Masalah hilang pekerjaan bukan hanya kerana keadaan ekonomi yang tidak stabil. Tambahan lagi dengan penularan Covid-19 tentu saja syarikat terpaksa menukar strategi perniagaan masing-masing sehingga bakal menyebabkan lebih ramai pekerja yang dibuang.
Jika sebelum ini kite terkejut dengan penutupan beberapa syarikat pencetakan dan media. Kini tiba giliran AirAsia selepas industri pelancongan masih lagi tidak dapat dibuka.
Mempunyai sekitar 25,000 kakitangan seluruh dunia dengan 10,000 daripadanya adalah pekerja Malaysia, AirAsia terpaksa mengecilkan jumlah tenaga kerja dalam usaha membendung kos.
Menurut media Astro Awani yang didapati daripada sumber dalam syarikat, satu sesi townhall telah diadakan pagi tadi bersama beberapa unit utama di bawah AirAsia Berhad bagi memaklumkan keputusan tersebut.
Ads
Dikatakan keputusan tersebut sudah dicapai beberapa bulan namun ditunda kerana langkah pengecilan operasi dengan membuang tenaga kerja adalah pilihan terakhir syarikat.
Menurut sumber itu lagi, kakitangan yang terlibat dalam operasi pengecilan yang melibatkan semua bahagian tidak dimaklumkan berapa jumlahnya semasa sesi townhall tersebut akan dimaklumkan secara peribadi oleh pengurus masing-masing pada petang ini.
Dalam perkembangan terbaru, seramai 11 kru kabin daripada 1,900 kru, 172 juruterbang dan 50 jurutera dilaporkan telah dihentikan dan dijanjikan pampasan kepada semua yang terlibat.
Dalam pada itu, ramai yang meluahkan rasa sedih dengan perkhabaran tersebut di media sosial.
Ads
.
.
Ads
Daripada itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Riad Asmat memohon maaf kepada semua yang terlibat dan menegaskan syarikat tiada pilihan lain yang boleh diambil buat masa kini selain daripada melakukan penstrukturan semula organisasi.
10 Mac lalu, AirAsia dilaporkan terpaksa melaksanakan langkah mengurangkan gaji kakitangan sebagai langkah menangani kesan COVID-19 yang menjejaskan pendapatan syarikat. Sebagai langkah permulaan, pemotongan akan berjalan selama tiga bulan melibatkan semua pengurusan kanannya.
Langkah sama turut diambil Malaysia Aviation Group (MAG) yang merupakan syarikat induk kepada Malaysia Airlines, Firefly, MASwings, MAB kargo, AeroDarat Services, MAB Academy, Amal (perkhidmatan catar penerbangan umrah dan haji), MAB Engineering (perkhidmatan penyelenggaraan) dan pajakan pesawat.
Hm, boleh tahan mencabar juga masa hadapan kita ni, tapi ingatlah satu perkara yang rezeki semua di tangan Tuhan. Selagi kita berusaha dan yakin akan pertolonganNya, insyaAllah ada rezeki buat kita nanti.
Sumber: Astro Awani, Twitter
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ajal, maut ditanganNYa, siapa sangka gurauan berakhir dengan kematian.
Siapa sangka hanya kerana gurauan bersama rakan membawa padah apabila seorang remaja lelaki ditemukan maut dalam kebakaran di sebuah tandas awam di Bandar Puncak Alam petang tadi.
Menurut laporan hasil maklumat saksi dan dua rakan kepada mangsa, mereka bertiga dipercayai melepak dan bermain pemainan video di dalam tandas tersebut manakala mangsa sedang tidur di atas sofa di hadapan pintu tandas.
Norazam berkata rakan mangsa dipercayai telah menyalakan api di bawah sofa dengan niat untuk bergurau namun setelah asap tebal dan api semakin besar, dua rakan mangsa telah lari ke luar tandas.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan pada 2.35 petang dan apabila tiba di lokasi didapati api telah padam serta menemukan Muhamad Damin Mikhail Kansol, 16, yang rentung di tandas awam.
Foto Via FB Page Love Kuala Selangor
“Mangsa yang tersedar daripada tidur berada dalam keadaan separa sedar kemudian melarikan diri ke dalam tandas,” katanya.
