
Tak dinafikan satu ketika dulu, medium pengiklanan televisyen antara yang mudah untuk mendapat perhatian masyarakat.
Tapi yang bestnya kami rasa sampai sekarang pun memang orang sangat tertarik dengan iklan TV, lagi-lagi iklan yang rare dan kreatif.
Korang boleh tunggu bila tiba waktu perayaan, confirm keluar macam-macam jenis iklan yang mengusik emosi dan membuatkan iklan tu stuck dalam kepala korang sehingga bertahun-tahun.
Hebatkan pengaruh iklan TV ni rupanya.
Just nak bagi throwback sikit, iklan-iklan dulu pun tak kurang impaknya kepada generasi kita. Tak tahu la sama ada korang dah lahir ke belum, just fyi iklan zaman dulu pun best tau. Sampai korang pun boleh hafal lagu-lagu iklan tu. Hiks!
Jom kita recap sikit..
1. Perencah nasi goreng Adabi
2. Ubat batuk cap ibu & anak
3. Trojan pekasa
4. Nano nano
5. Keropok Mony
6. Gardenia
7. Sabun Axion
8. Eno
9. Maggi
10. Ridsect
11. Minyak Cap Kapak
12. Milo
13. Sup bunjut
Amacam, legend je tau yang tahu iklan-iklan ni. Hehe..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gagal Diploma Dan Degree, Tak Halang Pemuda Disleksia Tamatkan PhD Hingga Bergelar Jurutera

Kekurangan bukan satu alasan, tapi merupakan pemangkin untuk kita terus berjaya.
Mereka yang mempunyai disleksia bukannya menghadapi kecacatan. Buktinya ramai je orang-orang yang terkenal dan berjaya juga mempunyai disleksia. Antaranya Albert Einstein, Tom Cruise dan Steve Jobs.

Setiap mereka yang menghidap disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan penghidap yang lain.
Disleksia merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Selalunya masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, serta mengira.

Oleh itu disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.
Memandangkan bulan oktober merupakan bulan kesedaran Disleksia, seorang jurutera dan juga hidap disleksia terpanggil untuk berkongsi kisah yang dilaluinya sehingga berjaya. Kisah inspirasi yang sangat menarik oleh Dr Syahid Fawzal atau lebih mesra dikenali sebagai Dr Aid Fawzal sebagai seorang dyslexia.

