G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji Yong, 35, dalam satu kenyataan berkata, dakwaan itu tidak benar seperti dilaporkan berita, baru-baru ini.
“Tidak benar mengenai (dakwaan) saya mengambil dadah. Saya tidak ada kaitan dengan laporan berita mengenai perlanggaran Akta Kawal Narkotik dan sebagainya yang didedahkan media.
Ads
“Bagaimanapun kerana saya tahu ramai yang risau, saya akan bekerjasama lebih aktif dengan siasatan polis dan ikut serta secara tekun,” katanya.
Baru-baru ini, penyanyi terbabit dilaporkan dipanggil polis untuk kes membabitkan pengambilan dadah. Ia menimbulkan kerisauan dalam kalangan peminatnya.
Ads
Namun, polis menyatakan mereka tidak dapat berkongsi butiran lanjut kes itu kerana masih di bawah siasatan.
Polis juga menjelaskan kes terbabit tiada kaitan dengan kes pelakon, Lee Sun Kyun yang kini dalam siasatan berkaitan pengambilan dadah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO/ARTIKEL: Soompi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza mengakui menjadikan persembahan Naim Daniel pada Anugerah Juara Lagu (AJL34) sebagai inspirasi ketika persembahan pada minggu kelima The Hardest Singing Show.
“Ya persembahan ini inspirasi daripada Naim Daniel. Terima kasih banyak dan maaf Naim pinjam idea.
“Memandangkan minggu ini tema persembahan ialah ilusi LED, jadi grafik perlu dibuat secara 2D (dimensi).
“Perkara sebegitu lebih mudah berbanding kita ingin membuat persembahan secara 3D yang memerlukan membuat penggambaran dan edit. Perkara itu akan memakan masa dan menelan belanja,” katanya selepas konsert.
Dalam pada itu, Aepul turut memaklumkan dirinya mengetahui konsep persembahan animasi itu telah dipamerkan sebelum ini.
Namun, oleh kerana kekangan masa, dia memilih untuk menggunakan kaedah yang sama.
“Seperti yang saya katakan, kekangan masa yang terhad menyebabkan saya dan pasukan pilih untuk menggunakan cara ini.
“Saya tahu bahawa satu Malaysia ingat Naim Daniel pernah membawakan persembahan konsep 2D. Jadi kita hanya olah semula dan padankan dengan konsep 2D yang ada di skrin LED,” ujarnya lagi.
Pada malam konsert itu juga, Aepul menampilkan isterinya yang bekas peserta Akademi Fantasia keempat, Leez Rosli pada akhir persembahan.
Aepul juga berjaya meraih tempat pertama dengan jumlah markah 90.53 peratus sementara diikuti oleh Stacy dengan 84.17 peratus. Kemudian Putera Muhammad (83.21 peratus), De Fam (81.75 peratus), Aisha Retno (81.18 peratus), Ayda Jebat (78.10 peratus) dan Zizi Kirana (67.30 peratus).
Pada minggu kelima The Hardest Singing Show, tiada penyingkiran diumumkan pada minggu tersebut.
Rancangan tersebut bakal berlangsung selama 10 minggu dan dihoskan oleh pengacara dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad dan penyanyi Indonesia, Rina Nose.
Kerusi juri pula terdiri dari barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang berpengalaman dalam industri hiburan dan muzik seperti Edry Abdul Halim, Datuk Seri Rossa, dan Zizan Razak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malam finale Big Stage musim ketiga sebentar tadi berakhir dengan kemenangan yang berpihak kepada Muhammad Azzammuddin Bin Lop Hisham atau Azzam Sham.
Azzam, 23 telah mengenepikan saingan sengit daripada naib juara, Usop apabila berjaya mengutip 67.85 peratus berbanding Usop, 66.57 peratus.
Jurang markah 1.28 peratus itu diterima oleh Usop yang mengakui bahawa Azzam sememangnya mempunyai aura untuk bergelar juara sejak daripada minggu pertama lagi.
Sementara itu Qody Rani menduduki tempat ketiga dengan 61.85 peratus, Dinie Rashid di tempat keempat (60.04 peratus) dan tempat kelima milik Fadh Majid (58.80 peratus).
Pada pentas akhir Big Stage malam ini, Azzam telahpun membawakan lagu nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aku Bidadari Syurgamu dan Grenade nyanyian asal Bruno Mars.
“Saya nak ucapkan terima kasih kepada Allah SWT kerana rezeki dan bakat ini datang daripadaNya. Terima kasih kepada ibu bapa saya, ahli keluarga, atok nenek dan peminat yang selalu mengundi.
