Seluruh rakyat Malaysia termasuklah selebriti tidak mahu melepaska peluang untuk menyaksikan detik bersejarah malam ini.
Sementara menunggu satu demi satu keputusan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kerusi Parlimen diumumkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kebanyakan netizen menggunakan media sosial untuk berkongsi pendapat mereka terhadap situasi semasa yang sedang berlaku.
Begitu juga dengan kebanyakan selebriti tempatan yang memilih untuk bersikap terbuka terhadap sokongan mereka.
Cuaca panas yang dihadapi negara buat masa ini membuatkan kebanyakan rakyat mengeluh kerana bahangnya begitu terasa. Bagi rumah yang tiada penghawa dingin lebih terasa kehangatannya.
Memetik laporan dari BERNAMA, tidak lama lagi, Malaysia bakal dilanda dengan cuaca panas dan kering apabila berlakunya Monsun Barat Daya!
Keadaan cuaca panas itu dijangka bermula pada 18 Mei ini dan akan berterusan sehingga pertengahan September nanti — menyebabkan kurangnya pembentukan awan yang menghasilkan hujan dalam tempoh berkenaan.
Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan memaklumkan taburan hujan di kebanyakan negeri dijangka berada pada paras purata — kecuali negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Utara Perak yang akan menerima hujan sedikit melebihi purata pada bulan Ogos dan September.
Manakala, kawasan barat dan pedalaman Sarawak dijangka menerima hujan sedikit melebihi purata pada bulan Mei dan Jun.
Sementara di timur Sabah dijangka menerima hujan sedikit bawah purata pada bulan September dan Oktober.
Keadaan ini juga berpotensi menyebabkan cuaca yang agak kering serta menyebabkan kebakaran hutan dan jerebu di sesetengah tempat.
Jerebu tempatan atau merentas sempadan boleh berlaku sekiranya terdapat pembakaran terbuka yang tidak terkawal.
Korang juga dinasihatkan untuk berjimat cermat dalam penggunaan air, berhati-hati ketika melakukan aktiviti luar serta tidak melakukan pembakaran terbuka dan paling penting, minum air yang secukupnya.
Jika tidak mempunyai sebarang aktiviti luar, elakkan daripada kerap berada di luar rumah atau bangunan. Be safe guys!
Sumber: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hidayah boleh datang bila-bila, dimana saja dan kepada sesiap saja, tak terkecuali bagi sebilangan selebriti. Kehidupan para selebriti yang terkenal dengan kemewahan dan pergaulan bebas membuat mereka merasakan hal yang negatif.
Di sebalik kehidupan selebriti dalam dunia hiburan, ada daripada mereka yang memilih untuk berhijrah kerana panggilan hati. Sejak akhir-akhir ini, ramai sudah mula perasan mengenai penampilan usahawan dan pengacara terkenal Neelofa yang kelihatan lebih sopan.
Terbaru menerusi laman Instagram Neelofa meminta semua mendoakan perjalanan baharunya ini.
Dalam pada itu, ramai peminatnya yang menyambut baik penampilan Dewi Remaja 2009/10 itu berkongsi fotonya mengenakan purdah.
Namun, Neelofa bukan la yang pertama, ini 3 selebriti lain yang memilih untuk mengubah penampilannya dengan mengenakan purdah dan meninggalkan gemerlapnya dunia selebriti demi mendalami ilmu agama. Alhamdulillah tinjuan penulis dilaman instagram mendapati mereka ini masih istiqomah dengan imej berpurdah ini.
1. FYNN JAMAL
.
Fynn Jamal turut mengambil langkah untuk tampil berniqab dengan sepenuhnya. Ibu kepada dua cahaya mata ini sering menyelit kata-kata suci dan motivasi di majoriti gambar-gambar yang dikongsi olehnya di laman sosial. Alhamdulillah beliau masih istiqomah sehingga ke waktu ini.
2. Waheeda
.
Waheeda yang sebelum ini mencetuskan fenomena dengan lagunya yang paling popular, Wassini berentak Timur Tengah di dalam industri. Sebaik sahaja jodohnya ditakdirkan dengan penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Akhil Hayy, 41, di Masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Baru, Selangor pada 6 Ogos 2009, Waheeda yang terus mengambil keputusan meninggalkan gelanggang seni terus menyarung niqab.
