
Sebelum ini sudah dimaklumkan bahawa negara jiran kita, Indonesia bakal menjadi tuan rumah bagi pertandingan Miss Grand International 2022 yang dikatakan akan berlangsung pada Oktober depan.
Rasanya ramai yang sudah sedia maklum di setiap pertandingan ratu cantik seumpama ini, acara sesi baju renang menjadi salah satu faktor untuk menentukan keputusan juri dalam memilih siapakah yang akan dinobatkan sebagai juara.

Namun begitu, menurut Presiden Organisasi Miss Grand Indonesia (Yayasan Dunia Mega Bintang), Ivan Gunawan menjelaskan tahun ini tiada sesi baju renang untuk Miss Grand International 2022. Kenyataan itu telah pun dimuat naik di laman instagram rasmi @grand_mgi beberapa hari lalu.
“𝗡𝗢 𝗦𝗪𝗜𝗠𝗦𝗨𝗜𝗧 𝗖𝗢𝗠𝗣𝗘𝗧𝗜𝗧𝗜𝗢𝗡 𝗜𝗡 𝗠𝗚𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟮”

Hal ini adalah kerana piak penganjurkan ingin menjunjung adat budaya dan etika Indonesia dan ia juga telah dipersetujui oleh Miss Grand International Organization (MGIO). Sebagai pengganti, sesi baju sukan atau sportswear akan ditampilkan dan mereka menganggap ia juga mampu memberikan tarikan yang tersendiri.

Untuk info, malam final Miss Grand International 2022 akan disiarkan secara langsung dari Sentul International Convention Center (SICC) pada 25 Oktober 2022. Sama-sama kita lihat kelainan yang bakal dibawa oleh tuan rumah Indonesia nanti.
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Dekat Rumah Pun Boleh Buang Bulu, Jimat Masa!” Uqasha Senrose Teruja Ulike Masuk Malaysia

Definisi kecantikan sememangnya adalah sesuatu yang subjektif dalam diri semua orang. Tidak dinafikan, for girls who LIVE for new cosmetic products, mereka pasti tidak akan lepaskan peluang untuk mendapatkan keluaran produk terbaharu pada setiap bulan. Tidak kurang juga, ada remaja yang memandang kecantikan dari sudut kekemasan dan penjagaan diri. Apabila diri kemas terjaga, keyakinan diri juga tampak lebih menyerlah.
Baru-baru ini, penggemar dunia kecantikan dan produk penjagaan diri di Malaysia telah menyambut baik kemasukan jenama K-beauty, Ulike ke dalam pasaran tempatan. Bagi korang yang baru pertama kali mendengar jenama ini, Ulike merupakan pengeluar produk-produk membuang bulu roma popular di Korea Selatan dengan menggunakan teknologi terkini.



Dalam banyak-banyak produk membuang bulu roma yang berada di pasaran antarabangsa, Ulike telahpun meraih respon memberangsangkan daripada pembeli apabila ia berjaya mengekalkan kedudukan jualan nombor satu untuk tujuh tahun berturut-turut di Korea Selatan, China dan Amerika Syarikat! That must really mean their products work miraculously, right!
Rahsia di sebalik keberkesanan produk-produk dari Ulike ini terletak pada teknologi IPL yang menjadikan pembuangan bulu roma mudah dilakukan dan tanpa rasa sakit. Malah, perubahan jelas dapat dilihat dalam tempoh tiga minggu penggunaan sahaja (bergantung kepada jenis bulu roma pada tubuh pengguna).
Produk terbaru oleh Ulike yang diperkenalkan baru-baru ini bersama selebriti jemputannya seperti Uqasha Senrose, Fasha Sandha, Anzalna Nasir dan Aprena Manrose tidak lain tidak bukan ialah Ulike Sapphire Air-3. Bukan sahaja ia disyorkan oleh pakar dermatologi antarabangsa dari sudut keberkesanannya. Malah, Ulike Sapphire Air-3 juga dilengkapi dengan Sapphire Ice-Cooling Technology dan Graphene Cooling Solution VC Liquid Cooling Solution yang selamat digunakan terutamanya pada bahagian kulit sensitif.


