Isu berkaitan vaksin ketika ini merupakan satu perkara yang sangat serius. Dengan lonjakan kes positif Covid-19 yang semakin hari semakin membimbangkan, ia merupakan antara faktor orang ramai mahu segera mendapatkan vaksin.

Pandang Serius Isu Anti-Vaksin, TMJ Panggil 779 Guru Tolak Vaksin COVID-19 Di Johor
Foto Kredit : via Pexels.com

Namun, dalam pada kita semua teruja melengkapkan dua dos suntikan Covid-19 bagi melindungi diri daripada wabak penyakit ini; masih ada golongan profesional yang bersikap anti-vaksin dan menolak daripada menerima suntikan.

Hal ini didedahkan oleh Pengerusi Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor iaitu Yang Berbahagia Mazlan Bujang ketika sesi temubual di Persidangan Keempat DUN Johor yang ke-14. Beliau memaklumkan terdapat kira-kira 779 orang guru di sekitar Johor yang menolak vaksin Covid-19.

IKLAN

Ini sekaligus membelakangi perancangan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mendapatkan semua tenaga pengajar sekolah disuntik dos vaksin sebelum sesi persekolahan secara berhadapan boleh dilaksanakan secara berperingkatbermula pada 3 Oktober kelak.

Demi mengelak perkara itu daripada berlaku, Mazlan berkata Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan terus memberi penerangan mengenai kepentingan vaksin supaya golongan pengajar terbabit terbuka minda.

IKLAN

Menyedari kepentingan masyarat untuk mengambil vaksin, Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menerusi ciapan di Twitter memberi respon kepada perkara ini. Baginda ingin Pengarah Pendidikan Negeri Johor serta guru-guru yang dikenal pasti tidak mahu menerima suntikan ini untuk datang menghadap.

 

IKLAN

Sebelum ini, media melaporkan terdapat seramai 779 orang guru di Johor yang menolak daripadamenerima vaksin COVID-19. Mereka seharusnya mementingkan nyawa pelajar berbanding pendapat diri sendiri mengenai keputusan pengambilan vaksin. Lagupun, laporan teliti telah dilakukan hasil penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Atau mungkin para guru ini mempunyai alasan tersendiri enggan mengambilnya?

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI