Ramai menafsirkan jika mimpi ular, ia berkait dengan ilmu sihir yang dihantar seseorang. Namun tafsir mimpi berkait ular ini sebenarnya memberikan tafsiran berbeza termasuk memperoleh pangkat, kuasa, kekayaan, harta benda, rezeki, jodoh dan banyak lagi. Penjinak ular berpengalamanan atas nama MijiSnakeMaster berkongsi tafsiran mimpi berkaitan ular.
MIMPI ULAR
Seringkali juga saya ditanya oleh orang awam dan rakan-rakan tentang tafsir mimpi berkaitan ular. Oleh kerana saya berkecimpung secara langsung dalam bidang ini maka ada jugalah saya kaji dan belajar bab ni.
Dalam Islam mimpi bertujuan untuk mengukur tahap kejujuran seseorang. Semakin jujur seseorang maka semakin benar mimpinya. Namun tetap ada mimpi mainan tidur atau godaan jin dan syaitan. Ada juga mimpi kerana asyik teringat-ingat. Sehingga hari ini saya belum pernah bermimpi ular. Hehe.
Mengikut Ibn Sirin yang merupakan seorang pentafsir mimpi terkenal dalam kitabnya Tafsir Al-Ahlam (الأحلام) mengkelaskan mimpi kepada dua (2) iaitu mimpi yang tidak perlu ditafsir kerana sudah nyata, dan mimpi yang perlu ditafsir kerana ada simbol yang perlu dihuraikan.
Dalam kes mimpi "Ular" ia perlu tafsiran. Dalam bahasa Arab ular disebut "Hayyah" (حَيَّة). Tafsir ular dalam mimpi membawa beberapa simbol seperti harta, anak, negara, musuh (benda jahat), wanita, dan sumber kehidupan yang lain.
Antara mimpi yang selalu wujud dan dihuraikan dalam kitab tersebut ialah:
Ads
1. Melihat ular besar : Jika tiada perasaan takut saat melihatnya bermakna kita akan beroleh kekuasaan, kekuatan, pangkat, dan seangkatan dengannya. Mimpi ini juga membawa maksud kita akan mendapat rezeki dari sumber yang tidak dijangka.
2. Ular masuk rumah : membawa maksud kita perlu berwaspada kerana ada sesuatu yang tidak baik cuba mengganggu hidup kita. Namun ada tafsiran mengatakan kita akan menerima kehadiran seorang tetamu yang membawa khabar baik.
3. Berjaya tangkap ular : Berkait dengan mimpi ke (2), bermaksud kita akan beroleh keuntungan atau kebaikan daripada orang yang berbuat jahat itu. Mimpi ini juga membawa maksud kita akan mendapat harta atau pangkat.
4. Ular keluar dari salur kencing : membawa maksud kita akan dikurniakan rezeki atau anak.
Ads
5. Memukul ular dan memotongnya : Bermakna kita akan berpisah dengan seseorang.
6. Membunuh seekor ular : Ini membawa khabar gembira iaitu kita bakal berkahwin dengan seseorang. Ada juga tafsiran lain iaitu kita berjaya mengalahkan musuh.
Antara mimpi lain yang tidak disebut dalam kitab tersebut seperti: 1. Digigit ular : kita akan mendapat pasangan atau kebahagiaan dalam hidup.
Ads
2. Melihat Ular : Mendapat rezeki. Namun ada tafsiran mungkin membawa bencana bergantung kepada situasi.
3. Dikejar ular : Jika kita belum berkahwin bermakna bakal berjumpa pasangan sebenar yang mencintai. Jika sudah berkahwin bermakna orang mulai menyukai kita. Banyak peminat la katakan.
4. Melihat banyak ular : Insya-Allah kita akan dipanjangkan umur. (#) Namun harus diingat! setiap mimpi memberi isyarat agar kita berbuat sesuatu dalam memperbaiki diri. Bukan tujuan saya ingin memberi firasat supaya mempercayainya 100% tetapi peringatan pada diri kita supaya menjadi lebih baik.
