Pejam celik, Pencarian Dewi Remaja 2018/19 bakal sampai ke kemuncaknya pada malam Ahad ini.
Debaran yang dinantikan oleh Top 5 finalis yang memasang impian mengikut jejak Neelofa, Scha Al-Yahya, Raysha Rizrose dan ramai lagi pemenang Dewi Remajasemakin dirasai.
Ads
Kami di team REMAJA juga tidak terkecuali daripada merasai debarannya. Segala persiapan rapi telah dilakukan dan menunggu detik untuk kami memlilih siapakah yang akan menyandang gelaran tersebut.
Ads
Tetapi, bukan gelaran juara saja yang akan diberikan pada malam esok tau!
Ads
Agak-agak apakah gelaran Dewi yang sesuai dengan personaliti korang berdasarkan kuiz di bawah?
Jangan lupa untuk saksikan malam FINALE DEWI REMAJA 2018/2019 di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) bermula jam 10.30pm. Tapi sebelum itu, SAKSIKAN LIVE RED CARPET pada jam 9.30pm – 10.30pm kerana kami akan menemu ramah finalis dan alumni Dewi Remaja serta Hero Remaja terdahulu!
#dewiremaja #dewi1819 #majalahremaja
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah namanya rezeki buat pemilik nama Shaza Bae apabila boleh dikatakan drama lakonannya back to back ditayangkan di televisyen. Terbaharu, pemenang Dewi Remaja 2019 ini digandingkan bersama Hero Remaja 2020 Nadhir Nasar dalam drama berjudul Nusyuz Berkiblat Cinta.
Kali ini, watak yang dibawakan oleh dua pelakon baharu ini sememangnya mencabar kerana mereka perlu banyak bermain dengan emosi. Shaza Bae membawakan watak sebagai Safiana, merupakan seorang isteri kepada Erfhan (Nadhir Nasar), seorang lelaki panas baran dan kuat cemburu. Walaupun dipukul dan dimarahi suami, Safiana tetap setia dan taat kepada suaminya itu.
Melakonkan watak sebagai suami dan isteri, mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana agaknya perasaan Shaza berlakon bersama Nadhir yang juga kenalan rapat selepas sama-sama bergelar juara Dewi dan Hero Remaja.
“Sebenarnya kami tidak mempunyai masalah untuk membawakan watak suami isteri ini, malah Shaza rasa bersyukur kerana sebelum ini telah mengenali Nadhir terlebih dahulu. Shaza tidak dapat bayangkan sekiranya watak itu dilakonkan oleh pelakon lelaki lain,” jelasnya sambil tertawa.
“Kami sudah berkawan sebelum ini jadi tidak dinafikan Shaza sudah selesa bersama Nadhir. Masuk sahaja di set penggambaran, kami terus tukar ‘mood’ dan menyelami watak sebagai Safiana dan Erfhan. Sewaktu di set lakonan juga, ada masanya kami tidak bercakap untuk mengambil ‘mood’ itu. Tapi apa-apa pun memang Shaza senang berlakon dengan Nadhir untuk watak kali ini,”
Sebelum ini timbul kontroversi video tular Nadhir mengangkat Shaza di salah satu babak yang bakal ditayangkan dalam drama tersebut. Shaza menjelaskan bahawa mereka bekerja secara profesional dan tidak memberi kesan kepada mereka berdua.
“Video tular itu keluar ketika insiden lakonan pelakon lelaki viral menjadi topik hangat netizen. Tetapi apa yang Shaza boleh katakan, situasi dan babak tidak sama seperti video viral tersebut. Penonton perlu tonton sendiri drama Nusyuz Berkiblat Cinta dan kami hanya menghayati watak yang dibawa,” jelas Shaza.
Nusyuz Berkiblat Cinta menyingkap kisah perhubungan toksik yang berlaku dalam masyarakat kita. Apa yang dipaparkan di dalam drama ini adalah situasi yang benar-benar berlaku dan kisah ini membawa banyak pengajaran dan ilmu kepada penonton.
“Drama ini mengetengahkan isu penderaan emosi dan mental seorang wanita. Contohnya, walaupun Safiana seorang peguam dan bekerjaya, dia juga tidak terkecuali diperlakukan sedemikian oleh suaminya. Ia bermaksud penderaan emosi dan mental ini boleh dilalui oleh sesiapa sahaja tidak kira sama ada wanita bergelar suri rumah atau pun yang bekerjaya,” tambah Shaza lagi.
