
Terbaru, berita baik buat penggemar siri The Hunger Games apabila filem prekuel yang diadaptasi dari buku terbaru Suzanne Collins, The Hunger Games: Sunrise on the Reaping akan menemui penonton pada November 2026.
Buku yang mengisahkan kisah Haymitch Abernathy, watak kegemaran ramai yang dilakonkan Woody Harrelson dalam trilogi asal, sewaktu dia bertanding dalam Hunger Games ke-50, iaitu 24 tahun sebelum dia menjadi mentor Katniss dan Peeta.
Apa yang lebih menarik, Hunger Games kali ini merupakan sebuah ‘quarter quell’ kedua yang menampilkan jumlah tributes berganda dari biasa. Jadi jom kita tengok barisan pelakon hebat yang bakal memegang watak penting dalam filem ini.
Pelakon muda Australia ini dipilih selepas menampilkan persiapan luar biasa dan berjaya mencuri hati pengarah. Terdahulu, Zada pernah berlakon dalam siri Invisible Boys dan bakal muncul dalam adaptasi We Were Liars serta East of Eden.
Lenore adalah teman wanita Haymitch dari District 12. Whitney yang terkenal dengan watak Zoya Lott dalam Gossip Girl reboot ini juga pernah berlakon dalam Hocus Pocus 2 dan Chilling Adventures of Sabrina. Pada tahun 2023, Whitney menjadi wanita kulit hitam pertama jadi wajah minyak wangi Coco Mademoiselle dari jenama mewah Chanel!
Pelakon lagenda yang pernah berlakon dalam Schindler’s List dan Harry Potter (Voldemort) akan kembali jadi Presiden Snow, tokoh diktator Panem yang paling dibenci.
Elle akan membawakan watak Effie, yang dalam prekuel ini mula jadi stylist untuk tributes District 12. Elle juga baru muncul dalam siri The Great dan filem A Complete Unknown bersama Timothée Chalamet.
Pengacara rancangan televisyen yang pelik dan menghiburkan ini akan dibawakan Kieran, pelakon yang menang Emmy untuk siri Succession.
Pelakon cilik yang kini popular ini akan jadi salah seorang tribute perempuan dari District 12. Mckenna pernah berlakon dalam Captain Marvel dan The Vampire Diaries.
Jesse akan jadi Plutarch muda, yang kelak menjadi gamemaker dalam Hunger Games. Pelakon ini pernah membintangi Breaking Bad, Fargo, dan filem-filem hebat seperti The Irishman.
Pemenang Hunger Games ke-49 ini kembali untuk menjadi mentor di Games ke-50. Maya, anak kepada Uma Thurman dan Ethan Hawke, terkenal dengan peranannya dalam Stranger Things.
Beetee, pemenang ke-34 dan bapa kepada salah seorang tribute, dimainkan oleh Kelvin yang pernah muncul dalam The Trial of the Chicago 7 dan Elvis.
Mags, pemenang Hunger Games ke-11 dan mentor di Games ke-50, akan dilakonkan oleh Lili yang terkenal dengan filem klasik Mystic Pizza dan siri Marvel’s Daredevil: Born Again.
Apa yang pasti, filem The Hunger Games: Sunrise on the Reaping ini bakal menjadi filem yang akan menggamatkan dunia peminat dengan bakat muda dan bintang hebat yang dipilih rapi.
Nantikan kemunculannya di pawagam tahun hadapan dan bagi anda penggemar #TheHungerGames bersiap sedia menyaksikan kisah epik sebelum segala-galanya bermula!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.