(#) Jika memperoleh rezeki atau harta bermakna kita bakal diuji oleh-Nya. Banyakkan bersedekah dan bersyukur, jangan riya' dan sentiasa merendah diri. Jika dikurniakan umur yang panjang maka pergunakanlah dengan baik untuk membantu manusia dan alam. Jika kita berjaya mengalahkan musuh maka disarankan kita supaya jangan sombong dan lebih baik memaafkan.
Apa yang saya tulis ini tidak semestinya betul, apa yang saya nak sampaikan adalah perenggan yang bertanda (#).
Sekian, semoga bermanfaat. Sumber : Miji Snakemaster
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai berasakan ketika haid, tidak dapat membaca apa-apa ayat suci al-Quran termasuk menyentuh kitab suci ini.
Namun alangkah ruginya di saat datang haid itu, kita tidak berbuat sesuatu kerana dengan hanya membaca satu doa ini sahaja, banyak kebaikan kita peroleh termasuk melalui titian silaturmustaqim dengan mudah di hari akhirat kelak.
Baca perkongsian dari Ustaz Mohd Sharhan Shafie mengenai kelebihan membaca doa ini di hari pertama haid.
Buat kaum Hawa dibaca, janganlah di abaikan.
Mungkin Perempuan menganggap kalau kedatangan haid tidak perlu untuk berdoa. Justru sebaliknya, kalau perempuan kedatangan haid dihari pertama lebih baik berdoa. Walaupun berada dalam keadaan kedatangan haid dan nifas atau dalam berhadas.
Kaum muslimah tidak sepatutnya membiarkan hari-hari tersebut berlalu dalam keadaan biasa-biasa saja, sebaliknya berusahalah mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan amalan baik yang lain seperti membaca doa waktu kedatangan Haid.
Di bawah ini doa untuk perempuan yang kedatangan haid dihari pertama:
Bismillahirrahmanirrahim "Alhamdulillahi'alakullihalinwa 'astaghfirullahamindzanbi" Maksudnya .. Segala Puji bagi Allah atas segala perkara dan aku memohon keampunan Kepada-Mu, Ya Allah dari kesemua dosaku.
Jika perempuan kedatangan haid hari pertama dan dia berdoa, seperti doa di atas maka:
1 – Dimudahkan jalan keluar haidnya. 2 – Mendapat pahala beribadah sepanjang haid. 3 – Meraih pahala 40 orang Syahid. 4 – Selamat dari azab neraka. 5 – Dimudahkan melalui jambatan sirathul Mustaqim.
Dari Saiyyidatina Aishah r.a meriwayatkan:
"Tidak ada seorang perempuan pun yg kedatangan haid, melainkan haidnya itu menghapuskan dosa-dosa yang telah lalu daripada segala dosa-dosanya dan sekiranya ia membaca doa diatas pada hari yang pertama, maka Allah SWT akan menulis baginya supaya terlepas daripada api neraka dan dapat lalu di atas jambatan Sirat dengan selamat dan aman daripada azab dan meninggikan derajatnya oleh Allah SWT baginya dengan tiap satu hari dan satu malam akan empat puluh orang mati syahid. manakala perempuan itu dikira berzikir kepada Allah SWT di dalam masa haidnya." – Kitab Durratun Nasihin Fil Wa'zi Wal Israr – Selamat Beramal
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak dinafikan, kemunculan semula Rihanna di pentas antarabangsa setelah bertahun-tahun tidak menjayakan apa-apa persembahan amatlah dinanti-nantikan oleh peminatnya di serata dunia.
Hari ini, impian RihannaNavy tersebut bertukar realiti setelah penyanyi berusia 34 tahun itu telahpun menghiburkan acara sukan tahunan Super Bowl 2023 sewaktu masa rehat perlawanan.
Antara lagu-lagu hit yang telahpun dipersembahkannya termasuklaH B— Better Have My Money, Where Have You Been?, Only Girl in the World, We Found Love, Rude Boy, Work, Wild Thoughts, Pour It Up, All of the Lights, Run This Town dan Umbrella sebelum mengakhirnya dengan Diamonds.
