Baru-baru ini, minggu separuh akhir Big Stage Alpha mengejutkan para penonton apabila ketujuh-tujuh peserta berjaya melayakkan diri mara ke peringkat akhir selepas tiada penyingkiran yang berlaku pada minggu ketujuh dari pentas saingan itu, pada Ahad.
Tampil dengan bertemakan ‘One Step Closer’, kesemua peserta iaitu Daniel Sher, Rizal Rasid, Ray-D, Izat Ibrahim, Araff, Afiq Sky dan Ariel Fesol turut membuat persembahan istimewa sebagai OT7 menerusi lagu Gento nyanyian asal kumpulan terkenal dari Filipina, SB19.
Dalam pada itu, menurut juri tetap Datuk Syafinaz Selamat (Tok Naz) berkata sejurus selepas persembahan pertama, beliau meluahkan rasa kagum terhadap semangat para peserta serta berharap mereka akan memberikan yang terbaik dalam setiap nyanyian sama ada secara berkumpulan mahupun solo.
“Saya suka dengan persembahan malam ini dan rasa sayang betul kalau malam ini ada yang tersingkir”
Ads
“Bila mereka semua atas pentas sama-sama, kita nampak eh semua ini menjadi. Kalau betul pihak produksi mahu tujuh orang sehingga akhir, saya harap mereka semua bekerja lebih keras lagi,” katanya.
“Untuk persembahan solo pula, minggu ini mereka agak menurun sedikit mungkin disebabkan penat dan terlalu fokus untuk nyanyian berkumpulan,” jelasnya lagi.
Sementara itu, pentas separuh akhir Big Stage Alpha menyaksikan Daniel Sher mengungguli dengan bergaya di tempat pertama, dengan markah keseluruhan daripada juri sebanyak (75.05 %), Rizal Rasid kekal di tempat kedua dengan markah 72.48 % dan di tempat ketiga Ray-D dengan 68.18 %.
Ads
Manakala, bagi Ariel Fesol dengan markah 60.40 %, hampir berdepan dengan detik mendebarkan apabila terselamat dari penyingkiran pada minggu ini setelah mendapat undian paling rendah dari penonton
Bersiaran secara langsung dari Royal Theatre Shah Alam, program edisi all-male ini menyaksikan para peserta tampil dalam persembahan berkumpulan iaitu Alpha Prime dianggotai oleh Araff, Rizal Rasid, Daniel Sher, dan Ariel Fesol serta Alpha Ultra yang dianggotai oleh Ray D, Izat Ibrahim, dan Afiq Sky.
Ads
Big Stage Alpha merupakan spin-off pertama Big Stage dengan konsep 18 bintang lelaki akan bertanding untuk dijadikan sebuah kumpulan lelaki pertama di bawah naungan Astro. Walau bagaimanapun, kini hanya 7 orang yang berjaya mara ke minggu ‘Grand Finale’.
Setiap minggu, para peserta akan diuji menerusi persembahan solo dan misi berkumpulan mengikut tema yang diberikan.
Penjurian dikendalikan oleh barisan juri tetap seperti Datuk Syafinaz Selamat, Hael Husaini, dan Edry Abdul Halim, manakala Ajai tampil sebagai juri jemputan untuk minggu ketujuh.
Program yang dihoskan oleh gandingan mantap Elly Mazlein dan Rina Nose ini bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO serta sooka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jenama antarabangsa sepopular minuman bergas, Coca-Cola sering melakukan pembaharuan pada produk mereka bagi memastikan 1) Pelanggan tak mudah bosan dan 2) Untuk melebarkan lagi potensi pelanggan yang ada.
Jika dulu, Coca-Cola pernah bereksperimentasi dengan minuman Diet Coke khas bagi mereka yang enggan mengambil kandungan gula setinggi biasa dan juga minuman Coke Vanilla bagi yang inginkan rasa ais krim di dalam minuman mereka.
Kini, selepas 125 jenama ini ditubuhkan, Coca-Cola khabarnya ingin menghasilkan minuman beralkohol pertama pula dan ia akan dimulakan di Jepun.
Secara strateginya, ini adalah satu cara mereka ingin bersaing dalam pasaran minuman kategori Chu-Hi, iaitu kategori minuman perisa sparkling yang cukup digemari rakyat di Jepun. Selalunya, minuman jenis ini akan mempunyai kandungan alkohol sekitar 3% ke 8%.
Obviously, mereka ingin meluaskan lagi jumlah pembeli yang ada agar semua orang boleh memilih jenis Coca-Cola masing-masing. Jika tak ingin yang beralkohol, pilihlah minuman biasa. Jika nak rasa sparkling, cuba yang baru. Itu je.
Tak bermaksud semua minuman Coca-Cola di Jepun ditukar dengan kandungan alkohol.
Jangan salah pilih Coca-Cola tau! Nanti terbaring entah di mana. Hehe..
Jenama minuman alkohol popular Jepun seperti Kirin, Suntory dan Asahi sentiasa mempromosikan produk baru mereka di pasaran, dan Coca-Cola tak nak ketinggalan di belakang mereka. Buat masa ini, masih belum ada tarikh tetap bila ia akan dipasarkan di Jepun.
