
Drama Korea The World of The Married sekali lagi mencatatkan rekod apabila berjaya mendapat jumlah tontonan tertinggi yang pernah dicapai oleh mana-mana drama dalam sejarah rangkaian stesen TV di Korea.
Menurut laporan Nielsen Korea, episod terbaru drama hit ini mendapat penilaian purata sebanyak 24.33% di seluruh negara, sekali gus memecahkan rekod sebelumnya sebanyak 23.78%, yang pernah dicapai dalam episod akhir drama JTBC pada tahun lalu, iaitu Sky Castle.

Satu-satunya rangkaian TV yang pernah mendapat penarafan lebih tinggi daripada drama The World of The Married adalah program realiti hit TV Chosun, ‘Mister Trot’ yang mencapai rating sebanyak 35.7% pada bulan Mac lalu.
BACA: 10 Drama Korea Terbaru Yang Akan Ditayangkan Sepanjang Bulan Mei
Dengan hanya berbaki empat episod terakhir, adakah The World of The Married mampu memecahkan rekodnya sendiri dengan mendapat rating yang lebih tinggi dalam dua minggu terakhir ini?

Sama-sama kita nantikan. Kami pun dah tak sabar nak lihat apa kesudahan drama ‘berhantu’ ini. Hiks!
Sumber: Soompi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anak Gadis Natasha Hudson Tarik Perhatian, Macam Kakak Adik Je!

Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, Natasha Hudson dan anaknya kelihatan seperti kakak dan adik sahaja. Bahkan, kedua-duanya tampak sebaya.
Itulah sebahagian daripada pujian yang diungkapkan oleh beberapa netizen setelah melihat gambar yang dikongsi oleh pelakon tersebut melalui media sosial miliknya
ARTIKEL BERKAITAN : Persis Kakak Dan Adik, Nana Mahazan Gembira Anak Gadis Mula Berhijab
Siapa sangka, kini anak perempuannya sudah membesar dan bertambah cantik. Sudah pasti, dia mewarisi kecantikan ibunya yang masih kelihatan anggun dan awet muda hingga kini.

Dalam perkongsian itu, Natasha ‘belanja’ follower dengan gambar bersama anak perempuannya, Neesa Helena yang merupakan anak sulung hasil perkahwinan terdahulunya dengan Datuk Shahrin Zahari.
Untuk pengetahuan, perkahwinan kedua tersebut hanya bertahan selama dua tahun sahaja. Selain Neesa, pelakon tersebut juga dikurniakan dua orang anak perempuan lagi daripada perkahwinannya yang ketiga, iaitu Naeema Kalila dan Fatimah.

Kedua-dua anaknya itu muncul dalam gambar untuk sebuah iklan produk kecantikan. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata memuji kecantikan anak dan ibu itu. Bahkan, ramai yang tidak menyangka, Natasha mempunyai anak perempuan yang sudah besar.
Biarpun sudah melewati usia 4o-an, namun wanita ini tetap cantik dan jelita tanpa kesan dimamah usia. Untuk indfo, Natasha kini juga baru lepas melahirkan bayi hasil perkahwinan bersama Muhammad Harits Jasmin atau lebih mesra disapa Jay Jasmin.
Untungkan Neesa Helena ada mak cantik!
BACA LAGI : Warisi Kecantikan Ibu, Anak Gadis Kajol Dan Ajay Devgan Semakin Matang
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ben Ladin Luah Rasa Kecewa 2 Adik Tak Bersekolah, Dedah Konflik Keluarga & Buat Laporan Polis

Penyanyi muda yang pernah mencipta fenomena menerusi lagu Hikayat Benladin, Ben Ladin sekali lagi menjadi perhatian warga internet apabila meluahkan rasa kecewa terhadap ibu bapanya yang didakwa mengabaikan tanggungjawab dalam mendidik dan membesarkan dua orang adiknya.
Menerusi beberapa perkongsian di Instastory, Ben atau nama sebenarnya Muhammad Benladen Munshi Shaihan (24) meluahkan rasa berang setelah mengetahui dua orang adiknya tidak bersekolah.

“Kereta aku tak pernah tuntut sebelum ini sebab fikirkan adik-adik nak sekolah. Tapi sampai hari ini aku baru dapat tahu… adik aku tak sekolah. Seorang dah 12 tahun, seorang lagi 8 tahun,” tulisnya.
Apa yang lebih mengejutkan, Ben turut mendakwa bahawa terdapat individu dalam keluarganya sanggup penipuan sehingga mencecah ratusan ribu ringgit serta tanggungjawab terhadap adik-adiknya langsung tak dijaga.
“Scam duit orang sampai beratus ribu. Adik aku tak sekolah. Belanja mewah boleh. Roadtax kereta mati, saman berlambak. Kereta hancur,” luahnya kecewa.

Dalam pada itu, Ben juga mendedahkan namanya sendiri telah digunakan untuk menipu orang ramai sehingga mengakibatkan beberapa pihak datang mencarinya untuk menuntut semula wang dan ganti rugi, walaupun tidak tahu-menahu langsung mengenai penipuan tersebut.
Sementara itu, disebabkan tidak tahan menanggung beban dan terus menerus menjadi mangsa kepada keluarga sendiri. Pelantun lagu ‘Angan’ ini telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut bagi melindungi dirinya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Zubir Khan Terima Anugerah Muhibbah – ” Kekurangan Bukanlah Halangan Selagi Kita Tidak Berhenti…”

Penyanyi dan komposer yang popular dengan lagu Tamil, Zubir Khan dianugerahkan Anugerah Muhibbah bagi bulan Ogos.
ARTIKEL BERKAITAN : Bangkit Dengan Lagu Tamil! Zubir Khan Pernah Sedih Sukar Dapat Kerja Sebab Tiada Tangan
Teruja dengan pengiktirafan itu, pemuda berketurunan Pakistan-Melayu ini menyifatkan anugerah tersebut sebagai satu kejutan yang menjadi pembakar semangat buat dirinya untuk terus berkarya.

“Saya hilang tangan kanan pada usia empat tahun dan keadaan itu membuatkan saya selalu berfikir kekurangan yang dimiliki akan menjadi penghalang untuk berjaya. Namun, akhirnya saya sedar kekurangan itu bukanlah halangan selagi kita tidak berhenti mencuba.
“… dan saya juga tidak pernah menjangkakan lagu-lagu nyanyian saya akan menjadi tular, dan seterusnya berjaya menyatupadukan rakyat Malaysia. Saya bersyukur kerana ini adalah anugerah pertama yang saya terima dan akan menjadi memori yang tidak dapat dilupakan,” katanya ketika ditemui selepas menerima anugerah itu, di sini pada Selasa
Anugerah Muhibbah dilancarkan pada tahun lepas hasil kerjasama Kelab Akhbar Kebangsaan Malaysia (NPC) dan penyedia platform penyelesaian perusahaan MACROKIOSK, bagi menghargai individu, kumpulan, atau organisasi yang telah menyumbang kepada semangat perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat.

Pelantun lagu Oh My Khadale itu menerima anugerah berkenaan daripada Exco NPC Kapten (B) Abdul Rahmat Omar Mohammed Hanif yang mewakili Presiden NPC Datuk Ahirudin Attan dan membawa pulang wang tunai RM2,000 serta sijil penghargaan.
Zubir Khan Terima Anugerah Muhibbah
Nama Zubir mula dikenali selepas menyanyikan lagu-lagu Tamil menerusi persembahan di majlis perkahwinan dan rakaman semula atau ‘cover version’ sejak 2018. Antara lagu bahasa Tamil ciptaan Zubir ialah Nenji Yenghutu, Marainthe Uyire, Soga Kathai, Per Yenne Solle dan Yennode Macha yang kesemua muzik videonya mencatat jutaan tontonan di YouTube.
“Saya juga bakal melancarkan single Deepavali Sudah Mari pada 26 Okt ini bersempena dengan sambutan Deepavali yang bakal tiba. Saya berharap dapat terus mencipta dan menyanyikan lagu-lagu baharu yang akan memberi inspirasi kepada orang lain untuk menghayati semangat muhibah dan hidup harmoni,” katanya yang menjadikan komposer dan penyanyi dari India, Anirudh Ravichander sebagai idola.
REMAJA : Tahniah Zubir atas kejayaan ini, moga lebih maju dan berjaya di masa akan datang!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : hmetro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

