Ibarat sudah menjadi tradisi untuk cucunda Ratu Elizabeth ‘meminjam’ tiara keturunan milik baginda bagi upacara perkahwinan masing-masing.
Bermula daripade Duchess of Cambridge, Kate Middleton yang memakai tiara Cartier Halo (1936) yang mempunyai 1,000 biji berlian. Kemudian, Meghan Markle pula memakai Sapphire Bandeau milik Queen Mary, pada Mei lalu.
Kate (kiri) dan Meghan.
Jadi, apabila perkahwinan diraja kedua berlangsung semalam di antara Puteri Eugenie of York dan Jack Brooksbank di Windsor Castle, England, semua orang tertanya-tanya tiara apakah yang akan dipakai oleh beliau?
Ini kerana Puteri Eugenie mempunyai pertalian darah secara langsung dengan Ratu Elizabeth, berbanding Kate dan Meghan yang merupakan orang luar yang berkahwin dengan cucunda baginda. Adakah tiara beliau lebih vasss?
So here it is..
Ads
Tiara mewah yang dipakai Puteri Eugenie dikenali sebagai Greville Emerald Kokoshnik dan berasal dari tahun 1919. Stail tiara tersebut seakan sama dengan tiara Meghan Markle iaitu stail bandeau dan dikeluarkan daripada bilik kebal baginda.
Mengapa ia dipanggil Kokoshnik? Pada tahun 1919, stail Kokoshnik dikatakan fashionable di kalangan golongan diraja. Ia mempunyai berlian rose cut dan 6 batuan zamrud yang direka bersama tiara platinum.
Entah beraplah nilai tiara tersebut.
Ads
Anyway, Puteri Eugenie memilih anting-anting berlian & zamrud (hasil pemberian suami beliau) untuk dipadankan dengan tiara tersebut. Satu pemilihan yang tepat bagi kami memandangkan rambutnya didandan ke atas.
Tidak Memilih Veil
Puteri Eugenie juga melakukan sesuatu yang berbeza berbanding Kate dan Meghan iaitu memilih untuk tidak memakai kain veil pada kepala. Lalu, orang ramai dan para jemputan dapat melihat tiara tersebut secara terang-terangan sewaktu beliau tiba di gereja.
Bagi dress beliau pula, Eugenie memilih pereka fesyen Peter Pilotto dan Christopher De Vos Bridal dengan rekaan hampir off shoulder dan V-neckline pada bahagian hadapan.
Ads
Train is a must, as usual.
Puteri Eugenie menjadikan dress ini lebih istimewa apabila ia mempunyai beberapa simbol dan motif istimewa. Antaranya termasuklah bunga Thistle (sejenis Daisy) melambangkan Scotland, daun Shamrock (seakan daun clover) melambangkan keluarga pengantin perempuan dan daun Ivy yang melambangkan rumah pasangan ini.
Nampaknya pada akhir tahun ini, pasti ramai bakal pengantin di seluruh dunia yang akan memilih untuk tidak memakai veil. Lebih ringkas, minimalis dan trendy.
Tahniah Jack & Puteri Eugenie!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
REMAJA yakin sama ada minat atau tidak pasti sekurang-kurangnya kamu akan tahu judul salah sebuah drama Korea. Begitulah pengaruh drama Korea yang mempunyai pengikut setia.
Dan tahukah kamu bahawa tidak semua peminat drama Korea juga adalah peminat muzik K-pop? Dan kalau diikutkan di negara kita ‘demam Korea’ sebenarnya sudah berlaku sebelum kemunculan grup-grup K-pop.
Kemunculan drama-drama Korea yang cukup sentimental dan dibari pelakon kacak dan cantik menjadikan drama Korea pantas mengumpul peminat di negara kita.
Setiap tahun ratusan drama Korea dihasilkan dan kini dengan dunia digital peminat drama Korea mempunyai akses untuk menonton drama kegemaran. Cukup berbeza berbanding 15 atau 20 tahun dahulu di mana semua akan ternanti-nanti episod baru di depan TV.
Baru-baru ini sebuah program, ‘Entertaiment Weekly’ di saluran KBS2 telah melakukan survey di kalangan penduduk Korea tentang drama terhebat sepanjang zaman.
Dan inilah empat drama paling hebat menurut orang Korea sendiri!
MOONLIGHT DRAWN BY CLOUDS
Juga dikenali dengan judul ‘Love in the Moonlight’, drama ini sangat popular bukan sahaja di Korea tetapi di banyak buah negara. Inilah drama yang telah mengangkat aktor, Pak Bo Gum sebagai antara selebriti paling berpengaruh di Asia. Dengan jalan cerita yang menarik, pilihan lokasi cantik, muzik dan lakonan mantap, drama ini mendapat rating tertinggi dengan 23.3%. Ia merupakan satu angka yang luar biasa bagi drama yang ditayangkan pada hari Isnin dan Selasa.
Tidak salah jika REMAJA katakan inilah instalasi pertama yang telah buat ramai orang Malaysia jatuh hati dengan drama Korea. Bahkan lagu temanya juga telah dibikin dalam Bahasa Malaysia dan turut popular. Diterajui dua bintang hebat iaitu Bae Yong Joon dan Choi Ji Woon, drama penuh air mata ini mencetuskan fenomena luar biasa sehingga lokasi-lokasi penggambaran mereka menjadi destinasi pelancongan utama di Korea.
