Wanita yang merupakan dietitian itu berkongsi kisah seorang pesakit umur 30-an yang menghidap penyakit dialisis.
“Dengan rendah diri, saya nak mohon maaf andai cerita ini tidak disenangi oleh mana mana founder slimming product yang berasaskan coffee shakes/drink” tulisnya.
Menerusi perkongsian tersebut, pakar nutrisi tersebut menceritakan kisah seorang pesakit wanita yang telah mengambil kopi kurus sejak 2022 dan telah mengakibatkan beratnya turun sehingga 20kg.
Namun pada tahun 2024, pesakit itu tiba-tiba melaporkan kondisinya yang sering rasa tidak larat dan lemah.
Ads
Dia kemudian pergi ke hospital untuk membuat check-up dengan lebih teliti bersama pakar.
Alangkah terkejutnya pesakit tersebut apabila diisytiharkan bahawa tahap penapisan buah pinggangnya terlalu rendah iaitu pada kadar 40 saja. (Normal GFR 90 dan lebih)
“Bermula dari titik itu, kesihatan sentiasa on-off.
Ads
“Sehingga lah beliau pitam. Dan terus dikejarkan ke ED. Setelah mendapat keputusan darah, egfr (3) Creatinine 1700″ tulisnya.
Terpaksa menjalani dialisis, wanita itu juga menasihati supaya orang ramai tidak mengambil jalan pintas jika ingin mengurangkan berat badan.
“Jangan cuba untuk bagitau saya produk anda ada di iktiraf KKM. Tolonglah jangan, itu sekadar notifikasi KKM utk pastikan anda berdaftar sahaja.
Ads
“Saya tidak mahu salahkan sesiapa, risiko terletak pada tangan anda sendiri.
“Nak cuba, cubalah. Tapi beringat sebelum kena. Dapatkan nasihat pakar,” tulisnya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Masalah keputihan bukanlah sesuatu yang ‘pelik’ bagi seorang wanita, cuma ia perlu dipastikan sama ada keputihan itu normal atau tidak. Keputihan adalah lelehan air daripada vagina yang berwarna putih atau pun kuning.
Menurut The Diagnosa, ada sesetengah wanita tidak mampu membezakan diantara keputihan yang normal atau tidak kerana menganggap ia sebagai perkara normal, terutamanya jika berlaku sebelum datangnya haid.
Keputihan normal
Apabila seorang wanita itu hampir dengan tarikh datang bulan lendir yang terhasil akan lebih likat serta putih dan selalunya dikaitkan dengan hormon estrogen. Ia berfungsi untuk memelihara bakteria baik didalam vagina dengan mengekalkan pH dan nutrient yang ada.
Untuk masalah ini, ia tidak akan menyebabkan kegatalan ataupun kemerahan pada bahagian vagina dan tidak akan mengeluarkan bau yang tidak enak.
Keputihan tidak normal @ disebabkan jangkitan kuman
Selalunya akan menghasilkan cecair putih yang lebih likat. Kadangkala, ia boleh menjadi warna hijau dan berbau busuk. Berlalu kegatalan pada kawasan vagina disebabkan bakteria tersebut menghasilkan kompaun yang menyebabkan iritasi dan keradangan dikawasan tersebut.
Oleh yang demikian, sekiranya korang mengalami masalah keputihan tidak normal ini, dapatkan nasihat daripada doktor untuk diberi rawatan yang selanjutnya.
Faktor risiko
1. Hormon
Hormon estrogen merupakan salah satu hormone yang boleh menyebabkan keputihan. Apabila estrogen meningkat, terutamanya ketika haid semakin dekat atau ketika mengandung, seseorang wanita itu akan mengalami keputihan. Namun begitu, keputihan jenis ini selalunya adalah normal.
2. Masalah sistem imun
Individu yang mengalami masalah pada sistem imun akan memudahkan jangkitan kuman berlaku dibahagian faraj. Terutamanya bagi pesakit kencing manis atau jangkitan HIV. Pesakit akan mudah terdedah kepada jangkitan kuman dibahagian vagina yang menyebabkan keputihan.
3. Kebersihan
Alat sulit perlu dibasuh dan dikeringkan agar tidak mendapat jangkitan kuman membiak pada kawasan tersebut. Perbuatan meruang, iaitu membersihkan bahagian dalam vagina sama ada menggunakan tangan atau apa-apa alat adalah tidak digalakkan kerana ia akan mengganggu bakteria baik dalam saluran tersebut.
