Siapa yang tak kenal dengan Dwayne “The Rock” Johnson, aktor Hollywood yang selama ini cukup ikonik dengan tubuh sasa, otot padu dan gaya macho. Namun, penampilan terbarunya di Venice Film Festival 2025 benar-benar buat ramai terkejut!
Bukan lagi ‘sado’ seperti dulu, The Rock kini tampil dengan tubuh yang lebih ramping dan fit seperti seorang atlet. Ramai peminat tak sangka perubahan ini kerana selama ini imej The Rock memang sinonim dengan otot besar yang seakan mustahil untuk “hilang”.
Menurut laporan, bintang berusia 53 tahun itu berjaya menurunkan hampir 27 kilogram, daripada 136 kilogram kini menjadi sekitar 108 kilogram. Menariknya, transformasi ini dilakukan dengan cara yang sihat, penuh disiplin dan semangat tinggi.
Ads
Demi Watak Baharu Dalam Filem
Rupa-rupanya, perubahan drastik ini dibuat untuk memenuhi tuntutan watak dalam filem terbarunya, The Smashing Machine. Dalam filem tersebut, The Rock membawakan kisah hidup legenda MMA, Mark Kerr. Untuk lebih realistik, beliau sanggup mengorbankan imej ‘sado’ dan menggantikannya dengan tubuh yang lebih ringan serta atletik.
“Ini adalah transformasi yang ingin saya lakukan sejak dulu. Selepas sekian lama, saya berfikir apa lagi yang boleh saya lakukan? Bagaimana dengan penampilan dan arah saya? Saya mahu lakukan sesuatu yang lebih jauh, dan saya mendapatkannya,” katanya kepada The Hollywood Reporter.
Ads
Jadi Inspirasi Untuk Remaja
Walaupun mengejutkan, perubahan The Rock sebenarnya memberi inspirasi kepada ramai, khususnya anak muda. Ia membuktikan bahawa penampilan fizikal boleh berubah mengikut keperluan dan tujuan, tetapi yang paling penting ialah disiplin, fokus dan keberanian untuk keluar daripada zon selesa.
The Rock yang terkenal dengan francais Fast & Furious sekali lagi menunjukkan profesionalismenya apabila sanggup mengubah gaya hidup demi filem. The Smashing Machine dijangka akan ditayangkan pada Oktober ini, dan ramai peminat tak sabar untuk melihat bagaimana transformasi besar ini memberi impak kepada lakonannya.
Benarlah janji Allah sebagaimana disebutkan dalam satu hadis, orang yang menjaga dan membaca al-Quran itu akan dijaga dan dipelihara baik di dunia mahupun di akhirat.
Antara lain kelebihan orang yang hafaz al-Quran dirinya di tempatkan di syurga paling tinggi. Sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w dan Abdullah Bin Amru Bin AlAsh r.a. dari Nabi, beliau bersabda:
“Di akhirat nanti para ahli Al Quran diperintahkan, “Bacalah dan naiklah ke syurga. Dan bacalah Al Quran dengan tartil seperti engkau membacanya dengan tartil pada waktu di dunia. Tempat tinggal mu di syurga berdasarkan ayat paling akhir yang engkau baca.”
Antara lain hadis menyebut seseorang yang menghafal al-Quran merupakan bekal paling baik untuk dirinya. Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Jabir bin Nufair:
“Sesungguhnya kamu tidak akan kembali menghadap Allah dengan membawa sesuatu yang paling baik dari sesuatu yang berasal dariNya iaitu Al-Quran”.
Berdasarkan hadis-hadis di atas ternyata mereka yang hafaz al-Quran mempunyai banyak kelebihan.
Allah menjanjikan banyak kelebihan buat mereka yang hafaz al-Quran, antaranya dipilih menjadi imam solat kerana kelebihannya itu. Gambar hiasan semata
Pengalaman memandikan mayat seorang pelajar tahfiz muda berusia 19 tahun yang meninggal akibat HIV masih melekat kukuh dalam ingatan Pengurus Jenazah, Ustaz Mohamad Mandres bin Abdul Rahman, 42 tahun biarpun peristiwa itu berlaku sudah beberapa tahun.
Sebagai pengurus jenazah, apabila ada panggilan dari pihak hospital, biasanya dia akan melaksanakan tuntutan fardu kifayah itu seberapa segera tanpa mengira usia, siapa atau apa punca kematiannya.
“Suatu hari saya dipanggil bagi menguruskan mayat seorang lelaki muda. Ikutkan pada rekodnya, umurnya 19 tahun tetapi meninggal akibat HIV. Saya tak pasti bagaimana dia dijangkiti virus merbahaya ini dan saya pun tak bertanya kepada ahli keluarganya bagaimana penyakit berbahaya itu ada dalam jenazah ini. Tapi berdasarkan rekod tertera, itulah punca kematiannya sejak empat hari lalu,” katanya memulakan cerita.
Ustaz Mohammad berpengalaman lebih 26 tahun dalam soal pengurusan jenazah di Taman Batu Muda, Kepong
Kongsi Ustaz Mohamad lagi, apa yang ingin dia sampaikan ini adalah satu perkongsian khusus untuk anak muda memahami betapa Allah ingin menunjukkan barang siapa yang meletakkan al-Quran sebagai sebahagian kehidupannya maka Allah memelihara individu tersebut khusus hatinya yang akan sentiasa rasa gembira.
Dia sendiri hanya menyedari pemuda itu seorang hafiz apabila terlalu ramai ustaz-ustaz dan rakan taulan datang ke bilik mandi jenazah. Saat berbual-bual sebelum memulakan tugas itulah dia dimaklumkan pemuda berusia 19 tahun ini adalah pelajar dari maahad mereka.