Korang juga boleh mengubah mod penggunaan daripada Soft Mode untuk bahagian wajah, atas bibir dan bahagian intim ke Body Mode untuk kaki dan lengan serta Powerful Mode untuk bahagian dada dan bawah lengan.
“Jimat Masa Kalau Tak Sempat Ke Salun..”
Bercakap dengan salah seorang selebriti jemputan Ulike, Uqasha Senrose yang diangkat sebagai ‘Future Beauty of the Year’ pada acara tersebut, pelakon jelita itu cukup berbesar hati untuk penghargaan yang diberikan. Tambahan pula, jenama Ulike baru bertapak di Malaysia dan mereka sudahpun mempercayai Uqasha sebagai selebriti bertepatan dengan sasaran jenama itu.
“Jujurnya, saya ada mengikuti perkembangan jenama ULike di luar negara seperti di Korea Selatan dan China. Tetapi ini adalah kali pertama saya mencubanya bersama-sama tiga lagi selebriti lain. Tentunya kami berbangga memandangkan tidak ramai selebriti yang terpilih pada hari ini.”

“Ulike adalah di antara jenama paling ke hadapan untuk menghilangkan bulu roma efektif tanpa cukuran. Saya tidak lagi wajib bergegas ke salun selepas ini jika kesuntukan masa. Apatah lagi kini saya sudah berumah tanggah, saya ada alternatif lain untuk melakukan proses menghilangkan bulu roma di rumah sahaja.
“Sebagai selebriti, saya bersyukur adanya teknologi terkini seperti yang diperkenalkan oleh ULike kerana ia menyenangkan keperluan kita semua di Malaysia untuk menjaga kekemasan peribadi. And boys! This is not just for girls, lelaki pun boleh mencubanya,” ujar Uqasha.
Jika korang juga teruja seperti Uqasha Senrose untuk mencubanya di rumah, Ulike Sapphire Air 3 kini hadir dalam dua warna berlainan iaitu ungu dan merah jambu. Pembeli di Malaysia boleh mendapatinya di platform rasmi Ulike di Shopee dan Lazada.
ARTIKEL BERKAITAN: Gadis Bermisai & Berbulu Tebal Viral Di TikTok, Kenali Sindrom Hirsutism – REMAJA
Untuk yang ingin mengumpul bajet secukupnya sebelum membeli, tak ada masalah pun kerana Ulike bakal melancarkan stor fizikal pertamanya di Malaysia pada suku pertama tahun 2024. Jadi, sempatlah untuk korang bersiap sedia dengan bajet masing-masing, hehe..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Salah Guna Eyedrops Boleh Jadi Punca Buta, Doktor Ini Jelas Bahaya Beli Ubat Sendiri Di Farmasi

Ubat titis mata merupakan sedian steril (bebas daripada kuman) yang digunakan untuk merawat masalah pada bahagian mata (myhealth.gov.my). Ramai yang menganggap kebanyakan ubat titis mata adalah sama.
Namun sebenarnya terdapat pelbagai jenis ubat mata di pasaran dengan tujuan penggunaan yang berbeza. Menurut Dr Lael Salim di laman twitternya, ada juga individu yang berkongsi ubat titis mata.
Persoalannya, adakah ubat titis selamat untuk mata korang?
Jom kita baca penjelasan daripada Dr Lael Salim.
Sebelum korang menggunakan sebarang ubat titis mata, semak terlebih dahulu tarikh lupus pada botol atau kotak ubat berkenaan. Eyedrops juga ada expiry date ya! Jika botol tersebut telah dibuka, biasanya ia hanya boleh digunakan selama sebulan (bergantung kepada jenis-ada yang sehari, ada yang 3 bulan).

Jika sudah melebihi tempoh, jangan gunakan sebab bimbang ada risiko jangkitan kuman. Ia adalah membahayakan.
Waktu titiskan ubat, tarik sedikit kelopak mata untuk dijadikan poket bagi ubat titis mata. Pastikan hujung botol tidak menyentuh mata. Mata manusia secara natural memang ada kuman yang dipanggil normal floral. Titisan ubat itu boleh tersedut masuk semula ke dalam botol dan menjadi sumber jangkitan.