Jangan ketinggalan untuk saksikan Nusyuz Berkiblat Cinta pada setiap hari Ahad, jam 9 malam, mulai 3 April hingga 15 Mei secara eksklusif di saluran Astro Ria (104).
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Episod ketiga program Dewi Remaja 2018/2019 baru saja berakhir semalam dan dewi pertama untuk berdepan dengan penyingkiran ialah..
Zeera Azizi yang juga merupakan seorang pramugari di syarikat penerbangan komersil Malaysia. Zeera yang juga merupakan antara dewi tertinggi pada musim ini terpaksa berdepan dengan dua cabaran berbeza semasa episod ketiga iaitu cabaran photoshoot dan catwalk di atas water runway!
Saingan nyata sengit semalam apabila masing-masing memberikan yang terbaik. Sukar bagi juri seperti Scha Al-Yahya, Dato’ Hans Isaac, Erra Fazira dan Tini untuk memberikan kata putus. Namun, akhirnya verdict dilakukan dan Zeera berada di bottom 2 bersama peserta dari Sabah, Lydia De Sal.
“Bagi Zeera, ini bukanlah pengakhiran. Ini baru saja permulaan dalam hidup Zeera sebagai career move. Zeera rasa sudah lakukan yang terbaik, tetapi mungkin tidak sebaik dewi-dewi yang lain.
“Apapun, Zeera percaya kepada rezeki. Mungkin rezeki Zeera ada di luar sana. Zeera juga ingin ucapkan good luck kepada mereka semua, buat yang terbaik!
“Yang penting fokus. Bila lakukan apa-apa cabaran kena berikan 100 peratus okay, jangan malu-malu and kena stand out setiap masa.”
Berkenaan pengalaman sepanjang berada selama lebih dua bulan bersama famili Dewi Remaja, Zeera tidak menganggapnya sebagai sia-sia walaupun perlu berhenti sebentar daripada kerjayanya sebagai seorang pramugari.
“Pengalaman paling indah tentulah apabila Zeera dapat ramai kawan baru di dalam pertandingan ini. Dan apabila Zeera dapat mecabar kebolehan diri terutamanya ketika lakukan catwalk (semalam) kerana jujurnya, Zeera tak pernah lakukannya sebelum ini.”
Apa pula perancangannya sejurus selepas ini?
“Mungkin kerana adik Zeera merupakan seorang pelakon (Neera Azizi) jadi insyaAllah Zeera ingin mengikut jejak langkah dia. Pergi ke kelas lakonan untuk mengasah bakat, sekurang-kurang kalau dah mula berlakon nanti tak adalah kayu.
“Selain itu, Zeera akan pergiatkan lagi peluang untuk ke casting lakonan yang dibuka dalam masa terdekat.”
Kami di REMAJA ucapkan all the best kepada Zeera Azizi! Dia merupakan antara calon peserta yang profesional dalam setiap tugasan dan selalu kekal berdisplin di dalam serta di luar set. She is a new talent that will go far, insyaAllah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dewi Remaja 2014/2015, Raysha Rizrose selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberikan gelaran ‘Baby R’, semalam.
Menerusi hantaran di Instagram Story kakaknya yang juga pelakon, Nelydia Senrose; Raysha dilihat ditemani oleh suaminya, Nabil Jeffri di sisi.
“Adik saya yang selalu mengekori ke mana-mana dan sama-sama bergaduh sebelum ini sudahpun melahirkan seorang bayi.
“Alhamdulillah atas semua nikmat yang kami sekeluarga terima ini. Semoga Allah sentiasa hujani keluarga ini dengan penuh barakah dan penuh kasih sayang,” catatnya.
Sambil itu, Nelydia juga menyatakan kepercayaannya bahawa Raysha dan Nabil bakal menjadi ibu bapa yang baik kepada ‘Baby R’.
“Baby R, kamu amat disayangi dan kami semua amat bertuah untuk memiliki kamu. Semoga kamu membesar dengan sihat, cantik dan tabah seperti ibu kamu,” katanya.
Sebagai info, Raysha dan Nabil bergelar pasangan kekasih sejak usia remaja sebelum mendirikan rumah tangga pada 22 Februari 2023 selepas dua bulan mengikat tali pertunangan.