“Tulang belakang saya tentunya adalah kamu, Azzam Sham Troopers dan Azzam Sham FC atas sokongan mereka selama ini. Terima kasih juga kepada management saya, Rusa Music yang banyak membantu saya untuk berjaya sehingga ke peringkat hari ini. Saya saya semua orang yang ada di sekeliling saya.
“InsyaAllah saya tak sabar untuk mengeluarkan single baru, tak lama lagi,” katanya yang mengakui tidak menyediakan sebarang ucapan untuk malam ini.
Untuk pengetahuan, Azzam telah memenangi kategori BBNU of the Week selama 4 kali sepanjang 8 episod berlangsung pada musim kali ini.
Menariknya, pengacara Big Stage Live iaitu Radin dan Isha berjaya ‘mengorek’ siapakah buah hati yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya.
“Terima kasih kepada Sheryl Shazwanie yang sentiasa memberikan kata-kata semangat,” bongkarnya.
Sheryl Shazwanie
So guys, korang bersetuju dengan keputusan Big Stage 2020 pada malam ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kelahiran anak sulung sememangnya dinanti bagi pasangan suami isteri yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Sudah menjadi rezeki buat Ikmal Amry dan pasangan, mereka telah menerima cahaya mata di ulang tahun perkahwinan pertama yang disambut pada Disember lalu.
Ikmal Amry bergelar seorang bapa kepada bayi perempuan yang dilahirkan sekitar pukul 12.41 tengah hari pada 30 Disember lalu di Hospital Pantai Kuala Lumpur.
Sebelum ini, Ikmal atau lebih mesra disapa sebagai Am telah memuat naik nama anaknya di IG story tetapi mungkin ramai yang tidak perasan akan tulisannya itu.
“Sebenarnya Am ada berkongsi nama anak di IG story tempoh hari. Tapi mungkin ada yang tidak perasan kerana nama anak Am pun pendek sahaja. Kami memilih nama Cailie yang membawa maksud ‘kesayangan’. Sebab nama bapak dia dah panjang, Mohd Zulikmal Amry, jadi saya rasa lebih baik sekiranya memberikan nama yang pendek sahaja untuk anak,
“Saya dan Najla jumpa nama Cailie itu di google sewaktu mencari-cari nama yang sesuai sebelum kelahiran. Rasanya itu nama yang paling unik yang kami jumpa dan tambahan pula memang saya inginkan nama anak yang bermula daripada huruf C. Kami mula membuat carian tentang maksud nama tersebut dan akhirnya menemui nama Cailie ini adalah daripada bahasa Arab Urdu yang membawa erti ‘kesayangan’,” jelas Ikmal Amry kepada Remaja.
Menjadi seorang bapa di usia 28 tahun dan sewaktu dirinya mula meningkat naik dalam dunia hiburan, sudah pasti ia bukan sesuatu yang mudah untuk pelakon lelaki ini. Ikmal mengakui selepas bergelar ayah, dia menjadi lebih penyabar dan kini walau apa sahaja yang dilakukannya, anak dan keluarga menjadi keutamaan.
“Saat pertama kali bergelar seorang ayah, saya rasa sangat bersyukur kerana isteri saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Perasaan mula-mula tu macam tak percaya juga kerana kita dah melalui satu lagi fasa, daripada berkahwin dan kini bergelar ibu dan bapa. Rasa macam kehidupan tu bertukar dengan cepat,”
“Bila dah due date isteri saya pada 25 Disember, saya memang dah melapangkan jadual kerja dari bulan Januari hingga Februari bagi memberi fokus kepada isteri dan kelahiran ini. Saya banyak bertanyakan kepada individu-individu berpengalaman seperti abang saya sendiri tentang bagaimana tugas menjadi seorang ayah. Abang pun ada pesan, bila ada anak ni kau memang kena struggle sikit, bangun pagi bukan sekali dua, tapi boleh dikatakan setiap jam. Jadi, memang keputusan untuk bercuti dalam sebulan dua ini adalah tepat untuk saya memberikan fokus kepada isteri dan anak,”
Sebelum menantikan kelahiran anak pertama ini, memang boleh dikatakan Ikmal sibuk di set penggambaran. Drama terbaharunya, Ex Aku Pontianak juga bakal ditayangkan bermula 19 Januari 2022 di saluran Astro Ria.
“Untuk watak yang saya bawa dalam drama ini memang ada sedikit kelainan kerana genrenya adalah seram komedi. Sebelum ini mungkin korang tidak pernah melihat sisi lain Ikmal Amry, jadi peminat semua jangan lepaskan peluang untuk menonton Ex Aku Pontianak yang akan ditayangkan setiap hari Rabu pada pukul 9.30 malam. Nantikan juga projek-projek drama dan filem terbaharu saya pada tahun ini,” tambahnya lagi.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!