3. Farra
Seperti juga penyanyi Farihah Mohamed Arshad ataupun popular dengan nama Farra yang cukup terkenal dengan lagu ‘Bagaikan Puteri’. Dia bukan setakat berhijrah dari zaman kejahilannya tetapi juga turut mengambil keputusan untuk berniqab. Sudah hampir 20 tahun beliau berhijrah menjadi Muslimah yang diredai Allah dan masih terus kekal istiqomah.
Alhamdulillah…cantik Neelofa berniqab bagaikan bidadari dari syurga.
Moga dengan penghijrahan mereka ini dapat membuka pintu hati selebriti dan wanita lain untuk turut sama menutup aurat. 🙂
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Suatu ketika dulu, pusat tahfiz dilihat sebagai tempat untuk mendidik anak-anak menjadi insan soleh dan solehah. Ada banyak pusat tahfiz muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
Namun beberapa tahun ini, akhbar mula mendedahkan ada pelajar yang menjadi mangsa liwat mudir dan penjaga pusat tahfiz sehingga mendatangkan kegemparan pada masyarakat, benarkah orang beragama sanggup berbuat demikian.
Tapi ternyata nafsu memang tidak mengira pelakunya kerana kes-kes sebegini memang benar-benar wujud dan mangsanya adalah di kalangan remaja di bawah usia 18 tahun. Aktivis terkenal tanahair, Syed Azmi telah mendedahkan surat yang ditulis oleh seorang ibu bagaimana anaknya menjadi mangsa liwat mudir. Kesnya kini dalam perhatian dan siasatan pihak polis. Malangnya, mudir itu masih lagi dibenarkan mentadbir sekolah berkenaan.
Di cabul/liwat sehingga lari:
Kes yang di sampaikan pada saya malam ini oleh ibu mangsa:
“Kepada tuan SYED AZMI:
Assalamualaikum.Saya ana (bukan nama sebenar) seorang ibu kepada Ady, bawah 12tahun (belajar di sebuah tahfiz sehingga 1juzuk berhenti kerana gangguan seksual ).
Saya ingin beritahu kepada tuan berkenaan kes anak saya Ady.
Saya masukkan dia ke sebuah tahfiz berdaftar di bawah Majlis Agama Negeri pada Januari 2018. Saya tahu kewujudan tahfiz ini melalui seorang kenalan yang anaknya juga belajar di tahfiz yang sama. Saya juga ada mencari maklumat berkenaan tahfiz ini di internet. Selepas saya berhubung dengan mudir tahfiz dan bertanyakan yuran dan pengajian yang digunapakai di situ saya pun berbincang dengan suami untuk memasukkan Ady ke tahfiz berkenaan.
Setiap hujung bulan pihak tahfiz akan membenarkan anak-anak keluar outing. Pada 3 bulan pertama pengajian anak saya di sana, dia nampak sangat gembira dan bercerita dengan penuh semangat tentang kawan-kawannya dan dia berniat hendak belajar di sana sampai boleh menjadi seorang ustaz.
Bermula pada bulan April perubahan sikap Ady mula nampak. Ady dah jadi agak pendiam. Bila keluar outing dia tak banyak cakap. Dia juga menangis bila saya hantar balik selepas membeli barangan keperluannya seperti sabun dan ubat gigi. Apabila saya bertanya kenapa? Ady hanya menangis dan berkata “Rindu mama”. Saa sedikit hairan kenapa selepas beberapa bulan belajar, dia dah selesa di tahfiz berkenaan tetapi menunjukkan reaksi begini. Namun saya memujuk diri saya untuk berfikir mungkin dia dah mula rasa tekanan dalam pembelajaran yang makin lama makin banyak yang perlu dia pelajari.
Cuti raya Aidilfitri mereka dapat cuti panjang. Ady asyik memujuk saya belikan dia PS4 menggunakan duit rayanya tapi saya tak benarkan kerana dia perlu fokus kepada pengajian agama bukan isi masa dengan bermain permainan video.
Menjadi kehairanan lagi, dalam waktu bercuti mudir dia selalu bertanya khabar Ady melalui telefon. Dia juga hendak bercakap sendiri dengan Ady. Saya tak pernah curi dengar perbualan mereka. Setiap kali ada cuti panjang sikit, mudirnya pasti telefon atau WhatsApp bertanyakan Ady. Saya jadi hairan. Istimewa betul anak saya dimata mudirnya ni. Dia asyik memuji ketaatan Ady sebagai pelajar tahfiznya. Dia juga memuji saya amat beruntung mendapat anak seperti Ady. Saya amat bersyukur.
