Kecantikan

Dari Kaunter Dapur Ke Kulit Wajah! Jenama The Ordinary Percaya Kelebihan BERAS Untuk Lembapkan Kulit

Share

Kalau sebut mengenai produk penjagaan kulit wajah ataupun skincare, beras bukanlah bahan kandungan pertama yang kita bayangkan.

Oleh sebab itulah, produk terbaru yang diperkenalkan oleh The Ordinary ini mencipta satu kejutan; bukan hanya dalam kalangan pengguna tegar jenama tersebut tetapi juga untuk peminat dunia kecantikan.

The Ordinary baru-baru ini tampil dengan sesuatu yang lain daripada biasa menerusi pelancaran Rice Lipids + Ectoin Microemulsion.

Ia merupakan produk pelembap bersifat dan bertekstur ringan yang memastikan kulit wajah korang sentiasa mempunyai hidrasi yang cukup lebih-lebih lagi dalam pesekitaran cuaca di Malaysia yang panas.

Menariknya, formula ini menggunakan rice lipids daripada beras (ya, beras!) yang kaya dengan phytosterols. Fungsinya mudah – bagi membantu menguatkan skin barrier dan mengekalkan kelembapan supaya kulit tak cepat kering.

Skincare Game Changer? Pelembap Baru The Ordinary Janjikan Kulit Sihat Tanpa ‘Heavy Feel’

Digabungkan pula dengan minyak jojoba yang menyerupai minyak semula jadi kulit, ia membantu mengekalkan kelembapan tanpa meninggalkan rasa melekit atau berminyak. Oleh itu, kulit wajah korang terrasa selesa sepanjang hari tanpa tekstur berat atau melekit yang merimaskan.

Realitinya, ramai antara kita selalu berdepan dilema bila pilih pelembap.

Nak yang ringan, tapi risau tak cukup lembap. Nak yang rich, tapi takut kulit terasa tebal dan berminyak.

Di sinilah  The Ordinary Rice Lipids + Ectoin Microemulsion cuba menggabungkan kedua-dua keinginan pengguna itu dalam satu botol yang ideal. Formula ini menggabungkan bahan berasaskan air dan minyak untuk beri hidrasi sehingga 24 jam, tapi masih kekal ringan bila dipakai.

Ia turut diperkaya dengan Natural Moisturising Factors (NMFs) yang membantu tarik ‘menyimpan’ hidrasi secukupnya dalam kulit, serta ectoin yang dikenali mampu menenangkan kulit kering dan sensitif.

Gabungan ini bukan saja bantu kurangkan kehilangan kelembapan, malah menjadikan kulit terasa lebih halus dan sihat dengan penggunaan yang konsisten.

Bahan Dari Beras Rahsia Terbaru Daripada Dunia ‘Skincare’

Pendek kata, kalau korang sedang cari pelembap yang mudah digunakan tetapi efektif, The Ordinary Rice Lipids + Ectoin Microemulsion patut korang jadikan sebahagian daripada rutin penjagaan wajah korang.

Walaupun bukan ‘one-size-fits-all’, pelembap ini sesuai untuk mereka yang inginkan sesuatu yang praktikal, ringan teksturnya dan mudah menyerap.

Tambahan pula, penggunaan bahan beras dalam formulasi moden menunjukkan bagaimana bahan tradisional boleh diangkat ke tahap yang lebih tinggi dalam dunia kecantikan.

Ini menjadikan produk ini bukan sahaja unik, tetapi juga relevan untuk pengguna masa kini yang mahukan keseimbangan antara sains dan bahan semula jadi.

The Ordinary Rice Lipids + Ectoin Microemulsion kini boleh korang miliki daripada stor-stor The Ordinary di seluruh negara dan secara dalam talian pada harga RM88 (60ml) sahaja.

Jika korang mencari pelembap yang ringan tetapi berfungsi secara maksimum, ini mungkin jawapan yang selama ini korang cari dalam rutin skincare harian.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