Pelakon dan model, Haneesya Hanee tampil ‘membuka mulut’ dirinya kini mengalami masalah kewangan berikutan tidak menerima sebarang tawaran berlakon, pada tahun ini.
Menerusi saluran podcast Myaudioplus, pelakon drama hit Aku Bukan Ustazah itu memaklumkan ibu tercintanya terpaksa menggadai barangan kemas untuk menampung perbelanjaan mereka sekeluarga sementara dia mendapatkan peluang pekerjaan.
“Tahun ini tak ada shooting langsung. Sekarang ini kewangan tengah goyang sikit. Tapi rezeki itu sentiasa ada. Saya pun tak tahu datang dari mana. Ada kala ada masa gelang emas mak saya kena pergi gadai, rantai dia.
Ads
“Lepas itu, kalau ada duit balik, saya pergi beli balik. Terkadang sampai marah dia supaya jangan jual. Penat saya kerja bagi dia melawa, jangan jual tapi dia mak kan. Dia tak membebankan anak dia, dia jual juga,” kongsinya sambil mengalirkan air mata.
Tambahnya lagi, pengorbanan yang dilakukan oleh ibunya itu menjadi pembakar semangat supaya dia bangkit dan bekerja keras demi keluarga kecilnya.
“Tapi kadang-kadang saya rasa bila dia buat macam itu, benda itu yang bakar semangat saya. Saya kena cari kerja cepat cepat supaya dapat beli balik emas dekat dia.
Ads
“Mak Haneesya ini kuat dan saya nak jadi sekuat dia. Perjalanan hidup mak saya lagi susah dan banyak cabaran. Apa yang saya lalui ni saya rasa sakit. Saya suka orang nampak saya kuat. Cuma keluarga saya yang tahu apa sebenarnya yang saya lalui,” ujarnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Berkat kreativiti, bakat dan fokus pada perihal pertandingan; pasangan adik-beradik, Zaki Yamani dan Yamani Abdillah telah diumumkan sebagai juara program realiti Famili Duo musim kedua.
Kedua-dua anak penyanyi lagenda, Jamal Abdiillah itu sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000.
FOTO: TV3 Malaysia
“Alhamdulillah. Syukur, terima kasih kepada semua yang menyokong. Kepada team Nusa Music, ibu bapa kami! Itu yang sangat bermakna. Terima kasih Mama, terima kasih Babah,” kata Yamani selepas mereka diumumkan sebagai juara. Adik-beradik itu secara resfleks bersujud syukur di atas kemenangan.
Tambah Zaki Yamani, “Terima kasih Abang Ajai, Mummy (Mas Idayu). Terima kasih kepada abang-abang pemuzik, terima kasih kepada emak saya yang selalu bagi semangat.”
Tatkala program Famili Duo diheret dengan beberapa cerita sensasi sejak kebelakangan ini, Yamani dan Zaki kekal meletakkan misi utama untuk menjuarai pertandingan dengan membawakan medley lagu Hutang dan Bunga bagi kategori ‘Lagu Anugerah Juara Lagu’ dan lagu Kau Pun Sama bagi kategori ‘Lagu Bebas’.
Sementara itu, tempat kedua jatuh kepada pasangan The Jebats (Ayda Jebat & Fyna Jebat) manakala pasangan Bella Astillah dan Wani Kayrie pula merangkul tempat ketiga.
Tempat keempat dibawa pulang oleh Naim Daniel dan Sissy Iman.
Kontroversi Famili Duo
Isu pasangan Naim Daniel dan Sissy Iman teruk dimarahi juri Mas Idayu, isu Fyna Jebat didakwa bertengkar di kedai makan bersama isteri pertama bekas jurulatih bola sepak tempatan serta isu dugaan orang ketiga dalam perkahwinan Bella Astillah telah menjadi tajuk utama berita hiburan sejak kebelakangan ini.
Hanya sang juara ini sahaja yang dilihat bebas daripada sebarang kontroversi sekaligus membuatkan kemenangan mereka pada malam ini manis untuk diperkatakan.