Perkara sebenar terbongkar juga akhirnya. Jam lebih kurang 5 pagi saya dikejutkan oleh panggilan telefon dari nombor yg tidak dikenali dan Ady yang menelefon. Dia telah lari bersama 2 orang lagi rakannya kerana gangguan seksual. Bagai nak luruh jantung mendengar apa yang Ady beritahu. Dia telah meminta bantuan penduduk Taman untuk menyembunyikan diri mereka bertiga sementara saya datang mengambilnya.
Saya pula ketika itu berada out station atas urusan kerja suami. Saya meminta bantuan kawan untuk mengambil mereka bertiga dan bawa ke rumah ibubapa saya yang tinggal berdekatan dengan saya. Ayah saya mula interview ketiga-tiganya dan memberitahu akan pergi membuat laporan polis. 2 orang pelajar yang lari bersama Ady diserahkan kepada penjaga mereka. Ady pula ayah saya bawa ke balai untuk membuat laporan berkenaan gangguan seksual yang dibuat sendiri oleh mudir tahfiz berkenaan. Mudir ditahan reman selepas beberapa jam laporan diterima. Ady dihantar ke hospital dan menerima rawatan di wad selama lebih kurang hampir seminggu. Saya sampai di hospital jam 12 malam dan dibenarkan untuk becakap dengan Ady selama 30min.
Ady kata dia disuruh urut kaki mudirnya lepas kaki naik ke betis, lepas betis mudir membuka seluar dan menyuruh urut kemaluan pula. Itulah permulaannya. Selepas itu bukan sahaja urut kemaluan lagi malah melakukan hubungan luar tabii. Mudir melakukan hubungan tersebut dengan 2 pelajar lagi iaitu yang lari bersama Ady. Dia memanggil seorang demi seorang masuk ke bilik. setiap hari sekerap 3 kali sehari pelajar dipanggil untuk melepaskan nafsu songsangnya.
Saya berurusan dengan pihak polis. Dalam proses penahanan itu, tahfiz masih beroperasi seperti biasa, seperti tak ada apa yang berlaku. Setelah tamat tempoh reman mudir dilepaskan dengan ikat jamin polis. Senangnya? Mudir dibenarkan pulang ke tahfiz yang mana pelajar masih ada di sana. Saya kebingungan. Kenapa tahfiz tak diarah tutup semasa mudir direman? Banyak yang saya musykilkan dan hairankan tentang perjalanan kes anak saya ni. Saya pula hanya menunggu polis memanggil untuk soal siasat.
Saya dihubungi oleh 2 orang ibu yang mana anaknya bekas pelajar tahfiz berkenaan. Anaknya juga mangsa orang yang sama dan melarikan diri dari tahfiz yg sama pada 2017. Mereka tidak buat report polis pada ketika itu kerana anaknya merasa malu bimbang dan trauma. Tetapi setelah ibunya mendengar tentang kejadian anak saya mereka report bertujuan menegakkan kebenaran dan ingin membantu kawan-kawan yang lain.
Saya juga diberitahu mudir ini pernah dituduh pada 2015. Kes yang sama melibatkan pelajar tahfiz di negeri lain terhadap satu adik-beradik sehingga tahfiz tersebut di arah tutup. Maksudnya dah ada kes sebelum ni? Adakah diketahui, latarbelakang diperiksa dan jika tahu kenapa pihak Jabatan Agama negeri biarkan orang yang sama menguruskan tahfiz? Ini bukan kes kecil. Kenapa tiada apa-apa siasatan dan tindakan terhadap kes yang lama tu? Ada tanggapan atau adakah benar ada campur tangan orang berpengaruh?
Ada ibu yang mengadu anak mereka jadi nakal dan memberontak setelah berhenti tahfiz kerana gangguan seksual drpd mudir itu. Bukan 2 bukan 3 malah lebih 10 mangsa yang saya dapat tahu berhenti atau lari dari tahfiz yang Ady belajar itu kerana tidak tahan dengan gangguan seksual dari orang yang sama. Saya rasa seperti anak saya dianiaya. Pihak mana yang harus saya harapkan? siapa yang hendak menegakkan keadilan terhadap mangsa-mangsa ini? Sehinggalah hari ini seperti tiada apa-apa yang berlaku. Pihak polis hanya memanggil saya sekali untuk soal siasat dan menyuruh saya membawa Ady untuk rakaman percakapan. WhatsApp yang saya hantar kepada inspektor yang mengendalikan kes saya juga tidak dibalas, seperti tiada jawapan. Saya diberitahu lagi yang tahfiz itu sudah mengarahkan pelajar-pelajar berehat di rumah masing-masing kerana proses berpindah di tempat lain pula.”