AUTUMN IN MY HEART
Sebuah lagi drama Korea yang telah membuatkan ramai penonton di Malaysia tumpah air mata. Dibintangi oleh Song Hye Kyo, Song Seung Heon dan Won Bin, drama ini dianggap sebagai paltform yang telah melonjakkan ketiga-tiga pelakon utamanya ke peringkat populariti luar biasa. Malah ia dianggap sebagai antara penggerak gelombang Hallyu di seluruh benua Asia.
DESCENDANTS OF THE SUN
Pada era dunia digital, ia agak luar biasa melihat drama bersiri mampu mengutip rating setinggi 38.8% di Korea Selatan. Bagi industri lakonan Korea, ia merupakan angka yang tidak pernah dicatatkan dalam sejarah. Gabungan hebat Song Joong Ki dan Song Hye Kyo (yang tidak lama kemudian berkahwin) menjadi fenomena di negara mereka sendiri. Bermula dari drama, OST sehinggalah lokasi perfileman ia menjadi instant hit di kalangan pengikut drama Korea!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Disebabkan pandemik wabak Covid-19 pada tahun ini, pelbagai perancangan terpaksa diolah semula oleh kita semua. Ini termasuklah perancangan takwim persekolahan dan peperiksaan setelah sekolah terpaksa ditutup sehingga bulan Julai lalu.
Terbaru, satu pekeliling rasmi telah dikeluarkan pada hari ini bagi memaklumkan takwim persekolahan pada tahun hadapan.
Menurut pekeliling yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malasyia, Haji Adzman Bin Talib yang mewakili Pendaftar Institusi Pendidikan & Guru Kementerian Pendidikan Malaysia, perubahan takwim persekolahan ini melibatkan tempoh cuti persekolahan yang berbeza jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini.
Ini adalah rumusan mudah daripada pekeliling tersebut untuk rujukan korang.
Cuti Awal Tahun
(Bersambung dari tempoh cuti akhir tahun selama 14 hari)
1 Januari 2021 – 19 Januari 2021
Cuti Pertengahan Penggal
26 Mac – 3 April 2021
Cuti Pertengahan Tahun
28 Mei – 12 Jun 2021
Cuti Pertengahan Penggal
16 Julai – 24 Julai 2021
Cuti Pertengahan Penggal
10 September – 18 September 2021
Cuti Akhir Tahun
10 Disember – 31 Disember 2021
Selebihnya merupakan hari persekolahan dan peperiksaan seperti biasa, seperti di bawah.
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah mengeluarkan tempoh cuti perayaan pada tahun hadapan.
Korang pastinya inin mengetahui cuti yang diperuntukkan terutamanya untuk perayaan utama negara seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Hari Deepavali, Hari Kaamatan dan Hari Gawai Dayak.
Mengikut tinjauan REMAJA pada akaun Facebook Kementerian, netizen rata-rata tidak mempunyai sebarang masalah dengan takwim bagi tahun hadapan.
Bagaimanapun, mereka masih tidak boleh menerima jadual persekolahan sehingga pertengahan bulan Disember, tahun ini.
Nampaknya, isu cuti 14 hari pada akhir tahun 2020 masih tidak disenangi oleh ramai orang, err..
Niatnya untuk lakukan yang terbaik semasa pertandingan, tetapi lain pula jadinya.
Seperti yang umum tahu, pelakon Syafiq Kyle merupakan naib juara Hero Remaja 2011/12 dan sejak itu, karier lakonannya telah jauh meningkat sehingga dinamakan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di beberapa acara anugerah tempatan.
Namun, apa yang ramai orang tidak tahu adalah Syafiq pernah terlibat dalam insiden kemalangan motosikal sewaktu bertanding dahulu.
Syafiq bersama Fattah Amin & Saharul Ridhwan
“Sampai satu tahap, doktor tak benarkan saya untuk lakukan apa-apa aktiviti semasa bertanding untuk Hero Remaja kerana kecederaan yang saya alami.
“Walaupun tak sihat, saya tetap hadir untuk tugasan dan cabaran. Tak join sekali pun tak apa asalkan saya berikan semangat kepada kawan lain. Saya anggap diri saya bertuah kerana mempunyai kawan dalam Hero Remaja yang mengambil berat.
“Mereka faham dengan situasi saya dan tak benarkan saya sertai. Momen itu secara tak langsung mengajar saya erti kawan itu sendiri,” katanya sewaktu dalam temu ramah bersama REMAJA, tak lama dahulu.
Hero Remaja Medan Kejar Populariti?
Baik pencarian Hero Remaja mahupun Dewi Remaja, ramai pihak yang menganggapnya sebagai platform untuk mudah popular.
Bagi Syafiq, dia tak menafikan pendapat itu memandangkan dia sendiri menyertai Hero Remaja untuk menaikkan namanya lagi selepas terlibat dalam drama Tanah Kubur pada tahun 2011.
Syafiq untuk paparan Majalah Maskulin 2017.
“Tapi saya lebih suka untuk menganggap Hero Remaja sebagai platform untuk ‘lebih dikenali’.
“Selepas tamat pencarian, ramai yang lebih mengenali saya di kalangan pihak produksi. Tak salah pun untuk lebih dikenali kerana ia membuka peluang kepada pelakon untuk menerima projek baru.
“Pada usia semuda korang sekarang, tak salah untuk mencuba nasib dan explore peluang yang ada. Itu yang saya lakukan semasa menyertai Hero Remaja 2011/2012 dan sekarang tiba masa korang pula mencubanya,” kata Syafiq yang baru muncul dengan filem Pusaka.
Jom tonton temu ramah REMAJA bersama Syafiq dahulu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!