4. Aktiviti seks yang aktif
Individu yang sentiasa melakukan seks dengan pasangan berlainan mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami jangkitan kuman dikawasan tersebut. Ia juga boleh menyebabkan penyakit berjangkit yang lain seperti HIV, siflis dan gonorrhea.
Rawatan
Rawatan akan diberikan bergantung kepada punca kuman tersebut dan juga status pesakit sama ada dara atau pun sudah berkahwin.
1. Candida albicans
Pesakit yang didapati mendapat jangkitan candida selalunya akan diberi ubat anti-fungal. Bagi pesakit yang sudah kahwin, clotrimazole pessary adalah salah satu ubat yang digunakan iaitu ubat yang dimasukkan ke dalam faraj sebelum waktu tidur. Ia dapat membunuh kulat (candida) dikawasan tersebut.
Tetapi, sekiranya individu itu masih dara, penggunaan ubat makan fluconazole boleh diberikan kepada pesakit.
2. Gardnerella vaginalis dan Trichomonas
Bagi jangkitan kuman ini pula, pesakit akan diberi ubat antibiotik metronidazole untuk membunuh bakteria tersebut.
Nah, kalau sebelum ini korang mengalami masalah keputihan, diharap informasi ini dapat memberi sedikit pencerahan buat korang semua.
Ingat, jika korang mengalami masalah keputihan yang serius, segeralah berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Zaman serba moden ini semua benda nak dikongsikan di media sosial tanpa menghiraukan perasaan orang lain.
Kalu korang ingat, baru-baru ini kecoh di media sosial apabila instafamous dan usahawan muda memuat naik di laman sosial merakam perjalanan ke kediaman Loh serta proses pengebumian sahabatnya itu.
Hal ini juga mendapat kecaman hebat daripada warganet, terbaru Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut menjelaskan tentang hukum merakam video orang yang telah meninggal dunia.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti penjelasannya seperti berikut:
Soalan
Assalamualaikum, saya ingin bertanya bolehkan saya menyebar video orang yang telah meninggal dunia yang telah saya rakam bagi tujuan kenang-kenangan dan dikongsikan di dalam media sosial.
Ringkasan Jawapan
Tidak sepatutnya bagi seseorang muslim itu menyebar video atau gambar si mati di dalam media sosial atau kepada masyarakat umum. Ini kerana ia bertentangan dengan etika dan akhlak bagi seorang muslim. Selain itu, perbuatan itu juga boleh mengundangkan kepada fitnah dan perasaan tidak selesa terhadap keluarga si mati. Bahkan ia juga perlu dihentikan daripada terus tersebar dengan kadar segera.
Huraian Jawapan
Waalaikumussalam. Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Jadi selepas penjelasan daripada Mufti Wilayah Persekutuan ini tak ada la korang buat buat lagi kesilapan ini ye! Ingat perasaan orang lain, jangan nak fikir content je!!!
Seperti yang sedia maklum, mulai hari ini semua rakyat yang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (2.0) dibenarkan ‘dine in’ di kedai makan atau restoran namun hanya terhad kepada dua orang sahaja untuk satu meja.
Sumber Gambar : BERNAMA
Paling penting, pengamalan penjarakan sosial 1 meter harus diutamakan dan SOP patut wajib diamalkan menerusi sidang khas Majlis Keselamatan Negara yang dikendalikan oleh Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob semalam.
Salah satu SOP yang wajib dilaksanakan ialah scan aplikasi MySejahtera. Terbaru, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengumumkan yang mana penggunaan aplikasi MySejahtera adalah diwajibkan untuk semua premis di lokasi dengan capaian internet luas.
MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.
Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.
Sebelum ini, terdapat sejumlah premis yang menyediakan kemudahan untuk orang ramai mencatatkan nama dan informasi secara manual pada buku. Namun, terdapat beberapa pengguna yang memberikan maklumat palsu dan kurang tepat ketika memasuki premis dengan mencatat pada buku.
Apa pun, untuk lokasi dikawasan pedalaman dengan capaian internet rendah, pengecualian diberikan dan pengguna boleh mencatatkan nama pada buku secara manual.
Sama-sama kita menangani gejala COVID-19 dan sentiasa mengamalkan penjarakan sosial bagi memastikan penularan tidak terus berlaku.