“Bomba seterusnya mengeluarkan mangsa dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan. Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam kes positif COVID-19 di negara kita mencatatkan rekod apabila hanya dilaporkan mempunyai satu kes import sahaja. Namun begitu, rakyat diingatkan lagi supaya tidak berasa lega kerana jika kita tidak lebih berhati-hati, kemungkinan wabak ini akan terus menular.
Sumber: KKM
Dalam pada rakyat Malaysia meluahkan rasa syukur dan gembira kerana melihat pengurangan kes hari demi hari, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam sidang media semalam bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan lebih 1,400 individu masih ingkar untuk menjalani saringan kedua COVID-19 setelah tamat tempoh kuarantin kendiri di rumah.
Gambar hiasan
Oleh yang demikian, pihak KKM menggesa individu yang tidak melakukan ujian saringan kedua ini untuk melakukannya segera. Semua daripada mereka telah diambil maklumat ketika mula mendaftar di hari pertama kuarantin.
Pihak KKM telah pun melaksanakan swab hari pertama dan pada hari ke-13 mereka patut menjalankan swab. Hari ke-14 mereka patut datang ke klinik tetapi sebaliknya tidak hadir.
Justeru itu, kami berharap agar individu-individu tersebut menjalankan tanggungjawab besar ini demi membantu petugas barisan hadapan menangani kes ini dengan segera. Jangan pentingkan diri sendiri sehingga memudaratkan orang lain.
Besar betul pengaruh bintang kpop ini apabila ramai peminat yang terikut-ikut ingin memiliki wajah seperti mereka. Tidak dinafikan baik lelaki mahu pun perempuan, selebriti Korea mempunyai wajah serta kulit yang cantik. Maka, tidak hairanlah sekiranya ada yang sanggup berhabis puluhan ribu ringgit semata-mata ingin kelihatan seperti mereka.
Seperti yang dilakukan oleh seorang pemuda dari Vietnam ini, Tran Dang Phuoc Cuong mahu mengubah dirinya pada tahun 2009 bagi mengubah nasib keluarga selepas bapanya meninggal dunia dan ibunya bertarung nyawa di hospital akibat kemalangan.
Cuong kemudiannya menyambung pelajaran ke China dengan mengambil kursus bahasa Cina bagi meningkatkan peluang mencari pekerjaan. Dia mencari kerja sambilan sebagai penari di Shanghai tetapi telah ditolak gara-gara penampilannya yang tidak begitu segak.
Lelaki ini akhirnya bekerja sebagai pelayan restoran dan mula menyimpan wang untuk mengubah wajah dengan menjalani pembedahan plastik.
Pada tahun 2011, Cuong bergelut untuk pertama kalinya dalam menjalani pembedahan mengurangkan saiz hidung. Enam bulan kemudian, dia menjalani pembedahan untuk menukar bentuk dan memanjangkan hujung hidung.
Selama bertahun lamanya, pemuda ini membentuk semula bibirnya serta dagu dan menjalani pembedahan selama 12 jam untuk menurunkan tulang pipi, memotong tulang rahang, membentuk hidungnya semula dan akhirnya wajah Cuong berubah menjadi lain sehingga ada yang tidak mengenalinya lagi.
“Saya tidak akan melupakan sewaktu saya terbaring di atas meja bedah dengan cahaya lampu pembedahan di mata saya, bau antiseptik, anestetik, pembalut, dan muka saya bengkak dan tidak dapat dikenali. Ramai orang beranggapan bahawa melakukan pembedahan plastik boleh membuatkan mereka ‘ketagih’, tetapi, pada hakikatnya tiada siapa yang ketagih kesakitan,”jelasnya.
Namun, pemuda berusia 29 tahun ini tidak akan membiarkan kesakitan itu menghalang impiannya untuk mengubah penampilan. Dia tidaklah menyokong dan menyeru orang ramai untuk melakukan pembedahan plastik, namun dia menasihati untuk mempertimbangkannya bagi mereka yang ingin mengubah kehidupan dan keyakinan diri.
Tapi nampaknya hasil pembedahan yang dilakukan oleh Cuong ini benar-benar menjadi. Lihat sahaja perubahan pada wajah lelaki ini. Namun bagi yang beragama Islam, pembedahan plastik untuk mengubah penampilan diri adalah diharamkan okay.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.