Tidak Semua Hospital Kerajaan Kendalikan Covid-19, Ini Senarai Hospital Di Malaysia Kendalikan Kes

Share

Setakat semalam, diberitakan 428 rakyat Malaysia dijangkiti Covid-19 dengan 9 di dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) (setakat artikel ini ditulis) Marilah kita sama-sama berdoa agar pesakit di ICU sembuh dengan segera dan pulang ke pangkuan keluarga tercinta.

Memandangkan kes Covid-19 mencapai status pandemic seperti diumumkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sudah tentu ramai terfikir, adakah semua hospital-hospital kerajaan yang ada di negara kita mengendalikan kes Covid-19 ini?

Rata-rata rakyat memakai mask bagi mengelak wabak ini menular

 

Hospital Sungai Buloh tidak lagi menerima kes-kes lain sebaliknya hanya Covid-19

Untuk pengetahuan semua, beberapa buah hospital terpilih sahaja mengendalikan kes-kes disyaki (PUI) dan sahih Covid-19.

Senarai hospital ini adalah Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi warga Lembah Klang manakala di Utara pula hospital yang terlibat ialah Hospital Tuanku Fauziah, Perlis dan Hospital Sultanah Maliha (dahulunya Hospital Langkawi), Hospital Sultanah Bahiyah, Hospital Sultan Abdul Halim, Hospital Kulim  selain Hospital Pulau Pinang.

Bagi warga Perak pula, Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk mengendalikan kes-kes disyaki dan sahih Covid-19.

Bagi warga Seremban dan Melaka pula, Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dan Hospital Melaka antara yang tersenarai.

Untuk orang Selatan, Hospital Sultanah Aminah disenaraikan.

Hospital kerajaan yang berada dalam senarai untuk pemeriksaan Covid-19

Bagi negeri di Pantai Timur pula, khusus untuk penduduk Kelantan, Hospital yang disenaraikan adalah seperti berikut. Hospital Raja Perempuan Zainab 11, Hospital Sultan Ismail Petra dan Hospital Tumpat.

Bagi warga Terengganu pula, kalau rasa korang tak sihat badan dan ada menunjukkan tanda-tanda dah dijangkiti virus Covid-19 seperti diwar-warkan dalam semua portal bolehlah pergi dapatkan rujukan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah. Bagi warga Pahang pula, Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Bagi penduduk di Sabah dan Sarawak pula, antara hospital yang terlibat ialah Hospital Queen Elizebeth Kota Kinabalu, Hospital Of Duchess Kent Sandakan, Hospital Tawau, Hospital Wanita & Kanak-Kanak Likas, Hospital Lahad Datu dan Hospital Keningau.

Bagi warga Sarawak pula, Hospital Umum Sarawak, Kuching, Hospital Miri, Hospital Bintulu dan Hospital Sibu.

Jadi kalau ada tanda-tanda dan rasa was-was akan keadaan kesihatan korang, bolehlah datang ke hospital yang disenaraikan di atas ya. Dan kalau sakit-sakit biasa tu kalau boleh pergi ke hospital lain carilah dulu hospital lain terutama bagi Hospital Sungai Buloh yang diumumkan sebagai hospital sepenuhnya untuk kes Covid-19.

 

 

IKLAN