Tiada Harta Tapi Sulaiman Al Rajhi Dinobat Jutawan Islam Yang Kaya Dunia Dan Akhirat

Share

” bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah-limpa, akan tetapi kekayaan (yang sebenar-benarnya) ialah kaya jiwa.

Mungkin korang tidak berapa mengenali figura Sheikh Sulaiman Abdulaziz Al Rajhi. Kalau nak tahu, beliau adalah insan hebat yang merupakan pemilik kepada rangkaian bank al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia.

Pada tahun 2011, Forbes mengumumkan kekayaan yang dimiliki ahli perniagaan ini memiliki sebanyak $7.7 bilion menjadikan beliau tersenarai sebagai individu ke-169 terkaya di dunia.

Namun, beliau yang lebih dikenali dengan nama Sulaiman Al Rajhi kini digelar jutawan tanpa wang sejak 2012 selepas menyerahkan segala harta yang dimiliki kepada anak-anaknya dan juga projek-projek wakaf. Pada tahun 2012 juga beliau menerima anugerah King Faisal International Prize atas sumbangan separuh daripada kekayaannya untuk bantuan kerja kebajikan.

Pernah jatuh sebanyak dua kali, Sulaiman memilih untuk menjadi ‘miskin’ pada kali ke-3 demi ketenangan dirinya. Beliau menyerahkan harta kepada anak-anaknya bagi mengelakkan berlakunya perebutan kuasa dan harta yang mana baginya hanya akan merugikan semua pihak; syarikat, masyarakat dan negara.

Sedar pada zamannya tiada bank Islam, beliau berusaha menubuhkan Al Rajhi Bank dengan bantuan dan sokongan daripada mufti besar, Sheikh Abdul Aziz bin Baz dan abangnya, Sheikh Saleh Abdul Aziz Al Rajhi.

Sulaiman juga membina universiti bukan untuk mengaut keuntungan (non-profit university), Sulaiman Al Rajhi University di kawasan perkampungannya dengan fokus pengajian kepada bidang kesihatan dan perbankan Islam.

Tidak datang daripada keluarga yang berada dan bukan berketurunan raja, Sulaiman merasakan dirinya hanya penjaga bagi keseluruhan harta kekayaan yang dimiliki Allah SWT.

“Bagaimana anda boleh memuaskan nafsu lapar anda sedangkan jiran anda menghabiskan malam mereka dalam keadaan kelaparan?”

Jadi, apa lagi alasan untuk kita gagal berubah kerana orang kaya bukan terus-terus lahir sebagai orang kaya. Usaha mesti lebih!

IKLAN