Tiga Pelajar Termasuk Anak Pelakon Buat Laporan Polis Tolak Vaksin

IKLAN

 

Tatkala kebanyakan pelajar sekolah menengah di seluruh negara yang bakal berdepan peperiksaan utama Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bersiap sedia untuk menerima suntikan dos vaksin COVID-19 mereka tidak lama lagi, tiga orang pelajar pada hari ini telah bertindak membuat laporan polis demi mempertahankan hak mereka untuk menolak suntikan vaksin tersebut.

Menurut laporan, dua remaja lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan itu bertindak sedemikian kerana bimbang akan implikasi yang boleh menimpa dirinya sekiranya mengambil suntikan vaksin.

Azrell Omar Azri Iskandar, 17 dan adik perempuannya, Nur Azreen Omar Iskandar Azri Iskandar, 12 telah ditemui bersama-sama rakannya, Muhammad Hanif Haikal Jeffery, 17 di Balai Polis Taman Melawati pada hari ini. Turut sama menemani mereka di sana ialah ibu kepada Azreel dan Nur Azreen iaitu pelakon, Ellie Suriaty Omar.

IKLAN
Sumber Foto Hiasan : pexels.com (Monstera)

Kongsi Azrell, dia telah menerima borang menerusi Google Form daripada gurunya dua minggu lalu bagi urusan mendapatkan vaksin. Dalam borang tersebut, ia menyatakan bahawa tiada pihak yang akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kesan sampingan akibat pengambilan vaksin.

“Apa yang belaku terhadap saya selepas menerima vaksin, semuanya atas tanggungan saya sendiri. Justeru, saya berhak menolak daripada menjadi bahan eksperimen dengan dicucuk vaksin.

“Saya pelajar yang sihat tubuh badan dan tidak sanggup mengambil sebarang risiko yang boleh mendatangkan mudarat terhadap tubuh badan saya melalui suntikan vaksin ini yang masih lagi di tahap ujian klinikal.

“Saya tidak sanggup mempertaruhkan nyawa saya untuk ujian klinikal ini kerana ada pelbagai kaedah mencegah COVID-19 iaitu melalui perubatan homeopati holistik, makanan sunnah yang keluarga saya amalkan bagi mencegah penularan,” jelasnya.

IKLAN

Tambah Azrell lagi, tiada individu termasuk ahli keluarganya yang memaksanya membuat laporan itu – walaupun semua ahli keluarganya belum mengambil vaksin setakat ini. Keputusan untuk menolak suntikan vaksin dibuat selepas mengambil kira maklumat berkaitan vaksin dan COVID-19 daripada carian internet serta perkongsian daripada ibu mereka, ahli keluarga dan kenalan lain.

*

Buat masa ini, dia dan rakannya itu masih tidak dimaklumkan sekiranya ada tindakan lanjut yang akan dikenakan oleh pihak sekolah sekiranya menolak suntikan vaksin.

Untuk pengetahuan, proses suntikan vaksin COVID-19 dalam kalangan pelajar sekolah yang akan berdepan peperiksaan utama dijangka akan bermula sebelum sekolah kembali dibuka secara berperingkat pada awal bulan Oktober nanti.

ARTIKEL BERKAITAN : Pembukaan Sekolah Tangguh, Dibuka Secara Berperingkat Mulai 3 Oktober – REMAJA

Pada pendapat REMAJA, sememangnya tiada vaksin COVID-19 yang dicipta setakat hari ini yang mampu menghalang jangkitan virus. Disebabkan itulah, kita akan mendengar beberapa kes mangsa dijangkiti walaupun mereka telah divaksin. Inilah yang membuatkan segelintir golongan seperti tiga pelajar ini untuk menolak vaksin.

IKLAN

Namun apa yang pasti, kesemua vaksin sudah dibuktikan secara klinikal mampu menghalang simptom pesakit menjadi lebih mudarat. Ini jelas dapat dilihat pada laporan kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital di Lembah Klang yang semakin menurun.

Adalah mustahak untuk memastikan penyebaran maklumat yang tepat, jelas dan terkini dalam bahasa yang mudah difahami oleh pelajar dan ibu bapa. Jika kita berasaskan kepada maklumat pantas dari internet tanpa kefahaman yang tepat, tiada gunanya juga.

BACA LAGI : Pandang Serius Isu Anti-Vaksin, TMJ Panggil 779 Guru Tolak Vaksin COVID-19 Di Johor – REMAJA

Sumber : (1)

Show comments
IKLAN
IKLAN
Published by
Team Remaja