FOTO: TV3 Malaysia
Walaupun sesetengah pihak berpendapat cerita-cerita sensasi ini ‘sengaja’ dijaja pada waktu yang tepat untuk menaikkan rating program Famili Duo, jelas fokus dan semangat sebahagian daripada pesertanya terkesan dengannya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wanita dan solekan memang tidak dapat dipisahkan. Namun, bukan semua wanita mementingkan mekap yang mampan dan adakalanya mereka juga lebih selesa berwajah polos. Mungkin ramai yang menganggap wanita, terutamanya golongan selebriti ‘tidak boleh hidup’ tanpa solekan kerana figura seperti mereka sudah tentu sentiasa ingin kelihatan menawan.
Nope! Anggapan korang tu sebenarnya tidak betul kerana ramai diantara selebriti juga tidak takut untuk berkongsi foto wajah tanpa mekap di media sosial.
Siapa kata artis Hollywood asyik bermekap tebal sahaja? Berikut kami senaraikan antara selebriti yang berani memuat naik gambar wajah polos mereka tanpa mekap di laman Instagram.
Kalau orang tak berduit diberi RM1 juta tunai, mungkin kita akan pengsan sekejap. Maklumkan, tak pernah terbayang dapat duit banyak macam tu. Masa duit ada di tangan, macam-macam kita bayang nak beli sebab duit banyak. Yang himpit nak pinjam pun ramai. Biasalahkan.
Itu kalau kita susah. Tapi bagaimana dengan orang kaya yang duitnya banyak? Ternyata orang-orang kaya, ahli perniagaan dan orang kenamaan di Indonesia tidak kisah mengeluarkan RM2.5 juta untuk sebuah majlis perkahwinan anak mereka yang hanya mengambil masa kurang dari empat jam.
Hal mengejutkan ini dikongsikan oleh pereka dekorasi bertaraf dunia asal dari Indonesia, Suryanto ketika satu pertemuan di Indonesia bersama Majalah Remaja.
Bapak Suryanto bersama Azmy yang juga pakar bunga negara dari Malaysia
Menurut pereka yang menjadi pilihan golongan kenamaan dan ahli perniagaan elit Indonesia ini, kos untuk mengupah dan mengambil perkhidmatan syarikatnya, Suryanto Decoration yang terletak di Jl Tawakal Raya Ujung 13 C Grogol, Jakarta bermula dari USD500,000 bersamaan RM2.5 juta untuk sebuah majlis perkahwinan, pelancaran dan lain-lain lagi.
Sangat mahal bagi orang tidak berkemampuan seperti kita tetapi harga yang cukup biasa-biasa dibayar oleh orang kenamaan asal majlis perkahwinan anak mereka dilihat indah dan cantik. Ada ke sapa-sapa yang sanggup keluarkan RM2.5 juta untuk majlis kahwin mereka nanti?
Inilah pelamin idea Om Syuk untuk wedding anak seorang ahli perniagaan Indonesia
Sangat merendah diri biar dirinya cukup terkenal, Suryanto yang lebih senang dipanggil Om Syuk berkata, dia memerlukan di antara 600 -2000 orang pekerja tenaga mahir untuk menghias dewan dalam satu-satu acara.
“Biasanya pihak hotel memberikan masa selepas jam 12.00 tengah malam. Saya bersama team mengambil masa lebih kurang 6-7 jam untuk menghias dewan mengikut kehendak pelanggan seperti dipersetujui,” katanya yang memulakan kerjaya sebagai pereka dekorasi bermula pada 1972, pada usianya lebih kurang 22 tahun.
Ditanya serba sedikit mengenai dirinya, Om Syuk yang dilahirkan di Jakarta pada 1950 berkata, ilmu yang ada pada dirinya adalah semangat untuk berubah.
“Saya tidak pernah mendapat pendidikan yang formal dari mana-mana pusat pengajian tinggi. Bagi saya setiap hari adalah hari persekolahan. Ilmu yang datang bagi menghadapi idea dekorasi di luar pemikiran datang apabila saya berbincang bersama-sama pelanggan.
