Kalau sebut mengenai produk penjagaan kulit wajah ataupun skincare, beras bukanlah bahan kandungan pertama yang kita bayangkan.
Oleh sebab itulah, produk terbaru yang diperkenalkan oleh The Ordinary ini mencipta satu kejutan; bukan hanya dalam kalangan pengguna tegar jenama tersebut tetapi juga untuk peminat dunia kecantikan.
The Ordinary baru-baru ini tampil dengan sesuatu yang lain daripada biasa menerusi pelancaran Rice Lipids + Ectoin Microemulsion.
Ia merupakan produk pelembap bersifat dan bertekstur ringan yang memastikan kulit wajah korang sentiasa mempunyai hidrasi yang cukup lebih-lebih lagi dalam pesekitaran cuaca di Malaysia yang panas.

Menariknya, formula ini menggunakan rice lipids daripada beras (ya, beras!) yang kaya dengan phytosterols. Fungsinya mudah – bagi membantu menguatkan skin barrier dan mengekalkan kelembapan supaya kulit tak cepat kering.
Skincare Game Changer? Pelembap Baru The Ordinary Janjikan Kulit Sihat Tanpa ‘Heavy Feel’
Digabungkan pula dengan minyak jojoba yang menyerupai minyak semula jadi kulit, ia membantu mengekalkan kelembapan tanpa meninggalkan rasa melekit atau berminyak. Oleh itu, kulit wajah korang terrasa selesa sepanjang hari tanpa tekstur berat atau melekit yang merimaskan.
Realitinya, ramai antara kita selalu berdepan dilema bila pilih pelembap.
Nak yang ringan, tapi risau tak cukup lembap. Nak yang rich, tapi takut kulit terasa tebal dan berminyak.
Di sinilah The Ordinary Rice Lipids + Ectoin Microemulsion cuba menggabungkan kedua-dua keinginan pengguna itu dalam satu botol yang ideal. Formula ini menggabungkan bahan berasaskan air dan minyak untuk beri hidrasi sehingga 24 jam, tapi masih kekal ringan bila dipakai.
Ia turut diperkaya dengan Natural Moisturising Factors (NMFs) yang membantu tarik ‘menyimpan’ hidrasi secukupnya dalam kulit, serta ectoin yang dikenali mampu menenangkan kulit kering dan sensitif.
Gabungan ini bukan saja bantu kurangkan kehilangan kelembapan, malah menjadikan kulit terasa lebih halus dan sihat dengan penggunaan yang konsisten.

Bahan Dari Beras Rahsia Terbaru Daripada Dunia ‘Skincare’
Pendek kata, kalau korang sedang cari pelembap yang mudah digunakan tetapi efektif, The Ordinary Rice Lipids + Ectoin Microemulsion patut korang jadikan sebahagian daripada rutin penjagaan wajah korang.
Walaupun bukan ‘one-size-fits-all’, pelembap ini sesuai untuk mereka yang inginkan sesuatu yang praktikal, ringan teksturnya dan mudah menyerap.
Tambahan pula, penggunaan bahan beras dalam formulasi moden menunjukkan bagaimana bahan tradisional boleh diangkat ke tahap yang lebih tinggi dalam dunia kecantikan.
Ini menjadikan produk ini bukan sahaja unik, tetapi juga relevan untuk pengguna masa kini yang mahukan keseimbangan antara sains dan bahan semula jadi.
Anda mungkin berminat dengan

The Ordinary Rice Lipids + Ectoin Microemulsion kini boleh korang miliki daripada stor-stor The Ordinary di seluruh negara dan secara dalam talian pada harga RM88 (60ml) sahaja.
Jika korang mencari pelembap yang ringan tetapi berfungsi secara maksimum, ini mungkin jawapan yang selama ini korang cari dalam rutin skincare harian.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Ramai wanita takut wajah breakout, So, apa yang perlu korang buat?
Viral di twitter baru-baru ini apabila gambar seorang lelaki yang cukup setia bersama kekasih hatinya yang penuh jerawat batu kronik di muka hingga akhirnya muka kekasihnya bersih dan glowing.

Memang tak sangka kan, muka yang penuh jerawat batu pun boleh jadi licin, bersih dan flawless macam tu.
Tapi menariknya, kali ni penulis nak share tip bagaimana si girlfriend yang bernama Amira Syafira ini lakukan untuk dapatkan kulit flawless semula.
Sebenarnya kisah ini mula viral apabila dimuat naik oleh pemilik laman Instagram menggunakan akaun @zuukery.
@zuukery telah memuat naik foto bersama teman wanitanya bernama Amira Syafira pada awal Disember 2019.
Di dalam foto itu, wajah Amira kelihatan mengalami jerawat yang teruk. Tanpa menggunakan sebarang mekap, wajah Amira nampak berlainan dengan gambar sekarang!
Sebenarnya, Amira ambil masa selama enam hingga sembilan bulan sehingga jerawat batu yang teruk di mukanya itu hilang sepenuhnya.
Ini tip yang dikongsikan oleh Amira

Menurut pelajar jurusan perbankan Uitm Pahang ini, beliau buat basic skincare dulu sebelum tambah produk lain yang belum tentu sesuai dengan kulit. Paling penting, cari cleanser yang sesuai, make sure kulit cukup lembab dan pakai sunscreen setiap hari.
Antara produk yang digunakan oleh gadis ini sehingga kulit wajah betul-betul kembali sihat.

Menurut Amira lagi, pastikan korang guna produk yang sesuai. Kalau kulit berminyak, cari produk yang sesuai untuk kulit berminyak. Kalau jenis kulit kering, cari produk yang sesuai untuk kulit kering. So basically, pastikan korang guna produk yang sesuai dengan kulit masing-masing.


Akhir sekali, kalau kulit korang makin teruk, terus saja dapatkan nasihat daripada doktor atau dermatologist. Mereka akan check kulit korang dan berikan ubat atau cream sapu yang sesuai untuk digunakan.
Walau bagaimanapun, semua kulit react dengan cara yang berbeza. Ia bergantung pada kulit korang juga. So basically, ini adalah panduan yang korang boleh try dulu sekiranya kulit wajah tiba-tiba breakout.
Kalau masih tak okay lagi, dapatkan terus nasihat daripada pakar untuk mengelakkan masalah jadi lebih teruk.
Tambahan Amira lagi, beliau juga mengamalkan diet susu untuk elak jerawat tumbuh dengan jayanya.
Wah beruntung Amira dapat boyfriend macam ni kan…
∞
Bintang sensasi, Ariana Grande telah mengumumkan yang dia sudahpun berkahwin dengan pilihan hati, Dalton Gomez pertengahan Mei lalu. Majlis yang dilangsungkan secara tertutup itu hanya dihadiri 20 orang rakan dan keluarga terdekat sahaja.

Bila sudah berkahwin pasti ada busana perkahwinan, betul tak? Akhirnya hari ini, penyanyi popular ini telah memuatnaik gambar hari perkahwinannya dalam balutan busana pekahwinan.

Direka oleh pereka fesyen terkenal Vera Wang, busana gaun perkahwinan tanpa lengan potongan empire itu cukup ringkas tanpa perincian manik atau labuci. Namun rekaan yang moden dengan bukaan dan belahan tinggi di bahagian belakang menjadikan ia sempurna buat selebriti berusia 27 tahun itu.

Gaya busana ini dilengkapkan dengan pemilihan layah ber’volume’ potongan pendek paras bahu dan diserikan dengan tampilan riben keras. No crown, no tiara, just a bow.
Dalam satu hantaran di Instagram, Vera Wang berkata, “Untuk muse yang cukup menakjubkan, betapa hebatnya perjalanan ini bagi kami semua di Vera Wang. Ia merupakan satu kegembiraan dan penghormatan! Semoga anda dan Dalton berbahagia sepanjang hayat.”
Sumber foto: Instagram Ariana Grande
∞
Kata orang patah tumbuh hilang berganti. Tapi bukan untuk gigi kekal ya! Kalau dah patah tu memang tiada tumbuh lagi dah. Apa yang perlu korang lakukan jika berdepan situasi di mana ketika membawa adik bermain di taman, tiba-tiba dia jatuh. Dan tidak semena-mena gigi kekalnya tercabut. Jadi apa yang kamu perlu buat?
Jangan menggelabah, korang harus bertenang… tarik nafas panjang-panjang dan baca tips daripada doktor gigi ini di bawah.
Mungkin korang tidak tahu bahawa gigi adik itu boleh diselamatkan. Ikuti langkah-langkah berikut menerusi perkongsian di Twitter daripada Dr. Ibrahim Shahruddin (@ib_shah), doktor gigi muda yang kini berkhidmat di sebuah klinik pergigian swasta terkenal di ibu negara.

Diulangi, pertama sekali korang jangan panik dan cari gigi yang tercabut dulu

Pegang hanya di kepala gigi dan elakkan sentuh di bahagian lain

Kemudian cuci gigi tersebut dan cuba masukkan balik dalam soket gigi. Lepas tu gigit kapas terus bergegas jumpa doktor gigi

In case korang tak berani atau tak tahu nak masukkan dalam soket gigi, simpannya dalam susu, larutan garam atau dalam air liur.

Tiba di klinik doktor gigi akan teruskan dengan prosedur X-ray dan splint gigi tersebut. Keberangkalian untuk pulih sangat tinggi!

Artikel Berkaitan: Apa Beza Air Gas Biasa vs Diet Soda? Siapa Suka Minum Kena Tahu Ini Akibatnya…
Kalau gigi tersebut ‘mati’ doktor gigi akan sarankan untuk lakukan root canal treatment. Yang penting tulang dah grip semula gigi tersebut!

Tips ini hanya untuk gigi kekal sahaja ya. Kalau gigi susu tak perlu. 🙂

Tapi ingat larutan garam yang dimaksudkan tadi adalah hank’s balance salt solution, bukan air garam ya. 😉

Jadi guys ingat ya, gigi adik kamu boleh diselamatkan. Yang penting kamu jangan panik dan ikuti langkah-langkah di atas. Dapat diselamatkan atau tidak sekurang-kurangnya kita mencuba.
∞