“Bila memandikan jenazah begini, ada peraturan yang perlu saya ikuti. Biasanya sebelum dimandikan dengan air paip biasa, mayat perlu dimandikan dengan air klorok dahulu.
“Campurannya, satu botol klorok dan tiga baldi air. Biasa basuhan begini, kita akan mandikan pada awal mandian sebelum dimandikan air biasa. Di bilasan akhir nanti barulah dibasuh semula dengan air klorok itu sebelum membungkusnya dengan plastik kerana itulah prosedur hospital bagi mereka yang ada penyakit begini,”kongsinya.
Kebanyakan anak dididik menghafaz al-Quran dalam usia cukup muda, sedari kanak-kanak lagi. Gambar hiasan semataJenazah yang ada penyakti berjangkit seperti HIV biasanya akan dibungkus dalam plastik sebelum dikafankan menurut prosedur hospital. Gambar hiasan semata
Tambah Ustaz Mohammad lagi, mengikut kebiasaannya, apabila mayat sudah masuk hari ke empat, mayat akan mula mengeluarkan bau yang kurang enak, bahagian tubuh badan akan mula merekah tanda ingin pecah. Ditambah dengan penyakit dihidapinya, kebiasaannya tubuh akan kering dan mudah rosak. Kulit akan mudah tertanggal saat dimandi dan tubuh badan digosok.
“Tapi pada pemuda ini, sebaik air mencurah ke tubuhnya, aliran air itu berlalu begitu saja. Senang cakap umpama letak air ke daun keladi. Seakan tak tersentuh. Saya mula tergamam dan berfikir, betapa istimewanya jenazah ini.
“Air dilihat mengalir seolah-olah menyapa tubuhnya dengan lembut. Kulitnya juga masih baik dan tak tertanggal pun sebagaimana pengidap HIV yang lain. Saya mandikan dia dengan sabun biasa tapi bau pada tubuhnya lebih harum, umpama bau kasturi. Terlalu wangi yang saya sendiri tak pernah menciumnya.
“Teringat saya, apabila kita membaca al-Quran, meletakkan dalam dada kerana mampu memhafal ayat-ayat Allah ini (hafiz Al-Quran), maka Allah akan menjaga kita di dunia mahu pun di akhirat.
“Allah juga memudahkan semua urusan mandi jenazah itu. Pendek kata mudah uruskannya. Berbanding pengalaman lain memandikan mereka yang mengidap penyakit berbahaya itu, dapat saya simpulkan, walau mayatnya sudah empat hari, tapi seolah-olah arwah baru meninggal paginya,” katanya yang berkongsi cerita ini demi memberi sebuah pengajaran.
Tidak kiralah sebagaimana teruk perangai kita, sebanyak mana kita melakukan kejahatan atas kejahilan tapi andai dalam dada sudah kekal ayat-ayat al-quran, insya Allah, Allah akan menjaga dan memelihara individu itu di dunia lagi.
Waallahualam, semoga kisah ini dapat dijadikan pengajaran buat kita sebagai hamba Allah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Betulkan penulis jika tersalah. Tetapi ada rakan korang, ahli keluarga korang ataupun korang sendiri yang menggemari bau tertentu.
Contohnya seperti bau lavendar, bau pinewood daripada gedung perabot IKEA, bau halaman muka surat buku baru atau dalam kes ini, bau minuman Starbucks panas.
Iya, aroma minuman kopi daripada stor tersebut memang mudah untuk menusuk ke hidung. Lalu membuatkan orang di sekeliling terliur ingin merasainya.
Kini, seluruh kereta boleh berbau minuman Starbucks pada setiap hari! Hanya sangkutkan saja pewangi kereta edisi terhad ini di dalam kereta.
Semalam, Starbucks Malaysia telah mengumumkan produk edisi terhad ini di akaun media sosial mereka. Ia hadir dalam dua jenis aroma berlainan iaitu teh hijau (matcha) dan coklat.
Bagi korang yang berminat, dapatkannya di cawangan Starbucks pandu lalu pada harga RM25.
Korang juga boleh membelinya pada harga RM15 jika membeli minuman bersaiz Venti.
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malam ini, pentas Gegar Vaganza musim ketujuh akhirnya melabuhkan tirainya dengan kemenangan vokalis kumpulan Projek Pistol, Cliff Umar!
Saingan sengit nyata diberikan oleh semua peserta pada malam ini apabila masing-masing tampil dengan persembahan sebaik mungkin bagi merealisasikan peluang untuk bergelar juara. Namun, juara hanya boleh menjadi milik seorang peserta kecuali semasa Gegar Vaganza musim keenam dan rezeki berpihak kepada Cliff.
Untuk pengetahuan, saingan sengit Cliff iaitu Mus May bergelar Naib Juara manakala seorang lagi peserta ‘favourite’ iaitu Ayu Damit memperolehi tempat ketiga. Lain-lain kedudukan adalah seperti berikut; Noraniza Idris (Tempat ke-4), OkaLinda Nanuwil (Tempat ke-5), Oja (Tempat ke-6) dan Ashira (Tempat ke-7).
Dalam ucapan penghargaan Cliff setelah dinobatkan sebagai juara (dan – ahem – membuka pelitup muka), beliau mendedikasikan kejuaraan ini kepada semua pihak yang terlibat yang menjayakan Gegar Vaganza 7.
“This one (merujuk kepada trofi) doesn’t belong to me. This one belongs to everyone yang menjayakan show ini. Kepada production team, and to all my fellow artists who work so hard every week. It is my honour to be performing with them every week.
“Saya merupakan peminat Abang Mus, kak Ani dan semua orang di sini,” katanya dengan penuh teruja.