“Berbual bersama mereka dapat mengembangkan idea dalam dunia dekorasi. Saya kemudian akan berbual dengan rakan-rakan terapat untuk memperkembangkan idea yang diminta oleh pelanggan tadi,”katanya mengakui suka bekerjasama dengan anak muda yang disifatkannya banyak idea terkini.
Orang kaya tak kisah pun bayar RM2.5 juta untuk majlis kahwin hanya 4 jam dan mengupah Om Syuk sebagai pereka majlis mereka
Menyifatkan corak dekorasi sekarang amat berbeza dengan tahun 1990-an, Om Syuk sentiasa menjadi trend satter bagi pereka lain yang sangat terkasima dengan dekorasi ciptaannya.
“ Wang bukan soal utama. Dahulu orang hanya membayar saya USD100 di awal pembabitan tetapi sekarang jumlahnya jauh lebih tinggi. Sebagai pereka, saya perlu membuat perubahan-perubahan yang agak drastik terutama dari segi pelaksanaan peralatan dan juga bahan-bahan dekorasi agak kelihatan lebih tersergam bagaikan sebuah bangunan yang asli,” katanya yang mempunyai pekerja yang sangat setia dan berpengalaman luas.
Ditanya mengapa memerlukan pekerja sebegitu ramai, katanya tenaga kerja yang sedikit memerlukan masa lebih panjang.
Biar sangat dikenali dunia, tetapi Om Syuk sangat merendah diri. Sehinggakan pereka dunia, Preston Bailey sangat menyanjung tinggi kedudukan Om Syuk yang sangat hebat serta mampu mengubah sebuah dewan bagai ceritera kayangan.
Hiasan di laluan utama sebelum masa ke dewan utama
Tidak menawarkan konsep tajaan atau win-win situation, wow faktornya sebagai kejuruteraan seni bina memang sangat mengagumkan pelanggannya. Dan tidak hairanlah, orang kaya tidak kisah mengeluarkan duit sebanyak itu biar majlis kahwin cuma 4 jam sahaja. Hebatkan.
Pertukaran teknologi di antara Malaysia & Indonesia
Tidak pernah lokek dengan kehebatan nama yang sentiasa menjadi sebutan ramai orang kenamaan, Om Syuk ternyata sudi berkongsi idea bersama pereka dari Malaysia. Baguskan sebab tak lokek dengan ilmu.
Hal ini diakui oleh Mohd Azmy Osman yang diiktiraf sebagai Pakar Bunga Negara yang mengakui menjadikan Om Syuk sebagai rujukannya.
“Saya lebih suka merujuk corak dekorasi yang diterapkan oleh pakar-pakar dekorasi dari Indonesia. Ini kerana mereka mampu menghasilkan satu idea di luar pemikiran kotak. Walaupun ada pengamal industri di Kuala Lumpur cuba untuk mengaplikasikan kesemua idea yang Om Syuk terapkan, tetapi kita masih jauh ketinggalan 30 tahun kebelakang.
Perbincangan terjalin antara Om Syuk dan Azmy mengenai program yang bakal diperkenalkan di Malaysia tahun hadapan
Bakal memperbaiki sistem pendidikan negara menerusi pengabungan dua kaedah perlaksanaan ini mampu membawa Malaysia jauh lebih hebat dan mampu menghasilkan pakar industri yang bersistemetik, menghasilkan mutu kerja yang hebat dan juga bertaraf dunia
Atas alasan tersebut Kolej Univesiti Polytech Mara Malaysia memberanikan diri untuk meneroka bidang baru yang berdaya saing dan bidang ini merupakan bidang kemahiran yang pertama diwujudkan di Malaysia dan yang pertama di Dunia. Kursus Reka Bentuk Floral ini merupakan kursus yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Pembangunan Kemahiran yang mana pakar -pakar dunia seperti Bapak Suryanto dan Preston Bailey akan menyokong dan membantu negara bagi mengrealisasikan program ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.