
Semua tahu bahawa Universiti Harvard adalah antara salah satu universiti terbaik di seluruh dunia. Tapi cuba bayangkan kalau korang dapat belajar jurusan dalam bahasa ibunda kita yang ada di Universiti terkemuka ini. Teruja bukan.
ARTIKEL BERKAITAN : Cemerlang Dan Berwibawa. Dua Pelajar Malaysia Ini Berjaya Ke Harvard College

Terbaru, Universiti Harvard dilaporkan akan menawarkan kursus Bahasa Tagalog, iaitu bahasa keempat paling ramai bertutur di Amerika Syarikat (AS), menurut laporan kertas pelajar Harvard Crimson.
Bagi merealisasikan hasrat itu, Jabatan Pengajian Asia Selatan universiti berkenaan akan melantik tiga instruktor untuk mengajar dalam bahasa 3 buah negara di Asia Tenggara iaitu Bahasa Tagalog, Bahasa Indonesia dan Bahasa Siam untuk tahun akademik 2023 hingga 2024.
Pelantikan itu bagi tempoh penggal tiga tahun dan perjawatan boleh diperbaharui sehingga tambahan lima tahun.
Bagi membiayai inisiatif berkenaan, bajet sebanyak AS$1 juta (RM4.39 juta) akan dikumpulkan menerusi kaedah sumbangan.
Pengarah Bahasa dan Ketamadunan Asia Timur Pusat Asia Universiti Harvard, Prof James Robson, berkata jabatannya berusaha untuk mengembangkan pendidikan berkait Asia Tenggara di institusi pendidikan itu lebih dua tahun. Menerusi kursus Bahasa Tagalog, beliau berharap ia mendapat permintaan bagi bahasa Asia Tenggara.
Wah, menarik bukan bahasa negara serumpun kita ada di Universiti Harvard…
BACA LAGI : Wow Menarik, Universiti Harvard Tawar 67 Kursus Online Secara Percuma
Sumber : ( 1 )
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jom Raikan Tahun Baru 2018 Dengan Bunga Api Digital & Sebenar Di LAMPU 2017!

Guys, ke mana arah tuju korang pada malam tahun baru nanti? Haa, sini Remaja nak kongsi sikit tentang event yang cukup hebat penuh warna-warni dengan pelbagai kemeriahan. Bermula semalam, FESTIVAL LIGHT & MOTION PUTRAJAYA 2017 atau dikenali LAMPU 2017 telah mula dilangsungkan di Presint 3, Putrajaya.
Kota canggih Putrajaya akan ‘bermandi’ cahaya lampu berwarna-warni selama empat hari dengan pelbagai pengisian aktiviti hebat bakal diadakan oleh pihak penganjur, Perbadanan Putrajaya (PPj). Ini merupakan penganjurannya yang kali kelima berturut-turut dengan pada tahun ini membawa tema Ekspresi Negaraku, Ekspresi Malaysia dan Alam Semula Jadi. Penganjuran kali ini juga dikatakan sangat mesra keluarga terutamanya di kalangan kanak-kanak.
Bermula pada semalam iaitu 28 Disember 2017, LAMPU 2017 akan berakhir pada tengah malam 31 Disember 2017, di ambang Tahun Baru 2018. Kalau korang nak tahu, Remaja difahamkan bahawa sambutan Tahun Baru LAMPU 2017 akan dimeriahkan dengan pertunjukan bunga api digital pertunjukan yang cukup rare di dunia) dan juga bunga api sebenar.
Artikel Berkaitan: ESCAPE Penang Kini Pegang Rekod Gelongsor Air Terpanjang Di Dunia!

LAMPU 2017 juga membawa kelainan dengan menampilkan pelbagai penggunaan teknik, teknologi visual, audio, pemetaan visual beresolusi tinggi dan juga pemetaan bercahaya 3D di bangunan Istana Kehakiman. Bagi memudahkan pengunjung pihak penganjur turut menyediakan bas shuttle dari Presint 16 dan Putrajaya Sentral. Untuk edisi pada kali ini PPj menyasarkan seramai lebih sejuta orang pengunjung akan memeriahkan LAMPU 2017.
Di kawasan Food Valley pula pengunjung boleh menikmati lebih daripada 500 jenis makanan dan minuman dari lebih 90 peniaga seluruh Malaysia. Malah pada tahun ini juga mereka menganjurkan Pesta Durian dan Buah-Buahan Tempatan dengan secara buffet. Korang yang kaki durian tu, inilah tempat yang wajib kena serbu!

Antara pertunjukan baru diperkenalkan pada LAMPU 2017 pula ialah Pandora Garden oleh DBKL, LAMPU International Conference, Levitating Street, Glowing 3D Street Art oleh LA21 Putrajaya, Hologram Exhibition, Mystical Maze, RC Showcase dan VIP Lounge (dilengkapi bean bag di bahagian Grand Projection Mapping).
Manakala aktiviti berbayar pula melibatkan beberapa aktiviti seperti Beca Melaka, Beca Putrajaya serta acara Zumba Walk Ladies Only dan Glowing Fitness Fiesta.
Bagi korang yang merancang untuk menyambut Tahun Baru 2018 di sini, Remaja nasihatkan untuk pergi lebih awal dan rancang perjalanan korang sebaiknya. Jika kamu masih di bawah umur, sila pergi bersama orang dewasa dan dapatkan kebenaran daripada mereka.
Untuk maklumat lanjut korang boleh layari Portal Rasmi PPj, www.ppj.gov.my atau Facebook Perbadanan Putrajaya.
Have fun!

Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Senarai Lokasi Yang Mencatatkan Kes Positif COVID-19 Setakat 8 Januari 2021

Semalam (7 Januari 2021) Malaysia mencatatkan kes positif COVID-19 tertinggi dengan jumlah sebanyak 3,027 sekali gus mencecah jumlah keseluruhan kes 128,465 kes.
Ia sesuatu yang membimbangkan kerana virus ini nampaknya sedang berlegar di merata-rata tempat. Jadi, apa yang korang perlu buat adalah duduk rumah sekiranya tidak mempunyai apa-apa urusan penting di luar.
Berikut kami ingin senaraikan antara lokasi sah kes positif COVID-19 di seluruh negara setakat 8 Januari 2021.
Perniagaan
• Ben’s Independent Grocer (BIG), Publika Mall, KL
Pihank pengurusan telah mengeluarkan notis bertarikh 8 Januari bahawa seorang pekerja di bahagian minuman keras dari cawangan Publika disahkan positif COVID-19 pada 7 Januari 2021. Pekerja lain yang dikesan sebagai kontak rapat akan menjalani ujian swab dan kuarantin di rumah. Kerja pembasmian kuman telah dilakukan pada 7 Januari.
• Village Grocer, 1 Mont Kiara, KL
Seorang lagi pekerja di premis ini didapati positif COVID-19 dan dilaporkan kali terakhir bekerja pada 2 Januari 2021. Semua kakitangan yang dikenal pasti sebagai kontak rapat akan menjalani ujian swab dan kuarantin di rumah. Premis juga telah menjalani proses pembasmian kuman.
• Café Yamatatsu, Jalan Klang Lama, KL
Seorang pekerja diuji positif COVID-19 pada 7 Januari 2021 setelah semua kakitangan menjalani ujian swab sehari sebelumnya. Kafe ini ditutup selama dua minggu bermula 6 Januari hingga 21 Januari bagi kerja pembersihan.
• Resorts World Genting, Genting Highlands
Pihak pengurusan telah memaklumkan bahawa beberapa pekerja di kantin kakitangannya diuji positif COVID-19 semasa pemeriksaan rutin dan telah segera diasingkan. Anggota kakitangan yang makan di kantin itu juga telah diasingkan. Kantin dan kawasan umum yang terjejas telah dibersihkan dan pengesanan kontak rapat sedang dilakukan.
Kantin tersebut tidak dibuka kepada orang ramai, disebabkan itu resort tersebut akan terus beroperasi.

• DailyMuscle, Glomac Damansara
Seorang ahli di pusat kecergasan ini yang mengikuti kelas 6.30 pagi pada hari Isnin telah diuji positif COVID-19. Pihak pengurusan memaklumkan bahawa kes itu mungkin merupakan kes terpencil, dan kemungkinan mendapat jangkitan di luar premis mereka, namun ia telah menghubungi semua ahli lain di kelas yang sama untuk menasihati mereka menjalani ujian.
Premis ditutup sementara untuk operasi pembersihan dan semua pekerja akan menjalani ujian swab.
• Jaya One, Petaling Jaya
Seorang pekerja di sebuah pejabat di Blok D-61/63, Tingkat 3 telah disahkan positif sehari sebelumnya. Pejabat itu ditutup sementara semua kakitangan menjalani ujian swab. Jaya One mengatakan bahawa pihak pengurusan mereka telah melakukan pengesanan kontak rapat dan membersihkan semua kawasan umum di Blok D.
• Pasar Raya Tong Hin, Kota Kinabalu
Borneo Post melaporkan pada malam tadi pasar raya ini telah menutup cawangan di Gaya Street untuk kerja pembersihan kerana seorang pekerja disahkan positif COVID-19.
• Happy Place Restaurant & Bar, Kota Kinabalu
Salah seorang pelanggan di kedai makan ini didapati positif COVID-19 pada 31 Disember dan juga pekerja yang di acara swasta pada hari yang sama. Premis telah dibersihkan tetapi akan ditutup sehingga diberitahu kelak.
• Din Tai Fung, The Gardens Mid Valley
Seorang pekerja telah diuji positif COVID-19 semalam dan kakitangan itu telah dikuarantin sementara premis mereka telah dibersihkan. Pengesanan kontak rapat sedang dijalankan.
• Mei by Fat Spoon, Petaling Jaya
Dua orang pelanggan dari kedai makan ini di cawangan The Hub SS2 telah disahkan positif COVID-19. Salah seorang pelanggan mengunjungi premis pada 1 Januari antara 8 hingga 9 malam dan seorang lagi pada 5 Januari antara 12 tengah hari hingga 1 petang.

