‘The Pocket Rocketman’ Raih Emas Buat Malaysia, Siap Catat Rekod Masa Baharu!

Share

Dinobatkan sebagai Raja Pecut Asia di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2020

Pelumba berusia 31 tahun yang terkenal dengan jolokan “The Pocket Rocketman” berada dalam kelas tersendiri apabila muncul sebagai Raja Pecut Asia hari ini.

Berita gembira ini turut di sampaikan beliau melalui laman instagram miliknya.

Kalau korang nak tahu, acara yang berlangsung di Korea Selatan bermula 17 hingga 21 Oktober di Velodrom Pusat Latihan kebangsaan Jingcheon ini menyaksikan kebangkitan beliau yang pada awalnya tewas pada pusingan pertama dan kembali menyinar dalam pusingan kedua sehingga mengheret kepada perlumbaan pusingan penentuan.

Jaguh berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang, berjaya menewaskan pelumba dari Jepun, Yuta Wakimoto dengan mata 2-1 dengan rekod masa 9.977 saat, iaitu yang keempat terpantas pada pusingan kelayakan selepas menghadiahkan pingat perak untuk negara dalam acara keirin lelaki individu pada Jumaat lalu.

Sempat berkongsi video perlumbaan terakhir (decider) ketika menentang Yuta Wakimoto yang memberikan kemenangan 2-1 kepadanya.

Dibanjiri Ucapan Tahniah

Untuk kategori junior pula, Ahmad Safwan Ahmad Nazeri juga terlepas dalam mencapai pingat gangsa selepas tewas kepada pelumba India, Rojit Singh Yanglem tetapi berjaya meletakkan diri dalam kelompok lima terbaik dengan rekod masa 10.560 saat di pusingan kelayakan.

Tahniah kami ucapkan buat atlet-atlet yang berjuang dan mengharumkan nama negara diperingkat antarabangsa. Syabas raja pecut Asia, Mohd Azizulhasni Awang!

 

IKLAN