “terketar-ketar”.
Mungkin ramai yang membuat tafsiran kerana Tun M menunggu terlalu lama, terlalu letih namun seperti mana rakyat Malaysia tahu, Tun M tidak pernah akan berundur demi menyelamatkan Malaysia yang “sedikit rosak” dengan pelbagai isu sehingga rakyat bangkit menukar kerajaan baru melalui Pakatan Harapan.
Tentu ramai yang ingin tahukan apa perkara pertama Tun M lakukan sebaik memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia selepas sidang akhbarnya?.
Sebagaimana keinginan rakyat yang ingin melihat adanya perubahan terutama terlalu banyak “kesilapan” dilakukan oleh pemimpin terdahulu seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa, pembaziran ekonomi, kebergantungan kepada projek-projek China, isu pengangguran orang muda dan banyak lagi. Ternyata, sebaik diangkat sebagai PM, Tun M telah lakukan perubahan ini demi rakyat. Jom baca.
PH tunai janji akan hapuskan GST – Dalam satu sidang akhbar, Tun M berjanji kerajaan pimpinannya akan menghapuskan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) seperti dijanjikan. Menurutnya, GST terlalu membebankan rakyat dengan kenaikan harga barangan harian dan negara akan kembali kepada sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) seperti sebelum ini.
Kaji semula perjanjian projek ECRL bernilai RM55 bilion – Tun M turut mengesahkan akan mengkaji semula perniagaan dibuat dengan China termasuk perjanjian berkaitan projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion itu.
“Jika perlu ada rundingan semula kerana apa yang dirisaukan ialah untuk projek ECRL sahaja, kerajaan sudah dibebani hutang RM55 bilion belum termasuk perjanjian lain yang menjadi bebanan besar buat negara. Sebuah negara yang bertanggungjawab harus cuba untuk mengurangkan pinjaman atau jika tidak, negara akan menjadi kambing hitam.
Siasat DS Najib jika ada bukti kesalahan – Menegaskan dirinya bukan seorang yang pendendam, beliau sedia untuk membawa DS Najib ke muka pengadilan seandainya Najib didapati ada melakukan kesalahan.
“Kami tak akan hukum orang jika mereka tak sependapat dengan kami (Pakatan Harapan) tetapi undang-undang akan dikuatkuasakan sepenuhnya di negara ini jika seseorang itu ada melakukan kesalahan,”katanya dalam satu sidang media.
Sifatkan kenyataan Jabatan Peguam Negara badan bebas sebagai mengarut – Jika korang baca akhbar sehari dua ini, korang tentu terbaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara iaitu Tan Sri Mohamed Apandi Ali bahawa Jabatan Peguam Negara yang diketuainya itu bukanlah sebuah badan politik sebaliknya penasihat kepada kerajaan pemerintah.
Tun M menyifatkan pandangan Jabatan Peguam Negara berperanan sebagai penasihat undang-undang tanpa berpihak adalah mengarut. “Saya fikir apa yang pendakwa awam atau peguam negara katakan berkaitan menasihat kerajaan sebagai bullshit (mengarut),” katanya tanpa menyebut nama penyandang jawatan itu. Sebelum itu, Mohamed Apandi menerusi kenyataannya berkata, selain penasihat undang-undang kerajaan, jabatan itu juga kekal sebagai pendakwa terhadap kesalahan jenayah yang sudah ditentukan oleh undang-undang.
Gugurkan beberapa orang “big boss” agensi kerajaan – Dalam pada itu, Tun M turut memberi amaran akan menukar beberapa ketua agensi kerajaan kerajaan yang didakwa membantu dan bersuhabat dengan bekas Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak.
“Beberapa ketua agensi akan digugurkan kerana kita dapati individu-individu ini membantu dan bersubahat dengan bekas perdana menteri yang dikecam di seluruh dunia sebagai kleptokrat,” katanya dalam sidang media pertamanya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7, hari ini.
Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan membuat perubahan di dalam agensi yang sebelum ini didakwa melindungi bekas perdana menteri berkenaan.
Yes! Sebagai rakyat yang mahukan satu perubahan dan memilih Pakatan Harapan, itu jugalah yang kita mahukan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!