
Bagi peminat minuman Coca-Cola, restoran KFC dan Pizza Hut telah mengumumkan kerjasama beberapa tahun yang menyaksikan Coca-Cola akan menjadi pembekal minuman kepada cawangan makanan segera itu.
Korang kini boleh menikmati hidangan KFC atau Pizza Hut kegemaran mereka dengan Coca-Cola Rasa Asli, Coca-Cola Zero Sugar, Sprite, Fanta dan juga teh Heaven and Earth. Segala jenis minuman daripada Coca-Cola boleh didapati di mesin pembahagi air dan juga jenis sedia diminum sama ada dalam tin atau botol.


Mulai Ogos ini, Coca-Cola Malaysia adalah pembekal minuman untuk KFC dan Pizza Hut, dengan pelbagai jenis minuman menyegarkan tersedia di restoran KFC dan Pizza Hut terpilih. Semua 1180+ restoran KFC dan Pizza Hut di seluruh negara akan melalui fasa peralihan untuk menghidangkan produk Coca-Cola. Fasa ini dijangka selesai pada awal bulan September.

Produk popular, Coca-Cola Zero Sugar juga boleh didapati di restoran-restoran KFC dan Pizza Hut, sebagai salah satu langkah Coca-Cola Malaysia dalam menyediakan pilihan yang lebih sihat melalui logo Simbol Pilihan Lebih Sihat yang diiktiraf. Coca-Cola Malaysia kekal komited menyokong usaha untuk mengurangkan pengambilan gula dalam kalangan rakyat Malaysia, dan menyediakan minuman lazat yang menjadi pilihan ramai pada masa yang sama.
Jadi selepas ini no more Pepsi di KFC dan Pizza Hut, korang jangan terkejut pula ya. Hiks!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malaysia “LockDown”? Jangan Panik , Ini 10 Tip Kena Tahu & Persiapkan!

Sebelum ini beberapa bandar di dunia telah dikenakan perintah sekatan pergerakan masuk dan keluar (lockdown).Ia selepas virus pedemik koronavirus baharu (Covid-19) yang semakin menular.

Semalam, gara-gara poster ‘Malaysia Lockdown’ yang tular di laman media sosial, ramai rakyat Malaysia yang cemas dan terpinga-pinga sama ada ia adalah benar ataupun palsu.
Namun ianya adalah tidak benar dan palsu.

Namun jika ‘Lockdown’ ini benar-benar berlaku di Malaysia, Ini yang boleh kita lakukan.Kini banyak negara telah mengeluarkan perintah ‘lockdown’ dan pastinya rakyat Malaysia juga terkesan sama jika kerajaan Malaysia juga mengeluarkan perintah yang sama, apa yang perlu rakyat lakukan.
#LockDownMalaysia is not the same as Darurat/State of Emergency.
Government to
– ban travelling
– ban strictly public gathering.
– non essential business must close.
– schools, institutions to close
– only 1/family allowed to run chores#LockdownMalaysia is TEMPORARY.— Rafidah Hanim Mokhtar (@DrRafidahHanim) March 16, 2020
Terdapat beberapa cara dan nasihat dari pakar yang boleh kamu lakukan jika situasi ‘lockdown’ berlaku.
- Jangan Terlalu Menyendiri
Jika berlaku perintah berkurung, jangan terlalu menyendiri dan mengkuarantinkan diri kamu dari orang sekeliling kamu. Sepanjang tempoh ‘lockdown’ ini, kamu boleh menghubungi rakan dan ahli keluarga, bertanya khabar serta kesihatan mereka.
Sekurang-kurangnya dengan mengambil berat sesama sendiri tidak membuatkan diri kamu berasa sunyi dalam situasi getir sebegini.
2. Simpan Bekal Makanan

Mula simpan bekal makanan di rumah, tetapi pastikan barang yang di beli boleh di simpan dan digunakan untuk jangka masa yang panjang. Satu lagi, elakkan membeli barang yang tidak perlu agar tidak berlaku pembaziran, dalam masa-masa getir sebegini gunakan wang dengan bijak.
3. Cergaskan Diri Dengan Bersenam
Tertekan berkurung di rumah, kamu boleh lakukan aktiviti seperti bersenam di rumah. Dengan bersenam diri kamu pun akan berasa segar dan cergas setiap hari.
4. Rumah Bersih, Barulah Virus Tak Ada

