Jika korang merupakan seorang ‘kaki wayang’ seperti kami, tentunya korang perasan akan klip teaser filem terbaru francais Star Wars yang telah dimainkan hampir setahun lamanya di pawagam.
Ads
Star Wars: The Rise of Skywalker merupakan antara filem yang dinanti-nantikan sejak awal tahun ini. Walaupun korang bukan pengikut Star Wars sekalipun, klip teaser pertamanya saja sudah membangkitkan rasa ingin tonton.
Akhirnya setelah tempoh setahun, pengeluar rasmi filem ini iaitu The Walt Disney Company mengeluarkan poster rasminya pada hari ini.
Ads
Ia menampilkan watak-watak penting yang akan menjadi penguat kepada Star Wars: The Rise of Skywalker yang dibawakan oleh pelakon Hollywood berbakat. Antaranya termasuklah Carrie Fisher, Mark Hamill, Adam Driver, Daisy Ridley, Oscar Isaac, John Boyega, Lupita Nyong’o dan ramai lagi.
Star Wars: The Rise of Skywalker sekali lagi dihasilkan oleh Lucasfilm dan J.J Abrams dan kali ini, penonton akan dibawa ke slot pengakhiran saga Skywalker di mana lagenda baru akan muncul untuk berlawan demi satu misi: kebebasan.
Ia akan mula ditayangkan pada 19 Disember ini. Untuk info terkini, korang boleh ikuti update terbaru mereka di Instagram dan Twitter
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penganjur konsert terkenal, Kharisma Music International, Yuka Kharisma, telah menuntut penyanyi versatil, Aisha Retno untuk membayar semula wang sebanyak RM83,000 yang dipinjamkan bagi menjayakan persembahan Aisha di Anugerah Juara Lagu (AJL) pada Mac lalu.
Menurut Yuka, konsert yang sepatutnya diadakan pada 16 November lalu merupakan cara untuk Aisha membayar semula jumlah wang yang dipinjamkan. Namun, disebabkan jualan tiket yang tidak memuaskan dengan hanya 98 tiket terjual, Yuka berharap pihak Aisha dapat melunaskan baki pembayaran yang masih tertunggak, iaitu sebanyak RM77,000 selepas Aisha membuat pembayaran sebanyak RM6,000 pada Mei lalu.
“Kami dengan rela hati meminjamkan RM83,000 untuk persembahannya di AJL dan setakat ini dia baru jelaskan RM6,000 pada Mei lalu.
“Kami tidak pernah menjanjikan tajaan malah saya mempunyai bukti melalui mesej langsung dan mesej suara. Kami hanya menaja perkhidmatan sebagai pengarah persembahan bukan wang dana,” jelas Yuka.
Tambahnya lagi, pihaknya memaklumkan bahawa pinjaman wang tersebut diberikan berdasarkan hubungan baik dengan Aisha Retno, yang telah meminta bantuan untuk membuat persiapan persembahan di AJL.
“Pihak Aisha Retno (ARE) menyatakan bahawa mereka mempunyai kesukaran untuk mencari dana bagi persembahan Aisha pada AJL tersebut dan telah memohon bantuan daripada pihak Kharisma Music untuk merealisasikan persembahannya.
“Disebabkan hubungan baik antara pihak ARE dan Yuka Kharisma, maka Kharisma Music telah bersetuju untuk membantu pihak ARE dalam mencari dana yang diperlukan.
“Akibat kesuntukan masa dalam mengumpul dana, Kharisma Music telah bersetuju untuk memberikan pinjaman pendahuluan (advance) bagi memastikan segala persiapan dan persembahan Aisha di pentas akhir AJL lancar,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, Kharisma Music International memaklumkan bahawa Konsert Malam Samudera Aisha Retno yang dijadualkan pada 16 November telah dibatalkan atas faktor jualan tiket yang rendah. Aisha, dalam reaksinya, meluahkan rasa kesal dengan keputusan penganjur yang membatalkan konsert tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dahulu.
Sebagai tambahan, Aisha Retno yang merupakan gadis berdarah kacukan Melayu, Arab, dan Jawa, telah mencapai kejayaan sebagai naib juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-38 menerusi lagu Sutera, ciptaannya sendiri bersama MFMF, sekaligus membawa pulang wang tunai RM50,000 beserta trofi. Aisha juga merupakan finalis top 6 dan pemenang keempat dalam rancangan The Hardest Singing Show.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Kosmo!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
BTS ARMY memang dikenali sebagai salah sebuah kumpulan peminat yang agak ekstrem dan lantang bersuara.
