Tiara Terbaru Miss Universe Bernilai $5 Juta! Tapi Ada Yang Samakan Dengan..

Share

Okay, tak tahulah nak tergelak kecil atau bagaimana. Tetapi mirip juga persamaan meme yang dilakukan oleh netizen ini.

Dalam kehangatan pertandingan Miss Universe 2019 yang bakal disiarkan secara langsung pada Ahad ini (Isnin pagi, waktu Malaysia), semalam pihak penganjurnya telah mengadakan acara khas bagi memperlihatkan tiara terbaru mereka.

Sebelum ini, pertandingan Miss Universe pernah menobatkan pemenangnya dengan beberapa rekaan tiara berbeza. Antara yang paling disukai ramai ialah tiara Mikimoto yang dimenangi oleh Catriona Gray tahun lalu.

Nampak pada kali ini, sejarah tercipta apabila tiara baru bertatahkan berlian dan emas ciptaan Mouawad akan diberikan kepada Miss Universe 2019.

Tiara bernilai USD5 juta itu (jaw-dropped) mengambil konsep 'Power of Unity'. Ia diinspirasikan daripada alam sekitar, kekuatan, kecantikan dan gabungan wanita dari seluruh dunia. Rekaan dedaun dan kelopak bunganya menggambarkan 7 benua yang sentiasa menyokong sesama kita.

Ramai yang nyata kagum dengan perincian 18 karat emas dan 1770 batu berlian tersebut.

*

Menarik bukan?

Namun, sejurus selepas foto tiara ini tersebar di media sosial, netizen menambah perisa dengan idea kreatif mereka.

Ada yang menyamakan berlian kuning cair pada bahagian tengah tiara dengan Mind Stone pada dahi Vision daripada francais filem Avengers.

Haih macam-macam lah korang, tapi mirip juga kan? Hehe..

Apapun, rekaan tiara baru ini memang cantik. Tak sabar nak menonton sekiranya wakil Malaysia, Shweta Sekhon berpeluang untuk merebut gelaran Miss Universe 2019.

Bagi korang yang ingin menyokong Shweta, klik pautan di bawah untuk mengundinya.

IKLAN