Dijangkiti oleh virus adalah satu yang ditakuti oleh semua orang, oleh itu penting untuk kita semua pastikan bukan saja diri bebas dari kuman. Malah di rumah juga bebas kuman, dalam tempoh sebegini wajib bersihkan setiap sudut rumah dengan pembasmi kuman sama ada yang di buat sendiri atau guna yang sedia ada di pasaran.
5. Guna Internet Sebaik Mungkin
Sepanjang tempoh berkurung berlaku, kamu juga boleh menghabiskan masa dengan melayari internet dan mengetahui perkembangan semasa dalam dan luar negara setiap hari. Selain itu, kamu juga boleh mencari tips-tips menarik yang boleh dilakukan di rumah dan kongsikan bersama rakan dan ahli keluarga.
6. Plan Aktiviti Hiburan Sendiri
Siapa kata di rumah tidak boleh berhibur seperti di China, ibubapa di sana mencipta pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama anak-anak mereka di rumah, sepanjang tempoh perintah berkurung berlaku. Antaranya mengadakan mini ‘fun fare’, aktiviti bermasak, pertandingan meneka gambar dan banyak lagi idea menarik yang mereka lakukan sepanjang tempoh ‘lockdown’ berjalan.
7. Lakukan Kerja Dari Rumah

Bagi yang bekerja pula, dalam perintah berkurung kamu hendaklah menyelesaikan segala tugasan yang diberikan oleh bos di rumah. Pastikan kamu dan rakan sekerja yang lain kekal berhubung menerusi email dan ruang chat bagi menyelesaikan hal-hal kerja sepanjang tempoh ‘lockdown’ dijalankan.
8. Jika Tertekan, Befrienders Ada Sebagai Teman
Jika kamu atau ada kenalan yang kamu kenali berasa risau dan terlalu cemas dengan perintah ‘lockdown’ yang dijalankan, apa yang boleh kamu lakukan adalah mendapatkan khidmat pakar Befrienders dan jangan menyendiri sehingga memberi kesan buruk pada diri mahupun orang sekeliling.
9. Jaga Kebersihan Diri, Patuhi Saranan KKM

Sepanjang tempoh perintah berkurung berlaku, pastikan kamu sentiasa menjaga kebersihan diri dan kerap membasuh tangan dengan sabun, pakai hand sansitizer dan topeng penutup mulut serta minimakan sentuhan bersama orang lain.
Apa yang penting, jika negara mengisytiharkan perintah ‘lockdown’ di harap kita semua tidak panik, tanganinya dengan tenang dan ikuti arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Apa Itu Lockdown
Untuk pengetahuan ‘Lockdown’ atau berkurung merupakan situasi di mana rakyat tidak dibenarkan masuk atau keluar dari bangunan atau kawasan sesuka hati atas faktor kecemasan. Seperti contoh di Wuhan, di mana rakyat mereka tidak dibenarkan masuk dan keluar dari bangunan kediaman mereka sesuka hati, hatta ke pasar dan farmasi bagi mendapatkan bekalan kerana khuatir penularan virus Covid-19 semakin berleluasa.
Tapi paling penting, jangan panik dengan khabar angin sebelum KKM atay kerajaan mengeluarkan apa-apa kenyataan.
Sumber : Buzzfeed
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Acara Boccia Sumbang Pingat Ketiga Buat Malaysia, Tahniah Chew Wei Lun!

Berita gembira dari Tokyo, Jepun buat semua rakyat Malaysia.
Seorang lagi atlet Paralimpik dari Malaysia melakarkan sejarah apabila berjaya menyumbangkan pingat perak kepada negara.

Atlet berusia 26 tahun ini berdepan cabaran sengit daripada juara bertahan David Smith, Chew Wei Lun menyumbangkan pingat yang ketiga buat kontijen Malaysia di temasya Paralimpik Tokyo.
#ParalimpikTokyo: Atlet boccia negara, Chew Wei Lun raih perak bagi kategori individu bercampuran (BC1)#Paralimpik #Tokyo2020 #MAS#DemiMalaysia #SokongMalaysia pic.twitter.com/wpIz8iZZkV
— BERNAMA (@bernamadotcom) September 1, 2021
Chew Wei Lun yang beraksi dalam kategori individu bercampuran acara Boccia itu tewas kepada atlet Great Britain 2-4 dalam persaingan yang sengit.
Untuk pengetahuan semua, sukan boccia hanya dimain di sukan Paralimpik dan tiada sukan yang sama wujud di sukan Olimpik.

