Kata orang, jika ingin melihat betapa hebatnya skil lakonan seseorang pelakon itu; cubalah lihat sekiranya dia mampu membuatkan korang terlupa rupanya yang sebenar ataupun tidak.
Begitulah persepsi orang ramai yang telahpun berkunjung ke pawagam untuk menonton filem seram sensasi, Evil Dead Rise.
Rata-rata pasti akan memuji jalan ceritanya, dialog ‘one-liner’ yang membuatkan korang tidak bosan menonton dan ‘skala seram’ serta elemen kejutan yang diselitkan.
Paling menonjol mengenai Evil Dead Rise tentunya terarah kepada pelakon utamanya Alyssa Sutherland yang berjaya membawakan watak Ellie dengan cukup bernas.
Nama Alyssa mungkin masih janggal dalam kalangan penonton di Malaysia.
Tidak dinafikan, wanita kelahiran Brisbane, Australia itu masih ‘hijau’ dalam dunia lakonan. Ini kerana Alyssa memulakan langkah awalnya sebagai seorang model yang berjaya.
Kongsinya dalam temubual bersama portal Collider, sejak kecil lagi dia sudah memahatkan impian untuk bergelar pelakon.
Begitupun di Brisbane, tidak ramai sedar bakat luar biasa yang dimilikinya sehinggakan Alyssa merasakan adalah tidak realistik untuk mengejar impian tersebut lalu melupakannya sama sekali.
Ads
Hanya apabila dia melanjutkan pengajian di universiti dalam jurusan sains pendidikan, dia dirisik untuk mencuba bidang peragaan fesyen.
“Saya ditemui di pusat membeli belah. Ibu sayalah yang menggalakkan saya untuk menangguhkan pengajian, lebarkan sayap dan mencubanya.”
Rezeki dalam bidang peragaan nyata tertulis buat Alyssa apabila dia memperolehi kontrak bersama Vogue Australia, menjadi penghias wajah majalah Australian Style dan Glamour Italy; malah muncul dalam kempen jenama antarabangsa seperti Bulgari serta Ralph Lauren!
Tidak mustahil korang sendiri pernah melihat wajah Alyssa dalam kempen-kempen tersebut sebelum ini.
Ads
Titik tolak kerjaya Alyssa dalam bidang lakonan bermula setelah dia dijemput untuk mengambil bahagian dalam uji bakat sebuah filem bersama pengarah dari Australia, Jocelyn Moorhouse. Biarpun filem tersebut tidak dihasilkan, semangat Alyssa untuk mengejar impian asalnya kembali ‘marak’ dalam dirinya.
Dia mengambil keputusan meninggalkan New York dan berpindah ke Los Angeles sebagai pelakon baharu, bukan lagi sebagai seorang model.
“Jujurnya, saya tak merasakan orang ramai sangsi apabila model bertukar aliran menjadi pelakon. Sudah ramai model yang membuktikan mereka boleh.
“Cuma apa yang mereka sangsi adalah sekiranya seorang wanita yang cantik boleh membawakan watak-watak serius. Sedangkan Hollywood mempunyai Brad Pitt yang cukup kacak dan beliau diberikan peluang membawakan macam-macam watak.
Ads
“Oleh sebab itulah, filem Evil Dead Rise merupakan satu hadiah istimewa untuk saya. Saya boleh mengubah pandangan orang ramai mengenai kemampuan model perempuan,” katanya.
Bukan saja watak Ellie yang dimainkan olehnya 180 darjah berbeza daripada dirinya yang sebenar. Ellie juga memaksa Alyssa untuk tidak ‘control cantik’, melepaskan dendam dan amarah serta mencabar dirinya untuk keluar dari zon selesa.
Bagi korang yang belum lagi menonton filem Evil Dead Rise, REMAJA syorkan agar korang menonton dahulu prekuel awal di platform penstriman Netflix sebelum menonton di pawagam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap kali Dato Sri Siti Nurhaliza muncul dengan sebuah video muzik baharu, tentunya ramai yang tidak sabar-sabar untuk menantikan idea dan konsep yang ditonjolkan oleh team TokTi.
Kali ini, beliau muncul lagi dengan MV bagi single terbaru Siapa Tak Mahu and honestly, we are not disappointed! Team video kali ini menjadikan TokTi sebagai ‘Fairy Godmother’ yang sedang menyaksikan adegan pasangan merajuk di antara Mira Filzah dan Hun Haqeem.
Bijak pilihan dua orang pelakon tersebut sebagai gandingan pada kali ini.
Tapi kita tak nak bercakap banyak mengenai Hun dan Mira, kita ingin melihat aksesori topi yang dipakai oleh TokTi sepanjang video muzik berdurasi 3 minit, 34 saat ini.
Bukan sekali, dua.. tapi empat kali beliau menukar busana baru berserta aksesori topi yang cukup kena dengan setiap gayanya.
Jom kita lihat siapakah pereka topi bagi TokTi ini.
01
Untuk adegan pertama TokTi ini, beliau menyarungkan jaket crop hitam rekaan Afiq M untuk disesuaikan dengan headgear serba hitam keemasan. Gandingan ini membuatkan beliau kelihatan cukup sharp, tambahan pula dengan aksesori statement rekaan Behati.Co
02
Ini merupakan di antara look yang berbeza untuk TokTi apabila beliau menjadi potret ‘pemerhati’ di muzium tersebut. Who need CCTVs when we have Harry-Porter-esque portraits watching over the place?
TokTi menggayakan headpiece dempak rekaan Hanna B yang sememangnya popular dengan rekaan straw hats mewah. Biasanya ia berwarna neutral kekuningan, kali ini topi tersebut disamakan dengan rona merah salmon pada gaun beliau.
03
Aah, we just love this! Sekali lagi memakai busana sut rekaan Afiq M, topi tokti pada kali ini adalah hasil kreativiti Arte de Narmi oleh Afiq Khairuddin. Setiap kali muncul adegan di hadapan CCTV ini, we just cannot help but swoon over this look.
04
TokTi tidak mengecewakan dengan memilih aksesori kepala rekaan Bremen Wong yang sememangnya popular dalam industri fesyen negara. Dipadankan dengan gaun hitam bergemerlapan rekaan Zaimi Zulkafli, tiada kata melainkan wow bila melihat babak di atas pentas ini.
*
Jadi, mana satu topi yang paling korang gemari?
Jika belum menonton video muzik Siapa Tak Mahu, klik saja di bawah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dengan kemunculan album When We Fall Asleep, Where Do We All Go? pada tahun lalu, penyanyi Billie Eilish telah banyak menghiburkan peminatnya di seluruh dunia menerusi jelajah konsert.
Iyalah, situ punca nak dapat duit masyuk kan!
Malah, menerusi akaun Instagram-nya, Billie mengumumkan pada pagi ini (20 Januari) bahawa dia akan melakukan konsert jelajah Asia pada tahun ini.
Sepanjang bulan Ogos dan September tahun ini, Billie Eilish akan berkunjung ke Seoul, Hong Kong, Tokyo dan beberapa lagi bandar besar untuk Where Do We Go? Tour.
Cer lihat tarikh di bawah:
23 Ogos – Seoul
25 Ogos – Shanghai
28 Ogos – Taipei
30 Ogos – Hong Kong
02 September – Tokyo
05 September – Manila
07 September – Jakarta
Walaupun Billie akan ke negara seberang sebagai lokasi terakhir, nampaknya Kuala Lumpur sekali lagi DIPINGGIRKAN. NO!
Tak apalah..sekiranya korang merupakan peminat tegar Billie Eilish dan tidak kisah untuk membelanjakan duit tiket penerbangan dan hotel, korang boleh membeli tiket untuk jelajah Manila di laman web livenation.asia bermula 2 Februari ini.
Harga tiketnya masih belum tertera.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Negara Arab Saudi dan negara lain di Timur Tengah telahpun menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari ini setelah pengumuman Imam Besar Masjid Al-Haram semalam.
Sebenarnya, keputusan tersebut bukanlah keputusan yang pelik memandangkan Arab Saudi juga melakukan pemerhatian anak bulan seperti yang dilakukan di Malaysia.
Cuma barangkali kerana Ramadan di sana hanya berkesudahan 29 hari pada tahun ini berbanding 30 hari seperti di Malaysia, Indonesia, Jepun dan Australia yang masing-masing mengumumkan Aidilfitri jatuh pada 5 Mei, ia kedengaran seperti pelik sedikit.
Apapun, pada jam 4.11 pagi tadi, seramai 1.5 juta ke 2.5 juta umat Islam di Mekah telahpun menunaikan solat Subuh, diikuti dengan solat sunat Aidilfitri pada jam 6.00 pagi di bahagian dalam hingga melimpah ke luar masjid Al-Haram.
Menariknya, sambutan Aidilfitri di Mekah menurut rakan yang berada di sana disambut secara ringkas tanpa kunjungan dari rumah ke rumah, perhiasan, bunga api atau mercun.
Jika di Malaysia lagu-lagu raya sudah berkumandang sejak pertengahan bulan Ramadan lagi. Di Mekah orang ramai meneruskan ibadat selepas selesai menjamu sarapan Aidilfitri.
Bagi rakyat Malaysia yang menetap di sana atau sedang menunaikan ibadah umrah, mereka dijemput untuk ke rumah terbuka Malaysia anjuran restoran Felda D Saji di Jeddah kira-kira 80 kilometer ke barat Mekah.
Sekitar majlis berbuka puasa dan bertarawikh di Kedutaan Besar Malaysia di Jeddah, Arab Saudi pada Mei lalu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi hubungan mereka mungkin sering menjadi perhatian, namun kali ini Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil dengan momen yang lebih santai dan mencuit hati...