From my interview:
Firstly, saya sudah membaca police report dan mengesahkan benarnya laporan polis di buat. Please understand kes sebegini melibatkan D11 siasatan jenayah seksual kanak-kanak, JKM dan Majlis Agama Negeri. Kesemua agensi yang saya pernah bekerjasama. Dan saya faham kekangan setisp agensi.
Laporan hospital telah dibuat. Perlu saya ingatkan, kalau kes sebegini, tak semestinya perlu ada koyakan dubur baru ada kes. Trauma akibat urutan kemaluan mudir tiada meninggalkan tanda, (oral sex pun tiada tanda, tunjuk kemaluan pun tiada tanda)- bukan bererti tiada kes tapi lagi sukar hendak buktikan. Cuma tekanan ibu bapa secara beramai-ramai yang membolehkan polis lebih mendapat detail. Jangan kata urut tu takpe dan kanak-kanak nanti lupa bila besar.
Berkenaan lari 3 budak. Ia di ketuai oleh seorang budak bawah 14 tahun dan dia sudah tidak tahan diperlakukan sedemikian dan mengajak kawannya dan Ady merupakan kawan sebilik kawannya. Sepatutnya berlima tetapi yang 2 lagi takut dan salah seorang daripadanya anak yatim. Mereka lari keluar dan memohon perlindungan orang awam.
Lari bukan perkara yang senang. Dari satu bahaya boleh jadi bahaya yang lain. Tumpang di rumah orang asing, macam-macam boleh berlaku.
Dalam tempoh Ady masuk, seolah-olah mereka tahu sesama sendiri perkara tersebut berlaku antara mereka dan boleh berkongsi siapa kena apa dan bila macam berjadual. Lepas pencabulan sama ada mengurut ataupun liwat, mereka dibenarkan tengok TV atau main game di bilik Mudir. Reward.
Semua kanak-kanak yang terbabit termasuk yang tak lari kini dah keluar dari sekolah tersebut. Hampir 10 laporan polis dibuat dari mereka. Ady juga mula ceria kembali. Dia kini bersekolah tahfiz harian.
Kes Ady bukanlah kes budak nakal dimasukkan tahfiz. Dia seorang budak yang mempunyai cita-cita luhur. Ibu bapanya dah selidik yang terbaik.
It is not about the school tetapi ketua sekolah iaitu mudir. Perlu diingatkan kes pencabulan is a kes penyalahgunaan kuasa. Power.
Ada unverified information lain seperti berlakunya bribery pemberian hadiah lain seperti tak payah belajar teruk sangat, boleh berehat dan hadiah seperti basikal dan kebendaan lain. Pangkat dalam jawatankuasa pengurusan juga ada di tawarkan untuk menutup cerita. Contoh sebegini tidak asing dalam kes-kes yang berlaku dalam institusi kanak-kanak yang lain yang saya rasa boleh di ambil iktibar.
Yes, malangnya si mudir ini dah balik ke tempatnya dan Ady selamat. Macam kes selesai. Tapi kira dah tutup ke kes tersebut? Habis anak-anak lain? Nasib kalau ada anak yatim macam mana kalau ada situ?
Kes masih dalam siasatan sehingga bukti nyata mudir bersalah. Ok fine. Now saya mohon setiap yang membaca untuk balik check, anak dan sedara yang bersekolah asrama bawah 13 tahun, campur ke asrama bawah 13 dengan bawah 17? Ada pernah kes lari? Ada pernah mana-mana orang mintak urut (tak kisah seorang atau berdua), dibilik private atau khalayak? Just bagitau and nilai/bincang .
Kita tak ajar hak anak-anak kita. Yang penting malu keluarga . It is time to change.
Saya tahu memang kalau benar dan cukup bukti, kita perlu dapatkan keadilan. Marilah kita memohon pada allah agar lebih banyak bukti keluar.
Syed Azmi
Small Lamb.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Profesor Adjung UPSI menjadi pengiktirafan baharu buat Datuk Syafinaz Selamat dalam usaha memperkukuhkan pendidikan muzik, vokal dan pembangunan bakat generasi muda.