Setiap kali selebriti dari Korea Selatan berkunjung ke Malaysia, pastinya setiap tempat duduk (dan kawasan berdiri) di venue tersebut dipenuhi oleh para peminat mereka.
Tak kiralah sama ada ia adalah acara konsert K-pop, acara meet & greet, fan meeting concert, acara anugerah ataupun pelancaran produk, semuanya sama je!
Hari ini, situasi itu kembali berulang apabila ruang legar Pavilion Centre Court dibanjiri oleh kira-kira lebih 3,000 peminat aktor Korea, Park BoGum.
Ada peminat yang dilaporkan sudah tiba seawal jam 9 pagi tadi hanya untuk mendapatkan tempat duduk terbaik untuk melihat idola mereka itu. Kunjungan Park Bo-Gum ke Malaysia pada hari ini bukanlah untuk acara premiere drama ataupun filem. Tetapi, dia ke sini bagi menyokong pelancaran produk terbaru Samsung Galaxy S9 dan S9+.
Bagi korang yang obses memuat naik gambar, video, GIF, gambar Slow-mo dan all-things-creative di media sosial masing-masing, telefon baharu Galaxy S9 dan S9+ memang sesuai sangat untuk kamu.
Ini kerana ia bukan saja mempunyai kamera belakang 12MP dan kamera selfie 8MP. Malah, terdapat juga beberapa fungsi menarik yang tidak pernah lagi diperkenalkan oleh jenama telefon pintar lain sebelum ini. Antaranya adalah fungsi gambar slow-mo yang boleh ditukar menjadi GIF.
Terdapat juga fungsi mencipta emoji sendiri semudah mengambil gambar selfie! Selepas gambar diambil, muka korang akan terus ditukar kepada versi animasi. Kemudian, pilih warna kulit, stail rambut dan baju untuk emoji korang. Serius best!
Kalau tak best, takkanlah Park Bo Gum pun sukakannya. Katanya apabila ditanya oleh emcee, Serena C petang tadi tentang fungsi yang paling digemarinya, dia menjawab, “Fungsi emoji Augmented Reality (AR) dan fungsi Slow-mo kerana ini adalah kali pertama saya melihat (teknologi) seperti itu.
Selain daripada sesi pelancaran, kehadiran Park Bo Gum juga diserikan dengan sesi mencuba fungsi slow mo Samsung Galaxy S9 & S9 Plus bersama 3 orang peminat bertuah. Siap dapat diri bersebelahan dan dipeluk lagi oleh aktor Love In The Moonlight itu!
Sebelum berpisah Park Bo Gum sempat berkata kepada ribuan peminat bahawa dia akan kembali semula ke Kuala Lumpur pada masa akan datang. Sebelum ini, dia pernah datang ke Kuala Lumpur pada 10 Disember 2016 sempena ‘Oh Happy Day’ Asia Tour di KLCC Plenary Hall.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Haha, mesti ramaikan keliru parking dekat mana terutama di pusat beli belah yang luas dan besar. Paling ketara hal lupa parking ni biasanya melibatkan gadis-gadis yang keliru di level berapa mereka letakkan kenderaan. Masa tu gerenti gelabah dan penat sebab pusing banyak kali.
Peningkan cari parking terutama yang luas kawasannya. Gambar hiasan.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini di mana sebuah keluarga sedang mencari kereta mereka selepas pulang daripada melancong.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @natazsyah.roslan, seorang wanita akui kagum melihat alat mengesan parkir kenderaan di Kuala Lumpur International Airport (KLIA).
Seperti yang dapat dilihat, pengguna hanya perlu menaip nombor plat kenderaan lalu skrin akan memaparkan kedudukan kenderaan.
Bukan itu sahaja, alat tersebut juga turut menunjukkan tingkat dan lokasi dengan terperinci di mana tempat sebenar kenderaan itu berada.
Perkongsian tersebut mencuri perhatian ramai. Rata-rata warga maya turut teruja melihat kecanggihan sistem berkenaan. Malah ramai yang berharap teknologi itu turut diguna pakai di semua pusat membeli belah agar mudah untuk mengesan parkir kereta.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Korang masih ingat lagi tragedi pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 dan mengemparkan Malaysia dan seluruh dunia?
Foto : abc.net.au (Reuters: Edgar Su)
Pesawat malang yang membawa 239 penumpang dan anak kapal ini kembali trending di media sosial setelah seorang jurutera aeronautik Britain mendakwa mengetahui kedudukan sebenar pesawat itu.