Boleh menyebabkan mata buta
Tahu tak korang bahawa ada ubat titis mata yang boleh menyebabkan kebutaan jika digunakan tanpa pantauan doktor?
Ada jenis ubat titis yang mengandungi steroid, berkesan untuk merawat banyak jenis penyakit mata. Ada juga antaranya dibuat secara kombinasi daripada steroid dan antibiotic.
Ini pun tidak selamat digunakan tanpa pengawasan doktor mata.
Masalah dengan ubat titis yang mengandungi steroid boleh menyebabkan kesan sampingan seperti berikut:
• Tekanan mata meningkat
• Katarak cepat berlaku
• Jangkitan kuman jadi teruk
Doktor ini juga menjelaskan bahawa banyak kes yang dijumpai, individu tersebut membeli sendiri ubat mengandungi steroid di farmasi disebabkan ada masalah mata merah dan gatal (alergi). Bila guna ubat mata tersebut, mata jadi putih.
Tanpa sedar, tekanan mata meningkat sehingga merosakkan saraf mata. Bila berjumpa dengan doktor dah jadi kebutaan kekal.

Kesimpulannya, jika korang sakit mata dah berhari-hari tak juga sembuh, eloklah terus berjumpa dengan doktor. Tidak perlu beli ubat atau rawat sendiri. Kalau tak baik-baik juga, segeralah berjumpa dengan pakar mata.
Jangan anggap korang boleh guna je mana-mana ubat titis mata kalau tidak mahu perkara yang tidak baik terjadi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Miss Universe Vietnam 2022 Beri “Golden Ticket” Kepada Wanita Transgender Sebagai Peserta, Pertama Dalam Sejarah Pertandingan

Miss Universe Vietnam antara pertandingan kebangsaan yang menjadi perhatian peminat ratu cantik seluruh dunia. Ini disebabkan konsep dan kualiti peserta yang menghadiri uji bakat cukup berkelas, masing-masing memiliki kelebihan dan kecantikan yang tidak kurang.
Mana tidaknya, baru-baru ini tular sebuah video ujibakat yang menampilkan peserta yang kesemuanya anggun dan tinggi lampai dengan personaliti menarik, seolah-olah mereka sudah bergelar finalis.

Tahun ini Miss Universe Vietnam mencipta sejarah baru dengan menerima wanita transgender untuk bersaing bersama peserta lain dalam misi memburu kejuaraan dan seterusnya bergelar wakil negara.
Individu yang terpilih untuk menjadi peserta Top 71 tersebut ialah Do Nhat Ha. Dia yang berusia 26 tahun bukanlah asing dalam dunia ratu cantik, sebelum ini dia pernah menyandang gelaran Miss International Queen Vietnam 2018 yang mana pertandingan tersebut dikhususkan khas untuk wanita transgender.

Sebaga juara dia mendapat hak untuk mewakili negaranya peringkat antarabangsa dan berjaya menjadi peserta Top 6 di Miss International Queen yang diadakan di Thailand.
Meninjau ke laman Instagramnya, Do Nhat Ha menitipkan kata-kata, “Saya yang bernombor 325 kini hadir secara rasmi untuk merebut mahkota Miss Universe Vietnam 2022. Dalam beberapa hari kebelakangan ini, Ha sangat menghargai segala kasih sayang yang diberikan dan meminta maaf kerana terpaksa berahsia mengenai hal ini. Teruskan menyokong Ha dalam perjalanan yang tidak mudah ini. Terima kasih semua!”
ARTIKEL BERKAITAN: Diberi Peluang Kedua, Maria Fernanda Dimahkotakan Semula Sebagai Miss Universe Colombia 2022

Memecah tembok sebagai wanita transgender di pentas Miss Universe Vietnam bukanlah satu pekara mudah. Dia menerima kecaman hebat dari sesetengah pihak yang merasakan dia tidak layak menyertai pertandingan itu kerana dilahirkan sebagai lelaki. Tidak kurang juga ada yang menyokong dengan menyatakan bahawa dia memiliki hak kerana kini sudah tampil sebagai wanita.
Untuk pengetahuan pembaca, sebelum ini Miss Universe Vietnam pernah menerima borang uji bakat daripada seorang wanita transgender, Nguyen Phuong Vy pada tahun 2019, namun permohonannya ditolak kerana dilihat tidak memenuhi kriteria untuk bertanding.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kredit foto: Instagram Do Nhat Ha
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