Sehingga kini, video penuh persembahan Rihanna yang dimuat naik ke akaun YouTube NFL telahpun mencatatkan 7.8 juta tontonan selepas tempoh sembilan jam.
Tular memang tular, namun bukan hanya Rihanna sahaja yang tampil tular pada hari ini.
Dalam diam, warganet tidak dapat berhenti menghebahkan tentang kemunculan jurubahasa isyarat Rihanna bernama Justina Miles.
Justina yang berada pada skrin untuk mengalih bahasa mengikut lirik yang dinyanyikan oleh Rihanna kelihatan cukup menghayati kesemua lagu yang dinyanyikan sehingga pada satu ketika dia melakukan tugasnya itu sambil menari!
Justina merupakan seorang penghibur jurubahasa isyarat berusia 20 tahun dari Philadelphia, Amerika Syarikat.
Sekiranya Rihanna mencatat sejarah sebagai penyanyi hamil (yes, she is pregnant!) pertama yang berpeluang melakukan persembahan di perlawanan Super Bowl; Justina pula kini merupakan penghibur wanita pekak pertama yang dijemput untuk turut serta dalam acara tersebut.
Menurut laporan, Justina kini sedang mengikuti jurusan ijazah sarjana muda kejururawatan di HBCU Bowie State University.
Rata-rata penonton memuji tenaga dan kelincahan Justina sepanjang persembahan berdurasi 13 minit 30 saat itu.
Jom lihat aksinya yang sempat dirakamkan oleh Rolling Stone.
@upworthy Representation in everything matters 🔥 Check out Justina Miles, Rihanna’s ASL performer at the Super Bowl. Via @Rolling Stone ♬ original sound – Upworthy
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sila hati-hati dan amalkan disiplin penjarakan fizikal, gunakan pelitup muka dan guna hand sanitizer setiap masa.
Jangan ambil remeh hal ini kerana Kementerian Kesihatan Malaysia dalam hantaran di fb semalam memaklumkan, mutasi jenis D614G telah dikesan daripada ujian pengasingan dan kultur virus COVID-19 untuk tiga (3) kes daripada Kluster PUI Sivagangga (kontak rapat kepada kes indeks) dan juga satu kes daripada Kluster Ulu Tiram (iaitu individu daripada Filipina).
Penyelidikan yang dilakukan oleh ) yang oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mendapati sah wujudnya mutasi D614G yang mampu menyebarkan jangkitan 10 kali ganda lebih cepat “super spreader”.
Bagaimana pun KKM menjelaskan buat masa kini, kedua-dua kluster ini didapati agak terkawal hasil pelbagai tindakan kawalan kesihatan awam yang pantas di lapangan. Ujian awal dan beberapa ujian susulan sedang dijalankan bagi menguji beberapa kes lain, termasuk bagi kes indeks bagi kedua-dua kluster ini.
Walau bagaimana pun, masyarakat harus berwaspada dan lebih berhati-hati kerana virus COVID-19 dengan mutasi D614G ini telah terbukti 10 kali lebih mudah menjangkiti individu lain dan mudah merebak sekiranya disebar oleh individu ‘super spreader’.
Mutasi D614G ini ditemui oleh saintis pada Julai 2020 dan berkemungkinan akan menyebabkan kajian vaksin sedia ada tidak merangkumi atau tidak berkesan terhadap mutasi ini.
Apa yang perlu kita lakukan pada masa kini adalah dengan berdisiplin mengamalkan SOP yang telah disarankan seperti penjarakan fizikal, kebersihan kendiri yang tinggi terutama mencuci tangan dengan air dan sabun, serta memakai pelitup muka terutama di tempat awam, tempat sesak, tempat tertutup dan ketika sembang jarak dekat.
Situasi terkini COVID-19 didapati masih terkawal dan KKM serta agensi-agensi lain masih berusaha membendung penularan COVID-19. Kerjasama masyarakat amat diperlukan agar dapat kita sama-sama memutuskan penularan jangkitan COVID-19.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.