Bagaimanapun, kerjayanya bersama kumpulan K-Pop sensasi, Blackpink masih berjalan seperti biasa di bawah pengurusan YG Entertainment.
Menerusi hantarannya, Jennie memohon jasa baik semua pihak agar mendoakan dan memberikan sokongan kepada perjalanan barunya itu.
“Hi, ini Jennie. Tahun ini, dipenuhi dengan pelbagai pencapaian dan saya berterima kasih atas kasih sayang diberikan.
“Saya teruja dengan apa yang akan dilalui memandangkan saya bakal memulakan perjalanan kerjaya solo bersama syarikat yang saya tubuhkan OA.
Ads
“Saya mohon berikan sokongan untuk permulaan baru saya bersama OA dan tentunya, Blackpink,” tulisnya.
Desas-desus penubuhan agensi itu sudah mula bertiup sejak November lalu, di mana OA dikatakan bakal menguruskan kerjaya solo penyanyi lagu Ice Cream itu.
Bagaimanapun, OA masih belum mengumumkan pelan perancangan.
Ads
Selain nyanyian, OA juga akan menguruskan kerjaya Jennie dalam bidang peragaan dan berkemungkinan bidang lakonan bukan sahaja di Korea Selatan, bahkan Amerika Syarikat.
Menerusi laman web rasmi agensi itu, OA membawa maksud ruang untuk mencipta sesuatu yang baru dan menarik perhatian dengan cara berbeza daripada kebiasaan.
Ads
Selepas Jennie mengumumkan mengenai OA, pengikut akaun Instagram agensi itu melonjak dengan pantas hingga meraih lebih setengah juta dalam tempoh beberapa jam, manakala laman web rasmi masih belum boleh diakses.
Lebih menarik, selain Jennie, OA turut menyenaraikan anjing peliharaan penyanyi itu, Kuma sebagai salah seorang artis.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO/ARTIKEL: BH, Soompi, Koreaboo
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas melancarkan single terbaru How You Like That kira-kira sebulan yang lalu, kumpulan Kpop kegilaan ramai, Blackpink telah pun mengumumkan pelancaran album terbarunya yang akan datang.
Hal ini diumumkan sendiri oleh YG Entertainment di akaun instagramnya dengan memuat naik poster dan juga tarikh album penuh mereka.
Album yang bertajuk “BLACKPINK THE ALBUM” itu dijadualkan berada di pasaran pada 2 Oktober 2020.
Menurut sumber daripada agensi mereka, tahun 2020 akan menjadi titik fokus kumpulan Blackpink untuk ke pasaran global dengan perancangan dan pelaksanaan yang lebih sistematik dan teliti.
Selepas 4 tahun, Blackpink bakal melancarkan album penuh dan sudah tentu berita ini adalah satu kegembiraan buat peminat mereka.
Malah, terdapat desas-desus Blackpink akan bergandingan bersama Selena Gomez dalam salah satu single terbaru mereka.
Wah, kalau khabar angin ini memang betul, confirm lagu tu jadi hit seluruh dunia.
Apa-apa pun kita tunggu single yang seterusnya dilancarkan. Khabarnya pada Ogos ini.
Hanya tinggal beberapa minit saja lagi sebelum Malaysia melangkah masuk ke tahun 2021. Namun, perjuangan kita menentang wabak Covid-19 masih terlihat jauh lagi dari sekarang.
Menurut laporan harian oleh Ketua Pengarah Kesihatan negara, Tan Sri Dr. Noor Hisham hari ini, Malaysia mencatatkan kes positif COVID-19 yang cukup tinggi dengan sejumlah 2,525 kes.
Ini menjadikan kes keseluruhan terkini sebanyak 113,010 dengan kes aktif sebanyak 23,598.
Catatan menggusarkan itu melihat negeri Selangor kembali mencatat kes tertinggi dengan 1,205 kes, diikuti Sabah (299 kes) dan Melaka dengan (239 kes). Lima kluster baru pula dikesan hari ini di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor dan Negeri Sembilan.
Dr Noor Hisham turut melaporkan lapan kematian yang direkodkan hari ini, lalu menjadikan kes kumulatif kematian kepada 471 sehingga kini.
Walaupun ini merupakan musim percutian buat rakyat Malaysia, namun ingatlah bahawa jangkitan Covid-19 tidak mengenal tempat dan waktu, cuti mahupun tidak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau sebelum ini kecoh di media sosial yang jenama Zara bakal menutup beberapa stor di seluruh dunia disebabkan Covid-19
Terbaru, label terkenal ini dikhabarkan berkolaborasi dengan Sony melancarkan kasut sneakers. Dua jenama besar ini mengeluarkan sneakers yang bertemakan Playstation generasi pertama iaitu lebih kurang selepas 25 tahun konsol pertama PlayStation dilancarkan.
Wow, betul-betul mengimbau kenangan ni.
Sneakers tersebut memiliki design yang lebih kurang dengan game yang booming di era ’90-an itu. Confirm peminat Playstation teruja dengan sneakers ini.
Sneakers berwarna kelabu itu memiliki motif seperti Playstation 1 dengan empat simbol utama iaitu segitiga, O, X, dan kotak yang merupakan tombol konsol PlayStation.
Design tombol ‘power’ yang ikonik pula berada di bagian belakang kasut. Manakala gelembung udara yang ditempatkan di bahagian bawah tumit berfungsi memberikan kesan yang selesa untuk pemakainya.
Kasut unik tersebut khas untuk korang yang kaki bersize kecil dengan ukuran maksimum US 7 atau 37,5. Sneakers dengan design Playstation old school tersebut dijual dengan harga US$ 50 atau lebih kurang RM 213.
Sebelum ini, Sony Playstation juga pernah berkolaborasi dengan Nike merilis Air Force 1 x PlayStation pada tahun 2018.
Jadi, kami yakin pasti ramai mereka yang membesar di zaman PlayStation bakal berlumba-lumba untuk mendapatkan kasut ini. Oh ya, buat korang yang membesar pada zaman yang sama game manakah yang paling mengimbau nostalgia korang semasa bermain PS1?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah wanita kerja mengemas ini tular selepas dia berjaya mengumpul RM4,000 dalam tiga minggu tanpa berhutang, hanya melalui kerja keras dan kejujuran.