Jika dahulunya, rakyat selalu ternanti-nantikan pengumuman rasmi bilangan kes harian COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Namun kini menurut Menteri Kesihatan Malaysia iaitu Khairy Jamaluddin, perkembangan kes COVID-19 negara akan dimaklumkan pada jam 10 pagi, hari berikutnya.
“Ia akan dimaklumkan bersama data-data yang lain pada pukul 10 pagi keesokan hari.
“Ini adalah supaya dapat baca data kes harian bersama dengan data-data lain seperti kemasukan kes hospital dan sebagainya.
“Ini untuk kita mengurangkan ‘fear factor’ kes harian dan ia perubahan budaya. Berhenti melihat kepada (kes harian), tetapi kita melihat bersama dengan semua data,” katanya dalam sidang media, di sini pada Khamis.
Jelas Khairy, perincian matrik dan data dapat membantu rakyat memahami keadaan sebenar mengenai situasi COVID-19. Beliau berkata demikian dalam sidang media KKM di sini, pada Khamis semalam.