Walaupun mengalami kesukaran pembelajaran dan pernah gagal berkali-kali, beliau memiliki keazaman yang tinggi dan berjaya menamatkan PhD sehingga bergelar jurutera!
Jom baca kisah beliau selanjutnya.
Kesedaran Mengenai Dyslexia========================Bulan ini (Oktober) adalah bulan kesedaran dyslexia. Sebagai…
Posted by Dr Aid Fawzal on Thursday, 1 October 2020
Sempat berkongsi cara atasi kelemahan dan menguruskan Dileksia
Saya sendiri mempunyai masalah membaca, menulis & mengira.
1) Bila membaca: Sampai hari ini, saya sukar untuk membaca teks dengan lantang (out loud) dan jika baca, saya akan terlompat² baris dan tertinggal perkataan serta terkedek².
2) Bila menulis: Tulisan saya caca-merba, senget benget, salah ejaan, terlupa ejaan, typo dll.
3) Mengira pula: Tak mampu congak dan terlalu lambat utk menjawab sifir.
Saya sedari kelemahan saya. Maka saya memaksa diri untuk perbaiki diri dan telah cuba melawan dengan kelebihan yang saya ada.
Apa Yang Patut Dilakukan?
1) Membaca
• Disebabkan saya lemah membaca secara normal, saya mencipta teknik bacaan sendiri. Dengan ini, saya dapat membaca sama seperti orang lain. (Saya kongsikan cara saya membaca literatur – buku, thesis, report, conference & journal publication melalui video di bawah)
• Kemahiran/skill membaca saya telah saya buktikan dengan berjaya melangkah kedepan sampai mempunyai, PhD Alhamdulillah.
2) Menulis
• Yang ini memang tak ada ubat melainkan berlatih, berlatih & berlatih.
• Hari ini, saya mampu menulis secara bersahaja.
3) Mengira
• Dengan kelemahan yang ada, saya pilih untuk membuat calculator sendiri menggunakan MS Excel dalam apa jua kiraan saya. Ini bagi mengelakkan saya membuat kesilapan.
• Dan sekarang, makanan harian saya datang daripada kiraan (simulasi) pergerakan gas, cecair & pepejal sebagai jurutera.
KEGAGALAN BUKANLAH SESUATU YANG SIA-SIA
Apa yang Allah berikan pada saya; kegagalan itu & ini adalah tidak sia-sia.
Ini membawa kepada sambungan ayat Al E Imran (pada bahagian ke 2 yg lalu) iaitu:
ٱلَّذِينَ يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَـٰمً۬ا وَقُعُودً۬ا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ وَيَتَفَڪَّرُونَ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَـٰذَا بَـٰطِلاً۬ سُبۡحَـٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ
“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.” – Al E Imran[3]:191
Jika anda gagal hari ini, bersangka baiklah dengan Allah. Kegagalan ni mcm persediaan utk kita ke depan dengan lebih baik.
Dengan siri kegagalan sebelum inilah saya dapat:
PhD yang ditaja sepenuhnya oleh syarikat UK,
Submit PhD dlm masa 3 tahun,
Cipta sistem penyejukan baharu (novel cooling system: rotor cooling technique),
Temui nombor tidak berdimensi baharu (new dimensionless number), dan
Dapat tawaran kerja industri sana-sini serata dunia.
TERUSLAH MELANGKAH, JANGAN PUTUS HARAPAN
Apa yang ingin sampaikan adalah:
Jika anda atau anak anda disahkan sebagai seorang dyslexia, jangan sedih2. Redho dan terus melangkah. Saya harap apa yang saya lalui ini dapat beri inspirasi buat anda.
Saya gagal (dismissed) diploma pertama, ulang lagi. Saya gagal (fallback) degree pula, buat lagi. Belajar, kerja & bermain sampai buat master & PhD (sebab janji pada Umi). Kalau saya boleh, kenapa tidak anda?
Pendidikan kita mengukur kebolehan membaca, menulis & mengira dan ketiga² ini adalah kelemahan utama seorang dyslexic. Jika anda atau anak anda dyslexia, cari minat & kebolehannya. Gunakan minat untuk melawan kekurangan.
Saya lemah membaca, tapi saya minat kereta/motor. Jadi bahan bacaan saya menjurus kearah minat saya.
Untuk ibu bapa yang mempunyai anak dyslexia, jangan putus harapan (hope) terhadap anak² anda. Insyaallah mereka akan berjaya nanti.
Selamat mengenali Dyslexia,
Dr Aid Fawzal
Middlesbrough UK
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua!
Sumber : Facebook dan Twitter.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gandingan Serasi ‘Tak Sempurna Mencintaimu’, Ada Apa-Apa Ke Aniq Suhair & Intan Najuwa?