Penempatan
• Kondominium 9 Bukit Utama, Bandar Utama
Seorang penduduk dari Blok A didapati positif Covid-19 pada 7 Jan, kata pihak pengurusan dalam notis bertarikh pada hari yang sama.
• Le Yuan Residence, Taman Gembira
Pihak pengurusan mengeluarkan notis bertarikh 7 Januari bahawa sat ukes COVID-10 telah dikesan di Blok A. Pesakit dibawa ke hospital pada hari yang sama.
• Temasya 8 Residence, Shah Alam
Pihak pengurusan mengesahkan dalam notis bertarikh 7 Jan bahawa satu kes positif Covid-19 telah dikesan di Temasya 8 Residence.
• Isle of Kamares, Setia Marina, Cyberjaya
Pihak pengurusan mengumumkan semalam bahawa seorang penduduk di Blok K20 diuji positif Covid-19 dan tindakan segera telah diambil, termasuk pembasmian kuman.
• Hijauan Saujana Service Apartments, Shah Alam
Pihak pengurusan mengatakan pada 6 Januari bahawa seorang penduduk di Blok A, Tingkat 12, telah menunjukkan positif Covid-19 dan dua yang lain di unit yang sama telah menjalani ujian dan mengasingkan diri di sebuah hotel.
• Taman Kelisa Emas, Bandar Baharu, Kedah
Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu mengatakan kes Covid-19 telah dikesan di kawasan perumahan.
• Pelbagai kawasan di Kulai, Johor
Pejabat Kesihatan Daerah Kulai berkata, kes Covid-19 telah dikesan di kawasan berikut semalam, menjadikan jumlah keseluruhan 166 kes.
Mukim Senai: Jalan Nuri (1 kes); Kampung Baru Sengkang (1); Taman Handal (2); Pekan Senai (1); Taman Mas (1); Jalan Merak, Bandarputra (2); Taman Makmur (1); Taman Perindustrian Murni (57); Jalan Perindustrian 1 (87).
Mukim Kulai: Taman Pancasila (1 kasus); Jalan Matahari (1); Taman Muhibbah (1); Taman Putri (2); Taman Lagenda Putra (1); Jalan Rambutan (1); Taman Saleng Gaya (2); Jalan Teratai, Indahpura (1).
Mukim Bukit Batu: Felda Bukit Batu (2 kes).
Mukim Sedenak: Kampung Melayu (1 kes).
Pejabat
• Setiawalk, Pusat Bandar Puchong
Pihak pengurusan memaklumkan dalam notis bertarikh 6 Jan bahawa terdapat lima kes baru di Setiawalk, dengan satu kes masing-masing di Blok H, Blok E dan Blok C dan dua kes di Blok D.
Stay at home guys! Kita masih belum menang.
Sumber: Malaysiakini
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hati-Hati Semasa Sakan Bercuti, Pengunjung Pasar Payang Positif Covid-19

Percutian akhir tahun masih dilakukan seperti biasa oleh rakyat Malaysia walaupun tahun ini dilanda oleh pandemik Covid-19.
Seiring dengan kebenaran merentas negeri yang diberikan oleh pihak kerajaan, rakyat tidak melepaskan peluang untuk menghabiskan saki-baki cuti tahunan mereka dan merantau ke negeri lain untuk melepaskan rindu kepada kampung halaman serta bercuti bagi merelakskan minda.
Logiknya, apabila sesebuah kawasan tarikan pelancong kembali menjadi tumpuan pada musim cuti ini, risiko untuk seseorang itu dijangkiti akan bertambah. Itulah yang terjadi di lokasi tumpuan pelancong ke Kuala Terengganu, baru-baru ini.
Menurut pendedahan oleh Ahli Parlimen Kuala Terenggganu iaitu Ahmad Amzad Hashim di akaun Facebook-nya, tiga kes positif Covid-19 telah dilaporkan di Pasar Besar Kedai Payang. Walaupun tiada peniaga yang disahkan positif, namun itu tidak bermakna kawasan tumpuan ramai seperti Pasar Payang tidak terlepas daripada risikonya.

“Kita sentiasa terdedah dengan risiko jangkitan lebih-lebih lagi dengan bilang pengunjung yang ramai dan menyebabkan kesukaran untuk mengamalkan penjarakan fizikal.
“Saya harap semua pihak mendaftar MySejahtera atau pada buku rekod kemasukan untuk mengesan kontak jika berlaku kes, katanya.
Kami tahu ramai yang sedang berkunjung ke negeri Pantai Timur, ke Pulau Langkawi, ke Ipoh Perak dan ke Cameron Highlands pada waktu ini.
Jangan sesekali kita melupakan tanggungjawab kita untuk menjaga SOP yang seringkali diulang oleh pihak berkuasa. Ini memandangkan Malaysia masih mencatatkan jumlah kes postif Covid-19 yang tinggi terutamanya pada 26 Disember lalu di mana ia mencecah angka lebih 2000 kes.
Sumber: Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