Jika sebelum ini, selebriti dari Bangladesh iaitu Shusmita Anis dan Tahsan Khan baru sahaja mengeluarkan lagu terbaru berjudul Harai Bohudur. Video muzik itu telah dimuat naik pada 9 Februari 2023 di saluran YouTube Shusmita Anis.
Namun, sadisnya MV tersebut dianggap hampir sama dengan MV ‘Wild Flower’ RM BTS. ARMY sangat kecewa. Apakah persamaan kedua-dua video muzik itu? Semak penjelasan penuh di bawah.
MV ‘Wild Flower’ RM BTS via ALLKpop
Baru-baru ini, MV Harai Bohudur telah digandingkan dengan MV Bunga Liar RM BTS. Dalam klip video yang menjadi viral, ia menunjukkan persamaan antara dua video tersebut.
Diketahui, dalam muzik video lagu Harai Bohudur itu menyatakan konsep video tersebut diilhamkan daripada muzik video RM BTS berjudul Wild Flower. “Inspirasi konsep daripada RM Wildflower BTS,” dalam huraian muzik video yang dipetik VIVA, Isnin, 13 Februari 2023.
Excuse me?!?
Who & what is this Namjoon’s #WildFlower MV plagiarizer?
They initially claimed story concept as their own, now added “Concept inspiration from RM Wildflower BTS” in the YT description after being called out 👎🏼
ARMY, sebagai peminat BTS, kecewa dengan video muzik Harai Bohudur, yang hampir sama dengan muzik video RM, aka Kim Nam Joon BTS. TENTERA juga menganggap muzik video Harai Bohudur bukan lagi inspirasi tetapi sebenarnya diciplak.
ARMY Bertindak
Disebabkan klip video viral yang memaparkan MV kedua, ARMY segera memberi reaksi. Mereka berpusu-pusu menyebarkan maklumat ini sehingga didengari oleh agensi BTS iaitu Big Hit Music. Seperti yang dinyatakan oleh pencipta Rapmonvirgo di Instagram.
“MV ‘Wild Flower’ Namjoon ditiru oleh penyanyi Bangladesh. Sila bantu hantar e-mel kepada bighit untuk membuat susulan. Ia tidak boleh dilakukan dengan memberi kredit melakukan dan kemudian masalah itu diselesaikan. Hasil kerja keras dan buah fikiran Namjoon selama 4 tahun tidak boleh ditiru sesuka hati,” ujar Rapmonvirgo.
ARMY Kecewa Di Media Sosial
Media sosial Twitter mula heboh dengan berita tersebut. ARMY kecewa kerana MV pujaan mereka diciplak oleh penyanyi dari Bangladesh itu.
“Tolong memalukan. Konsep MV betul-betul seperti ‘Wild Flower’. Kemudian setelah mendapat banyak amaran, penerangan video itu pun disunting menjadi ‘Inspired by RM Wildflower BTS’. Tolong bantu laporkan dengan alasan Pelanggaran Hak Cipta,” tweet seorang netizen di Twitter.
“Ini bukan inspirasi, ini plagiat! MV Wildflower RM yang diciplak oleh penyanyi Bangladesh Sushmita Anis dan Tahsan, selepas beberapa jam mereka memanggilnya sebagai ‘Inspirasi’,” tweet seorang lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tular di platform Twitter ketika ini lagu terbaharu dari penyanyi rap terkenal tanah air, Malique berjudul Sedih Hati yang turut mengabungkan sebuah lagu nyanyian Allahyarhamah Mona Fandey.
Perkara tersebut didedahkan seorang pengguna Twitter, @arfdy12 yang memaklumkan Malique baru sahaja melancarkan single itu.
Lebih menarik lagi, tajuk lagu berkenaan juga diambil dari bait lirik di dalam lagu nyanyian Mona Fandey itu.
Difahamkan juga lagu Mona Fandey itu dijadikan sebagai ‘intro’ dan ‘background’ pada lagu baharu penyanyi rap tersebut.
“Baru tahu Malique ada keluar new single – Sedih Hati. Lain macam ya bila dengar vibe lagu ini.
“Bila baca komen ada yang cakap intro itu lagu Ratapan Anak – Mona Fandey. Fuhhh, bukan biasa-biasa,” ciapnya ringkas.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut merasakan lagu tersebut mempunyai unsur seram kerana dikaitkan dengan misteri Mona Fandey berikutan kes pembunuhan kontroversi suatu ketika dahulu.
Selain, ada juga segelintir yang teruja dengan hasil karya tersebut dan menyifatkan Malique itu tidak pernah gagal dalam menghasilkan lagu.
Sekadar informasi, Allahyarhamah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada tanggal 2 November 2001 di Penjara Kajang, Selangor selepas dia didapati bersalah kerana membunuh bekas ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Pahang, Datuk Mazlan Idris pada 1993.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.