Menerusi drama Tak Sempurna Mencintaimu yang baru saja melabuhkan tirai semalam, pelakon Intan Najuwa dan bakat baharu, Aniq Suhair mungkin melakonkan watak sebagai adik beradik, Siratul dan Safwan.
Begitupun, keserasian yang tercetus dalam babak-babak yang membabitkan mereka berdua telah mencuri tumpuan penonton yang merasakan mungkin ada sesuatu di antara gandingan tersebut di luar set.
Sumber Foto: Instagram @aniqshr.
Bukan mudah untuk mencetuskan chemistry sebegitu rupa biarpun ini merupakan kali pertama mereka dipertemukan di set penggambaran yang sama.
Eh, tak sengaja ter-speculate pula bulan puasa sekarang. Hiks!
Apapun, REMAJA dapatkan sendiri jawapan daripada empunya badan sekiranya ada sesuatu yang istimewakah di antara mereka berdua?
Katanya, “Kami hanya kawan macam biasa. Dekat set pun kami dah seperti adik-beradik. Masing-masing ‘masuk air’.
“Pada awal penggambaran, kami masih dalam sesi memperkenalkan diri. Namun bila sudah mendapat rentak watak yang dibawakan, (saya) mudah mendapatkan keserasian bersama Intan Najuwa.
“Dalam set nampak seperti adik-beradik, tapi di luar kami berdua ‘gila-gila’. Aniq pun selalu terkenang kembali kenangan kami semua shooting di Perlis selama empat bulan. Macam-macam yang kami lalui.
“Kalau diberi peluang untuk menyambung sekuel kepada drama ini, memang Aniq akan ambil tawaran itu,” kongsi finalis pencarian Hero Remaja 2020 ini semasa menjalani penggambaran bersama Nu Ideaktiv, baru-baru ini.
Aniq turut meluahkan rasa syukur apabila melihat respon penonton setia Tak Sempurna Mencintaimu terhadap watak Safwan yang dilakonkan. Tambahan pula, ini merupakan watak pertama yang memaksanya keluar dari zon selesa.
“Alhamdullilah, watak saya diterima oleh penonton. Aniq juga boleh nampak ada improvement dari segi teknik lakonan kerana saya berpeluang digandingkan oleh ramai pelakon veteran seperti Wan Maimunah, Lydiawati, Azza Elite serta Redza Rosli, Fendy Bakri dan Intan sendiri. Mereka banyak turunkan ilmu lakonan kepada Aniq dari semasa ke semasa,” kongsinya.
Dalam perkembangan lain, Aniq bakal muncul dalam dua buah telemovie sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri ini yang berjudul Dolla bersama grup Dolla dan Comel yang menceritakan tentang watak kucing.
Tonton temubual penuh REMAJA bersama Aniq Suhair di bawah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
#WayangRemaja: Menangi Tiket Tayangan Perdana Filem Bullet Train Lakonan Brad Pitt

Berita baik buat peminat pelakon kacak Brad Pitt, kami ingin memberikan korang peluang untuk menjadi yang terawal menonton filem terbaharu selebriti Hollywood ini yang berjudul Bullet Train arahan David Leitch.
Menampilkan pelakon-pelakon lain seperti Joey King, Aaron Taylor-Johnson, Brian Tyree Henry, Andrew Koji, Hiroyuki Sanada, Michael Shannon dan Benito A Martínez Ocasio, filem ini mengisahkan tentang seorang pembunuh upahan yang melaksanakan tugasan pertamanya selepas berehat dalam tempoh masa yang lama.
Dia menaiki kereta api Tokyo untuk mendapatkan semula beg bimbit misteri, namun mendapati dirinya bukanlah satu-satunya individu yang mencari beg tersebut. Dia terpaksa berlawan dengan sekumpulan pembunuh upahan yang lain untuk mendapatkan beg itu.

Bagaimana kesudahan filem ini? Nah, jangan lupa saksikan Bullet Train yang bakal ditayangkan pada 4 Ogos 2022 di seluruh pawagam tanah air.
Tapi, untuk pemenang bertuah #WayangRemaja, kami ingin berikan dua tiket tayangan perdana untuk menonton filem ini dengan lebih awal.
Tarikh: 3 Ogos 2022
Masa: 8.30 malam
Lokasi: GSC 1 Utama
Pemenang bertuah juga akan menerima merchandise daripada filem Hollywood ini termasuklah:
- 5 x BT Momoton Postcard Set
- 5 x BT Tote Bag
- 5 x BT Hand Sanitizer
- 10 x BT Bucket Hat

Caranya mudah sahaja, korang hanya perlu jawab soalan dibawah.
Penyertaan hanya dibuka kepada individu yang tinggal di Lembah Klang dan sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19. Pemenang bertuah akan diumumkan di DM instagram.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

