Teringat balik waktu zaman persekolahan dulu, lagi-lagi bagi mereka yang menetap di sekolah berasrama. Siapa yang pernah duduk asrama mesti tahu macam mana kehidupan di sana kan?
Isu hilang barang ni memang dah jadi perkara biasa untuk mereka. Biasalah, bila hidup jauh daripada keluarga, nak tak nak kena belajar berdikari. Kalau setakat barang-barang harian yang digunakan di asrama tu dah jadi macam satu lumrah untuk student.
Jom semak beberapa senarai barang yang selalunya hilang waktu tinggal di asrama dulu.
1. Stoking
Nampak macam remeh, tapi tak dinafikan stoking sekolah memang selalu hilang di asrama dulu. Sebab dah penat balik dari kelas, kadang tu main campak-campak je stoking ntah ke mana.
Sudahnya, time hujung minggu kemas dorm, bila ditanya stoking siapa ni? Tak ada seorang yang mengaku. Buang ke tong sampah je la dan terpaksa beli stoking lain pula.
2. Anak tudung
Kalau zaman sekolah dulu, kebanyakan student pakai anak tudung putih yang macam dalam gambar tu. Sekarang ni dah macam-macam design anak tudung ada. Tapi paling rare bila ‘selekop’ putih ni hilang atau tertukar dengan student lain.
Ads
Nak main pakai geli pula kalau tersalah ambil. Maknanya hujung bulan balik rumah suruh mak beli yang baru je laa..
3. Brooch
Jangan kata budak asrama, hilang brooch ni memang masalah besar buat rata-rata perempuan berhijab. Sebab kan brooch tu kecil sangat, so mudah la tercicir dan salah letak. Beli 10 pun tak sampai sebulan dah lesap.
4. Hanger
Ads
Bila jemur pakaian di ampaian, pantang leka sikit tinggalkan hanger, habis dikebas oleh student lain. Hanger pun antara yang ‘most wanted’ di asrama. Hati-hati gaiss..
5. Pakaian dalam
Siapa kata pakaian dalam tak ada orang nak curi? Nak kata tertukar tu tak mungkin juga sebab saiz bukan sama pun. So, kalau ada masalah hilang pakaian dalam, motifnya masih belum disiasat. Hiks!
6. Sepit baju
Ads
Sama seperti hanger, sepit baju juga antara yang selalu sangat ‘disedekahkan’ pada student lain. Bukanlah nak berkira kalau mereka nak guna,tapi confirm la kalau dah bagi pinjam kita tak akan dapat balik penyepit baju tu.
7. T-shirt putih
Ada sesetengah sekolah asrama yang mewajibkan pemakaian t-shirt putih. Jadi, kalau nak jemur tu mesti kena tulis nama siap-siap. Kalau tak, memang hilang la jawabnya. Sedih!
8. Baldi
Balik daripada bilik air, kalau tertinggal baldi dalam toilet, kebarangkalian untuk korang dapatkan semula baldi tu agak tipis. Ya, kadang-kadang orang nak pinjam je tak berniat pun nak curi, tapi tu istilah pinjam tu macam korang terpaksa redha juga la sekirangnya si peminjam tak pulangkan semula.
Macam mana pula dengan pengalaman korang? Barang apa lagi yang selalu hilang selain daripada apa yang kami nyatakan ini.
Ce citer, ce citer..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengorbanan seorang ibu tidak dapat diukur dan dibalas biar dengan segunung intan permata andai dihamparkan sekalipun. Itulah besarnya perumpamaan jasa seorang ibu dalam membesarkan anak-anaknya.
Seorang ibu pula amat bertuah jika anak yang dibesarkan tidak mengabaikannya dan sentiasa meletakkan dirinya sebagai perkara utama di dalam kehidupan.
Itulah yang boleh digambarkan dengan kehebatan kasih sayang pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat terhadap ibunya. Baru-baru ini menerusi satu hantaran di laman Instagram, Ayda ada memuat naik momen dia menghadiahkan sebuah rumah kepada ibunya.
Ayda bersama ibunya. Sumber Gambar: Instagram Ayda Jebat
Seperti yang disampaikan menerusi hantaran itu, “Bismillahirrahmanirrahim. Syukur alhamdulillah. Allah makbulkan doa saya. Rezeki dapat hadiahkan mama sebuah rumah.
Saya bagitau Nabil, ada benda saya kena capai sebelum saya kahwin. Inilah antaranya. Buat mama saya bahagia sebelum saya bahagiakan orang lain. Lega hati ni ya Allah.
Saya doakan semua dapat bahagiakan orang tua anda bukan saja dari harta benda, malahan banyak benda lain anda boleh berbakti untuk mereka. Semoga tercapai. Insyaallah..
Mama selalu call pesan ‘Kakak jangan kerja kuat sangat, kena rehat jugak.’ Ma, kerja keras saya tak sekuat pengorbanan mama jaga saya & adik-adik. I love you. I will always take care of you, walaupun saya dah kahwin nanti. Always and forever.”
Ayda mula menceburkan diri di dalam dunia seni apabila terpilih menjadi salah seorang peserta Akademi Fantasia musim ke-9. Kemudian Namanya semakin dikenali sebagai seorang pelakon dan kemudian mengukuhkan kedudukannya di dalam industry seni menerusi lagu-lagu juara carta seperti Pencuri Hati dan Temberang.
Ayda juga pernah beberapa kali menghiasi muka hadapan majalah Remaja sebelum ini.
Ayda Menghiasi Muka Hadapan Majalah Remaja Edisi Mac 2015.Ayda Bersama Harris Baba Menghiasi Muka Hadapan Majalah Remaja Edisi April 2016.
Semoga semakin murah rezeki Ayda selepas ini.
***P/S- Untuk remaja di luar sana, sentiasalah semat di dalam hati. Sikap mengutamakan ibu bapa dan membahagiakan mereka merupakan salah satu punca keberkatan di dalam hidup kita. Jika sudah bekerja kongsi sedikit rezeki bersama mereka, jika masih di sekolah atau universiti, rajin-rajinkan tangan menolong meringankan penat mereka dengan cara mengemas rumah atau pun bahagiakan mereka menerusi keputusan peperiksaan yang cemerlang.
Sumber: Instagram Ayda Jebat
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penolong Pengarang Berita Hiburan Berita Harian (BH), Raja Nurfatimah Mawar Mohamed menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Sungai Long, Kajang pada hari Ahad selepas mengadu sakit dan sukar bernafas.
Allahyarham, 49 dibawa ke Hospital Kajang selepas meninggal dunia kira-kira jam 2 petang untuk proses bedah siasat dan dijangka akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Kuala Terengganu, Terengganu untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Haji Kadir Pasir Panjang.
Pemergian Allahyarham cukup dirasai dalam kalangan warga dunia kewartawanan tempatan yang pernah bekerjasama dengan beliau yang memiliki lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang tersebut.
Raja Nurfatimah Mawar Mohamed
Memulakan kerjaya sebagai seorang wartawan sambilan Berita Harian di Biro BH Kuala Terengganu ketika berusia 18 tahun, beliau kemudiannya meneruskan minatnya apabila menerima tawaran sebagai wartawan Harian Metro.
Sepanjang lebih 30 tahun berkhidmat dalam dunia kewartawanan, Allahyarham pernah bertugas di bawah unit-unit berbeza termasukalh unit berita, jenayah dan hiburan di Harian Metro serta Berita Harian.
Namun, rata-rata mengenali Allahyarham secara lebih dekat apabila beliau berkhidmat sebagai seorang wartawan hiburan di mana banyak temubual eksklusif berjaya direalisasikan di bawah penyelarasan beliau.
Antaranya termasuklah temubual bersama sahabat rapatnya yang juga merupakan Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini dan temubual mengenai penderitaan penyanyi veteran, Sahara Yaacob yang mengejutkan peminat tempatan.
Allahyarham juga merupakan salah seorang figura yang bertanggungjawab dalam menjayakan acara Anugerah Bintang Popular (ABP) Berita Harian yang cukup dinanti-nantikan pada setiap edisi.
Berbekalkan minat dan dedikasi beliau terhadap dunia kewartawanan, Allahyarham menempa kejayaan di Anugerah Kecemerlangan Industri Filem Malaysia (AKIFMA) 2017 apabila membawa pulang Anugerah Penulis Pojok Terbaik. Ia dimenanginya menerusi artikel dalam ruangan Desas Desus akhbar Berita Harian berjudul Beginikah Perilaku Penggiat Seni.
Bintang jelita, Nora Danish meraih perhatian warganet apabila tampil sopan mengenakan hijab menerusi perkongsian terbaharunya di entri Instagram.
Dalam hantaran tersebut, pelakon filem popular Bencinta itu memuat naik beberapa keping foto yang memaparkan dia dan keluarga kecilnya sedang berswafoto bersama di dalam kereta. Lebih manis lagi, Nora dilihat ayu menyarungkan hijab berona putih.
“Pagi yang sangat bermakna, buat kami sekeluarga. Bismillah,” coretnya ringkas.
Sempat Remaja menjengah di ruangan komen, rata-rata peminatnya dan rakan artis tidak terlepas peluang memuji kecantikan aktres berkenaan.
Ruangan itu juga, ramai yang meniupkan doa buat pelakon berusia 41 tahun itu agar terbuka hati dan istiqamah untuk terus mengenakan hijab selepas ini.
“Semoga Nora kan terus kekal berhijab. Cantik sangat,” komen seorang peminatnya.
“Semoga istiqamah berhijab… Allah, cantik sangat,” komen juga peminat lain.
“MasyaAllah lawa kak Nora pakai tudung. Semoga diberikan kesempatan menutup aurat,” tulis juga pengikutnya lain.
“Nora please… please stay selamanya berhijab. Alhamdulillah, cantik sangat-sangat,” komen seorang pengikutnya.
Menerusi IG Story, pelakon drama popular Puteri itu juga ada memuat naik beberapa foto yang memperlihat dirinya berrhijab dalam persalinan serba putih. Difahamkan, Nora dan keluarga menghadiri sebuah majlis pernikahan ahli keluarga terdekat, pagi tadi.
Spekulasi hubungan mereka mungkin sering menjadi perhatian, namun kali ini Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil dengan momen yang lebih santai dan mencuit hati...