Image via AP/ExpressDigest
Terdapat empat klasifikasi bagi boccia dalam Sukan Paralimpik 2020:
- BC1: Pemain yang mempunyai masalah pergerakan yang serius pada bahagian kaki, tangan dan tunjang badan mereka disebabkan oleh masalah koordinasi. Mereka menggunakan kerusi roda berelektrik untuk bergerak serta memegang dan membaling bola boccia tanpa menggunakan peralatan membantu. Atlet yang boleh menggerakkan kaki mereka dibenarkan untuk menggerakkan bola dengan kakinya.
- BC2: Pemain yang mempunyai kecacatan yang kurang serius daripada BC1 dan boleh membaling bola dari atas atau bawa dengan cara memegang yang pelbagai. Mereka juga tidak boleh menggunakan sebarang peralatan membantu.
- BC3: Pemain yang mempunyai fungsi yang terhad pada kaki dan tangannya, dan pengawalan tunjang badan yang lemah (atau tidak mampu mengawal) disebabkan oleh penyakit yang berkaitan atau tidak berkaitan dengan serebrum. Selain itu, mereka juga mempunyai masalah memegang, membaling dan menggerakkan bola. Mereka menggunakan tanjakan dan peralatan membantu yang lain untuk menggerakkan bola dengan bantuan Pembantu Sukan.
- BC4: Pemain yang mempunyai kecacatan fizikal yang disebabkan oleh penyakit yang tidak berkaitan dengan serebral, seperti distrofi otot, kecederaan saraf tunjang dan amputasi yang melibatkan kedua-dua tangan dan kakinya. Atlet kategori ini biasanya membaling bola dengan ayunan pendulum, kadang kala dengan kedua-dua tangan atau lengan mereka. Mereka boleh menggunakan sarung tangan untuk membantu memegang bola boccia.
Sukan Paralimpik telah bermula pada 24 Ogos lalu dan akan berakhir 5 September ini di Tokyo, Jepun. Juara Boccia Nasional Chew Wei Lun ini membawa pingat ketiga Paralimpik Tokyo 2020 buat Malaysia.
Apa-apapun tahniah kami ucapkan buat Chew Wei Lun dan team acara boccia.
Sumber: Bernama / Wikipedia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ngeri, 3 Bulan Sebelum Nikah Badan Habis Melecur Gara-Gara ‘Pressure Cooker’ Meletup

Malang tidak berbau. Kemalangan boleh berlaku kepada sesiapa di mana sahaja pada bila-bila masa.

Pasti ramai sukakan alatan memasak yang memudahkan dan cepat iaitu periuk tekanan atau lebih dikenali sebagai pressure cooker. Kebaikan utama periuk ini pasti ramai tahu ianya dapat menjimatkan masa memasak. Tetapi, tak semua orang tahu bahawa pressure cooker adalah amat bahaya jika tidak tahu penggunaannya yang betul seperti yang dialami oleh lekaki ini.
Baru-baru ini, perkongsian melalui salah satu group di laman Facebook iaitu Suami Masak Apa Hari Ini (SMAHI) itu mendapat perhatian ramai suami dan bakal suami diluar sana.
Shah Shahrolnizam turut memuat naik gambar kecederaannya yang dialami ketika itu.



Assalamualaikum semua SMAHI
Ni saya nk cerita sikit. Benda ni terjadi pada tahun lepas. 3bulan sebelum majlis nikah saya. Terjadi pada bulan 8 (26/08/19) jam 10:35am. Waktu tu saya tengah siapkan oder catering utk 40pax di cafeteria saya di bangsar. Nak setup catering pkul 11pagi. Jadi keadaan semakin singkat. Agak sedikit rushing disitu. nak dijadikan cerita, saya baru beli Pressure Cooker. Di manual book tulis, after bunyi “wisel” boleh bukak. Maknanya dah settle lah masak. Ohh saya rebus daging waktu tu. Lupa nak cakap. After wisel bunyi, saya still lagi tarik button wisel tu utk keluarkan pressure dalam tu.
Then lepas dah sette tarik button tu angin xklur lagi so dah xde pressure lah kan. Pastu saya bukak, bukak punya bukak. Cubaan utk bukak gagal. Dan saya paksa bukak. Paksa punya paksa. BOOMB!! Pressure Cooker tadi meletup. Dan hasil letupan tadi jadi lah mcm ni. Saya mcm org kena simbah asid. Hanya tuhan je yang tahu keadaan saya masa tu. .
Syukur Alhamdulillah kehadrat illahi, saya sempat dikejarkan ke Klinik berhampiran. Keadaan agak panik waktu tu, saya just sempat cuci muka je masa tu. Dan terus ke Klinik.
P/s: for those yang tak pernah guna pressure cooker atau yang nk beli pressure cooker pastikan ada tahu cara guna dan berhati2 ketika menggunakannya. Para perjuang senduk kuali di dapur. Hati2 lah ketika menjalankan tugas. Pakailah pakaian yang sesuai. Anda yang menjalankan tugas anda yang tahu mengendalikannya. Buat para2 SUAMI @ bakal suami di luar sana. Pesan lah pada kaum keluarga anda dan perhatikan anak2 anda dan jauhkan dari anak anda. Ingat kawan2, ini bukan kemalangan. Ini rezeki allah bagi. .
Hat mana yang tak tau pressure cooker tu apa.
Perkongsian ini mendapat lebih 5k tanda suka, pemuda ini memohon orang ramai supaya berhati-hati ketika menggunakan periuk pressure cooker. Ternyata ini bukanlah kes pertama melibatkan pressure cooker.
Ngeri pula penulis, so korang yang guna pressure cooker tu hati-hati ye…
Sumber : Shah Shahrolnizam
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

