Kini semakin ramai rakyat Malaysia telah menerima suntikan vaksin Covid-19, negara kita menggunakan tiga jenis vaksin bagi melawan virus maut ini.

Setiap satu vaksin ini mempunyai fungsi tersendiri bagi melawan virus Covid-19 di dalam tubuh manusia dan salah satunya ialah vaksin AstraZeneca.

Tidak Ambil Hak Paten Untuk Berkongsi Harta Intelek, Kenali Pencipta Vaksin AstraZenecca

Sebelum ini, vaksin AstraZeneca ini pernah menjadi isu apabila kesemua slot habis ditempah dalam masa kurang 1 jam mendatangkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat. Ini berikutan gangguan teknikal yang menyebabkan laman web JKJAV tergendala disebabkan jumlah trafik pemohon.

Dan rata-rata hari ini, ramai rakyat Malaysia yang sudah melengkapkan 2 dos vaksin AstraZeneca ini. Tapi persoalannya korang kenal tak siapa pencipta vaksin ini?

Tidak Ambil Hak Paten Untuk Berkongsi Harta Intelek, Kenali Pencipta Vaksin AstraZenecca

IKLAN

Tidak seperti pencipta vaksin yang lain, nama Sarah Gilbert tidak popular seperti para ilmuwan yang lain. Namun selepas videonya yang mendapat tepukan gemuruh di acara Wimbledon 2021 semasa perlawanan di antara Novak Djokovic menentang Jack Draper, perhatian mula diberi kepada beliau.

 

Untuk pengetahuan semua, pencipta vaksin ini ialah seorang wanita yang berasal dari Northamptonshire, England yang dilahirkan di bandar yang sama pada bulan April 1962. Dia salah seorang ahli vaksin di Institut Jenner & Nuffield Department of Clinical Medicine, University of Oxford. Dalam pengembangan vaksin korona, dia adalah salah satu penggubal vaksin COVID-19 dari Oxford dan AstraZeneca.

IKLAN

Sarah memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang sains biologi dari University of East Anglia. Dia kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam program kedoktoran jurusan genetik dan biokimia di University of Hull. Sebelum mencipta vaksin coronavirus, Sarah dikatakan terlibat juga dalam pengembangan beberapa jenis vaksin termasuk vaksin Ebola.

“Saya tidak mahu mengambil hak paten penuh kerana mahu membahagikan keuntungan intelektual dan sesiapa pun boleh membuat vaksin mereka sendiri,” katanya.

Keputusan Sarah itu membuatkan harga AstraZeneca jauh lebih murah berbanding vaksin yang lain dan dilesenkan teknologinya kepada pengilang di beberapa buah negara untuk menghasilkan vaksin lebih cepat dan diberikan kepada umat manusia secepat mungkin.

IKLAN

Berdasarkan laporan BBC, kos penghasilan satu dos vaksin itu hanya AS$4 (RM16) berbanding dengan Moderna atau Pfizer yang menelan kos puluhan dolar Amerika Syarikat.

Walaupun harganya murah namun keberkesanan AstraZeneca cukup tinggi iaitu sehingga 92 peratus termasuk dapat mencegah varian Delta yang dianggap paling berbahaya.

Kejayaan Sarah telah melayakkan beliau mendapat gelaran bangsawan dari Kerajaan Inggeris. Beliau telah dianugerahkan dengan pingat Dame Commander of the Most Excellent Order of the British Empire (DBE). Selain itu, dia juga berjaya mendapat Anugerah Puteri Asturias untuk kategori penyelidikan ilmiah.

Syarikat AstraZeneca tidak mengambil sebarang keuntungan daripada pembekalan 6.4 juta dos vaksin Covid-19 ke Malaysia.

Sumber: TheStar

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI