Tidak Masuk Akal, YB Rina Harun Pandang Serius ‘Pemeriksaan Period’

Share

 

Selepas pendedahan isu pemeriksaan datang bulan yang dilaporkan masih terjadi kepada pelajar perempuan di sekolah semasa bulan Ramadan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata siasatan akan dijalankan agar tradisi di sekolah ini tidak diteruskan.

‘Tradisi’ ini dikatakan berlaku bagi mengelak pelajar perempuan ponteng solat berjemaah dan berpuasa ketika bulan Ramadan.

Foto Hiasan: BH.

Kata beliau sewaktu ditemui media pada perasmian program Srikandi Muda Leadership Empowerment 2021, perbuatan yang memalukan pelajar perempuan ini tidak sepatutnya berlaku dan akan memantau sekolah yang didakwa melakukannya.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku di sekolah, jadi saya pandang serius. Saya akan buat susulan dengan Kementerian Pendidikan dan MARA supaya perkara ini tidak terjadi lagi.

“Ia amat mengejutkan, tidak boleh diterima pun pada akal fikiran kita.”

Terdahulu, REMAJA pernah berkongsi mengenai pendedahan warganet di laman Twitter yang mendakwa pemeriksaan datang bulan ini masih dilakukan di sekolah hingga ke hari ini.

Ada pelajar yang mendakwa mereka perlu membuka pakaian dalam demi membuktikan diri mereka sememangnya uzur dan tidak boleh berpuasa.

ARTIKEL BERKAITAN : Warganet Kongsi Cerita Memalukan ‘Spot Check’ Semasa Haid Di Sekolah – REMAJA

BACA LAGI : ‘Convent Sisters’ Berjaya! Pajakan Tapak Sekolah CBN Akhirnya Dilanjutkan – REMAJA

IKLAN