Media antarabangsa melaporkan, Richard Godfrey mendakwa memperoleh koordinat tepat di mana pesawat MH370 Malaysia Airlines terhempas dan jatuh ke dasar selatan Lautan Hindi yang menyuntik harapan baharu salah satu misteri besar penerbangan diselesaikan.
One of the greatest aviation mysteries of all time may have been solved, with aerospace engineer Richard Godfrey telling us he’s “very confident” he has found where missing plane MH370 is located. pic.twitter.com/kajsK1TuG8
Beliau memberitahu telah menghabiskan lebih setahun membuat kajian dan ‘mengira’ di mana lokasi MH370 terhempas.
Godfrey mendakwa Boeing 777 itu terhempas ke Lautan Hindi 2,000 km barat Perth, Australia Barat dan kerja-kerja mencarinya sesuai dilakukan mulai tahun depan dan ditemui pada separuh kedua 2022.
Sumber: Malaysia Gazette
“Saya telah menggunakan teknologi pengesanan baharu dalam usaha menyelesaikan misteri ini. Penggunaan sistem isyarat radio bertindak seperti ‘tripwires’ telah membantu dalam usaha mencari pesawat yang terletak 13,000 kaki di bawah permukaan lautan.
“Lokasi nahas utama adalah di kaki Broken Ridge di kawasan dengan bentuk muka bumi yang sukar di bawah air,” dakwa laporan Godfrey.
Dengan menggunakan teknologi pengesanan revolusioner, Richard Godfrey percaya pesawat jenis Boeing 777 yang dijadualkan mendarat di Beijing, China telah terhempas ke Lautan Hindi 2,000km di bahagian barat Perth, Australia, lapor BCC.
Pesawat MH370 dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 orang. Sejak itu, pesawat jenis Boeing 777 berkenaan tidak dapat dikesan.
Al- Fatihah kepada semua mangsa MH370.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi kebanyakan mualaf, memeluk agama Islam, walaupun indah, mereka selalunya akan mendapat tentangan yang hebat daripada kalangan keluarga lebih-lebih lagi dari kedua-dua orang tua.
Beruntung pemuda ini, selepas lapan tahun jatuh cinta dalam diam terhadap Islam, malah kerap mengalami mimpi ditauliahkan sebagai penceramah agama dan menjejakkan kaki ke Mekah membuatkan pemuda cina ini nekad memeluk Islam.
Mohd Dylan Yap Abdullah telah melafazkan dua kalimah syahadah pada 14 Mei tahun lalu kini sedang mendalami Islam di Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP), Pengkalan Chepa.
Memetik laporan BH, beliau tertarik terhadap Islam ketika belajar di sekolah mengengah dan seorang rakaanya pernah menghadiahkan sebuah buku mengenai kisah 25 rasul.
“Dalam buku itu ada dinyatakan mengenai peraturan dalam Islam, solat lima waktu dan segala yang baik mengenai Islam. Namun ketika itu pemahaman saya masih belum jelas dan tiada sesiapa yang boleh dirujuk sehingga tahun lalu saya diberi petunjuk oleh Allah melalui mimpi yang sama selama empat bulan membuatkan saya nekad memeluk Islam,” katanya.
Tidak semua perkara baharu yang kita lakukan diterima orang sekeliling. Begitu juga apa yang menimpa Mohd Dylan kerana tahun ini merupakan tahun pertama beliau meraikan sambutan Tahun Baharu Cina tanpa keluarga di sisi.
Hasratnya memeluk Islam mendapat tentangan hebat daripada keluarga terutama ibunya, malah mereka belum mengetahui Mohd Dylan benar-benar sudah menjadi mualaf.
Mohd Dylan turut berasa sedih kerana layanan tunangnya tidak semesra dahulu apabila bertukar agama. Meskipun ramai dalam ahli keluarganya tidak bersetuju, tetapi ibu saudaranya merestui tindakannya, malah menasihati agar memilih wanita yang baik dan berakhlak mulia untuk dijadikan isteri suatu hari nanti.
“Saya juga berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Jordan suatu hari nanti dan jika diberi peluang, ingin berkhidmat di mana-mana institusi agama Islam,” katanya.
Sumber: Berita Harian dan Youtube
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi perkahwinan Taylor Swift dan Travis Kelce di Madison Square Garden mencetuskan perhatian dunia hiburan dengan majlis dua hari yang dikatakan sangat eksklusif dan mewah.