Siapa tidak kenal dengan pelakon dan penerbit hebat tanah air seorang ini.  ‘Aktif’ memperkasa budaya tempatan, pemilik nama Puan Seri Tiara Jacquelina antara salah seorang anak seni yang cukup dikagumi dalam industri tanah air.

Kecintaan terhadap seni amat besar, Tiara yang lebih dikenali dengan watak Puteri Gunung Ledang ini juga cukup sinonim dengan pementasan dan karya sebuah legenda tanah air.

ARTIKEL BERKAITAN: Berlari & Pemakanan Seimbang ‘Rahsia’ Sofia Jane Kekal Jelita Dan Sihat

Tiara Jacquelina Tiada Perancangan Mahu Teruskan Pementasan Muzikal Puteri Gunung Ledang

Bertanya mengenai teater, pengasas Enfiniti (M) Sdn Bhd ini menjelaskan pihaknya masih belum mempunyai perancangan untuk meneruskan pementasan Muzikal Puteri Gunung Ledang (PGL) yang terpaksa dibatalkan, pada tahun lalu.

Jelasnya , seiring dengan peredaran teknologi yang semakin maju, dia berpendapat bahawa sudah tiba masanya untuk pihaknya membuat satu evolusi yang berlainan.

IKLAN

Bagaimanapun, Pelakon Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) 1995 dan Festival Filem Asia Pasifik (2004) turut memaklumkan tidak menolak sekiranya suatu hari dia akan berubah fikiran.

Tiara Jacquelina Tiada Perancangan Mahu Teruskan Pementasan Muzikal Puteri Gunung Ledang

“Sebagai sebuah syarikat, saya berpandangan bahawa perlu membuat satu perubahan dan membawa evolusi baharu. Pentas sedemikian sudah pernah Enfiniti lakukan seperti teater P Ramlee The Muzikal dan Ola Bola Bola, jadi sudah tiba masanya kami inginkan satu cabaran yang lain seiring dengan peredaran teknologi masa kini.

“Walaupun sekarang cara penyampaian karya saya melalui platform lain dan bukan dengan cara pementasan sahaja, namun berharap niat saya untuk menjadi seorang pencinta budaya dan kongsi kepada orang ramai dapat diteruskan.

IKLAN

“Apa pun untuk waktu sekarang, mash tiada perancangan untuk teruskan pementasan Puteri Gunung Ledang, namun siapa tahu kalau satu hari saya bangun tidur dan berubah fikiran kan,” tuturnya kepada Remaja.

Tiara Jacquelina Tiada Perancangan Mahu Teruskan Pementasan Muzikal Puteri Gunung Ledang

Terdahulu, syarikat produksinya telah mengumumkan perancangan penerbitan baharu pementasan Muzikal PGL yang sudah tertangguh hampir tiga tahun lalu, terpaksa dibatalkan.

Selain itu, berkongsi mengenai projek terbaharunya iaitu Dream Forest di Pulau Langkawi, Kedah pula, kata Tiara ia membabitkan kos sebanyak RM20 juta.

IKLAN

Tiara Jacquelina Tiada Perancangan Mahu Teruskan Pementasan Muzikal Puteri Gunung Ledang

“Idea untuk buat projek ini berlangsung sejak empat tahun lalu. Namun, banyak perancangan yang terpaksa diubah kerana pandemik.

“Justeru, saya cabar team saya untuk buat sesuatu yang baru dan terhasillah Dream Forest, destinasi pelancongan berkonsepkan ‘projection mapping’ (peta unjuran) sepanjang 1.2 kilometer di Hutan Kampung Buku dekat Pulau Langkawi,” ujarnya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Tiara Jacquelina

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI