Kesihatan

The Rock Dah Tak ‘Sado’? Penampilan Terbaru Buat Peminat Terkejut!

Share

Siapa yang tak kenal dengan Dwayne “The Rock” Johnson, aktor Hollywood yang selama ini cukup ikonik dengan tubuh sasa, otot padu dan gaya macho. Namun, penampilan terbarunya di Venice Film Festival 2025 benar-benar buat ramai terkejut!

Bukan lagi ‘sado’ seperti dulu, The Rock kini tampil dengan tubuh yang lebih ramping dan fit seperti seorang atlet. Ramai peminat tak sangka perubahan ini kerana selama ini imej The Rock memang sinonim dengan otot besar yang seakan mustahil untuk “hilang”.

Menurut laporan, bintang berusia 53 tahun itu berjaya menurunkan hampir 27 kilogram, daripada 136 kilogram kini menjadi sekitar 108 kilogram. Menariknya, transformasi ini dilakukan dengan cara yang sihat, penuh disiplin dan semangat tinggi.

Demi Watak Baharu Dalam Filem

Rupa-rupanya, perubahan drastik ini dibuat untuk memenuhi tuntutan watak dalam filem terbarunya, The Smashing Machine. Dalam filem tersebut, The Rock membawakan kisah hidup legenda MMA, Mark Kerr. Untuk lebih realistik, beliau sanggup mengorbankan imej ‘sado’ dan menggantikannya dengan tubuh yang lebih ringan serta atletik.

“Ini adalah transformasi yang ingin saya lakukan sejak dulu. Selepas sekian lama, saya berfikir apa lagi yang boleh saya lakukan? Bagaimana dengan penampilan dan arah saya? Saya mahu lakukan sesuatu yang lebih jauh, dan saya mendapatkannya,” katanya kepada The Hollywood Reporter

.

Jadi Inspirasi Untuk Remaja

Walaupun mengejutkan, perubahan The Rock sebenarnya memberi inspirasi kepada ramai, khususnya anak muda. Ia membuktikan bahawa penampilan fizikal boleh berubah mengikut keperluan dan tujuan, tetapi yang paling penting ialah disiplin, fokus dan keberanian untuk keluar daripada zon selesa.

The Rock yang terkenal dengan francais Fast & Furious sekali lagi menunjukkan profesionalismenya apabila sanggup mengubah gaya hidup demi filem. The Smashing Machine

dijangka akan ditayangkan pada Oktober ini, dan ramai peminat tak sabar untuk melihat bagaimana transformasi besar ini memberi impak kepada lakonannya.

BACA LAGI : ‘The Rock’ Lakukan Terapi Bekam, 4 Kebaikan Kaedah Ini Untuk Tubuh Badan

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana