
Seorang pengguna TikTok tampil memuji sikap anak kedua usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya Datin Seri Shahida Mohd Rashid iaitu Qadejah El Zahra yang lebih mesra disapa Cess selepas terserempak dengannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Dalam video berkenaan, Cess dilihat tidak kekok melayan seorang adik perempuan yang berada di situ bersama Cik B, anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida.
Malah, Cess juga sempat memberi kata-kata semangat kepada adik tersebut sebelum menghadiahkan sejumlah wang serta memeluknya.
“Siapa kenal? @qadejah_terlajaklaris… baiknya Ya Allah. Anak yang baik, sopan santun, berbudi pekerti dan sangat humble.
“Bagus didikan dan ajaran Dato’ @aliffsyukriterlajaklaris dan Datin @shahidadherbs2. Subhanallah, Alhamdulillah, tahun 2026 Allah hadirkan semua insan yang baik-baik untuk keluarga kami Ya Allah,” tulisnya panjang dalam kapsyen video tersebut.
“The real orang kaya beradab tinggi, tak berlagak dengan harta di dunia,” komen seorang pengguna.
“(Kita seperti oyster, hanya insan terpilih saja boleh tengok oyster kita)… lovenya ayat ini,” tulis seorang lagi.
“Bagusnya cara dia mengajar adik itu,” kata seorang pengguna TikTok.
Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih lebih satu juta tontonan, sekitar 250 komen dan lebih 80,000 tanda suka di TikTok.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.