Namun, bagi korang yang ada perancangan untuk ke sana dalam masa terdekat, hati-hati ketika membeli minuman okay.
Paling mudah pun, jerang je air masak di bilik hotel dan bawa botol minuman bersama.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat peminat K-Pop di Malaysia khususnya bagi ONCE apabila bintang K-pop, TWICE akhirnya mengesahkan bakal kembali ke menggegarkan pentas di Kuala Lumpur menerusi siri jelajah dunia ’This Is For’ yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.
Menurut pihak penganjur, Live Nation Malaysia berkata, TWICE yang dianggotai oleh sembilan gadis cantik seperti Nayeon, Jeongyeon, Momo, Sana, Jihyo, Mina, Dahyun, Chaeyoung, dan Tzuyu bakal bertemu para peminat pada 25 Oktober ini di Stadium Hoki Nasional, Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, kehadiran semula TWICE kali ini menandakan kepulangan yang sudah lama ditunggu-tunggu ONCE Malaysia sejak kali terakhir kumpulan berkenaan mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada tahun 2019 menerusi siri jelajah dunia ‘TWICELIGHTS’ di Axiata Arena. Semenjak itu, para peminat setia sentiasa berharap agar idola mereka kembali beraksi di pentas tempatan.
Sebelum ini, Live Nation Malaysia sudah pun memberikan cuplikan perkongsian mengenai konsert TWICE di Malaysia, sekaligus mencetuskan keterujaan luar biasa dalam kalangan peminat.
Sekadar info, konsert ‘This Is For’ merupakan siri jelajah dunia keempat TWICE yang dilancarkan bersempena album terbaru dengan judul sama. Menariknya, selain Kuala Lumpur, TWICE juga akan singgah ke beberapa destinasi seperti Jepun, Thailand, Singapura, Hong Kong, Bulacan, Taiwan, Australia, dan lain-lain.
Apa yang lebih istimewa, semua lokasi konsert akan menampilkan pentas 360 darjah, menawarkan pengalaman konsert lebih imersif dan interaktif buat ONCE. Selain itu, para peminat juga boleh menjangkakan persembahan yang bukan sahaja bertenaga tetapi juga visual yang memukau.
Bagi ONCE yang ingin mendapatkan tiket konsert jelajah ‘This Is For’, jualan akan bermula dari 18 September & 19 September ini melalui platform GoLive Asia. Harga tiket dijual dari RM398 sehingga RM1288.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memulakan kerjaya sebagai model dan duta produk, Cara Delevinge kemudiannya menceburi bidang perniagaan dan melabur dalam jenama Lora DiCarlo. Dia juga bergiat aktif sebagai pelakon di Hollywood.
Tapi siapa sangka disebalik kemasyurannya, ramai yang tidak tahu masalah kesihatan mental yang dihadapi model ini. Sehingga Cara sanggup pencen awal dari kerjayanya pada tahun 2016.
Untuk info, Cara menghidapi Dyspraxia sejak kanak-kanak iaitu masalah perkembangan bagi pergerakan dan kordinasi tubuh badan kanak-kanak serta lambat pembelajaran. Jadi, Cara memilih untuk bekerja sebagai model sejak usia 10 tahun lagi!
Cara Delevinge mempunyai keluarga yang berstatus bangsawan. Dan bertambah malang, rupanya Cara turut mengalami masalah kesihatan mental yang diwarisi oleh ibunya.
Foto – Neonscape / Australia Times
Muncul semula di Minggu Fesyen Paris pada akhir September lalu. Model kesayangan mendiang Karl Lagerfeld ini dilihat anggun dan sofistikated seperti biasa dengan busana suit hitam dan sepatu tinggi ringkas.
Sebelum ini, foto-foto aneh dan aib Cara tersebar. Muncul bersama bff, Megan Thee Stallion di 2022 Billboard Music Awards. Dari awal karpet merah hingga ke tempat duduk, Cara dilihat tidak beradab dan kelam kabut.
Model berusia 30 tahun ini dilihat berkaki ayam, keliru dan berjalan kekok semasa berada di luar bangunan lapangan terbang Los Angeles. Lebih mengejutkan, Cara pernah berhubungan romantis bersama Amber Heard ketika pelakon itu digelar isteri Johnny Deep.
Bukan itu sahaja rakan terdekat juga khuatir dengan keadaan terkini Cara. Para peminat juga sudah maklum tentang masalah ketagihan dadah yang dihadapi oleh bekas model ini. Ia merisaukan dan boleh menyebabkan kesan yang lebih parah.
Nampak gayanya, selama 20 tahun bergelumang dengan dunia kemasyhuran ternyata ia sama sekali tidak mententeramkan. Kejayaan yang diperoleh sepanjang pernah digelar model terbaik juga tidak mengembirakan Cara.
“Of course, I was proud of my accomplishments, but I wasn’t genuinely happy.” – Cara Delevinge
Sayang sekali apa yang berlaku pada Cara Delevinge. Moga baik-baik sahaja untuk model cantik dan berbakat ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!