
Kasih sayang antara manusia dan kucing memang tidak dapat dinafikan lagi. Inikan pula kucing yang dipelihara sejak kecil lagi.
Hari ini kira-kira jam 5.30 petang pasukan bomba dikerah ke jambatan berhampiran D.Island Putra Perdana, Puchong bagi menyelamatkan seekor kucing yang terjatuh ke dalam sungai besar dan tersangkut pada longgokan sampah.
Dalam video berdurasi 2.19 saat iui dapat dilihat seorang anggota bomba turun ke bawah jambatan sambal diikat pada tali keselamatan untuk menyelamatkan kucing yang kesejukan itu.
Saksikan bagaimana seorang anggota bomba menyelamatkan seekor kucing yang terperangkap di atas longgokan sampah hanyut yang tersangkut pada tiang jambatan.
Kejadian berlaku di jambatan berhampiran D. Island Putra, Perdana, Puchong kira-kira jam 5:30 petang tadi.@BuletinTV3 pic.twitter.com/YeFN9omTQB
— PANG CHINN FEI (@CHINNFEI) November 17, 2020
Selepas kira-kira hampir 2 minit akhirnya haiwan tersebut berjaya dinaikkan. Kelihatan tuan kucing tersebut memeluk haiwan peliharaannya itu sambil menangis.
Tahniah kepada pasukan bomba yang bertugas tanpa mengira apa pun hidupan dan yang pastinya perkhidmatan anggota bomba sangat dihargai kerana kecekapan dan ketangkasan mereka.
***P/S – Semalam min bawa kucing min main di taman, sekali dia berlari bawah jambatan. Nasib baik air cetek kalau tak min pun panggil bomba!
Sumber: Twitter Pang Chinn fei
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hikmah Kerusi Roda Dicuri Di Makkah, Usahawan Moon Cake Victory Yaya Kini Mampu Berjalan

Ramai yang pasti mengenali Haziqah Nurul Huda Harun, 23 tahun yang merupakan usahawan pembuatan kek bulan halal yang menjadi viral di media sosial. Bukan saja rasa kuih bulannya yang cukup enak tetapi semangat dirinya yang tidak pernah mengalah biarpun hanya mampu duduk di kerusi roda sahaja membuatkan ramai terinspirasi dengan kecekalan dirinya.
Sering diangkat sebagai individu kurang upaya yang cemerlang sejak dulu lagi kerana perniagaan diasaskannya, Vy Empire Group Sdn Bhd iaitu pembuatan kuih bulan dan kuih bakul, semalam dirinya dinobatkan sebagai penerima Anugerah Inspirasi Kehormat CEO 2019 di Putrajaya.
Apa yang lebih menarik, jika sebelum ini Haziqah Nurul Huda sering tampil dengan berkerusi roda tetapi semasa menerima anugerah, dirinya dilihat hanya menggunakan tongkat sekaligus membuatkan ramai tertanya-tanya adakah masalah kelumpuhan dihadapinya sudah tiada.


Di fbnya, Yaya Victory Yaya, usahawan manis ini mengumumkan, dirinya sudah tak lumpuh lagi dan beliau menjelaskan sudah lama berkeinginan memakai gaun. Memang cantik Yaya!
ouhhh.. ramai lgi yg x tau yaya dah x pakai wheelchair n kaki dah x lumpuhh yeee?? sorryy.. uhuuhuhuhuuuu… dakpe2… esok kita sharing2 mcm mana yaya boleh berjalan balik setelah 9 tahun diuji dngn lumpuh, korang onzz dak?? hehehe… mlm nih tido dlu… penat dok abih lgi… aci?? kikiki…
Baca perkongsian Harian Metro yang menemuramah usahawan berjaya ini.
HAMPIR sembilan tahun gadis ini hidup bergantung kerusi roda, namun semuanya berubah selepas 12 hari dia berada di Makkah untuk menunaikan umrah.
Daripada lumpuh disebabkan ketidakupayaan kaki kiri, Haziqah Nurul Huda Harun, 23, sudah boleh berdiri dan menggunakan tongkat untuk bergerak.
Katanya, insiden ketika mengerjakan umrah bersama ibu bapanya, Rohana Latif, 55, dan Harun Che Muda, 64, pada 10 hingga 21 Disember lalu sangat meninggalkan kesan, malah mengubah hidupnya 100 peratus.
“Saya jatuh terlentang ketika di hadapan pintu masuk Masjidil Haram dan kerusi roda saya juga dicuri ketika mengerjakan tawaf.
“Tetapi Allah maha mengetahui, insiden itu bukanlah musibah sebaliknya anugerah Allah kerana sejak kejadian itu, kaki kiri Yaya (panggilan manjanya) yang selama ini lumpuh, sudah makin berfungsi,” katanya ketika dihubungi di Chukai, hari ini.


Gadis itu yang dikenali sebagai usahawan kuih bakul halal, lumpuh selepas dijangkiti kuman ketika berusia 15 tahun dan kerusi roda sudah menjadi alat bantu wajib untuknya bergerak.
“Sembilan tahun Yaya hidup bergantung kepada kerusi roda tetapi sejak kerusi roda hilang di Makkah, Yaya tidak lagi memerlukannya. Pada mulanya ralat juga apabila kerusi roda yang diletakkan di tempat letak peralatan itu, hilang selepas selesai mengerjakan tawaf.
“Tetapi sekarang, sangat bersyukur kerana hilangnya ia mendorong Yaya bergerak tanpa menggunakan peralatan itu lagi. Yaya hanya menggunakan tongkat sepanjang berada di Mekah dan sekarang lebih selesa bertongkat,” katanya.
Haziqah Nurul Huda menganggap hikmah kehilangan kerusi roda dan jatuh di hadapan pintu Masjidil Haram sebagai terlalu besar untuk insan kerdil sepertinya.
“Memang sangat sakit akibat terjatuh hingga Yaya demam tetapi, hikmahnya Allah kembalikan kaki kiri Yaya dan ia semakin berfungsi dengan baik.
Doktor juga terkejut dengan perkembangan drastik ini dan harapan Yaya untuk berjalan seperti biasa sangat cerah selepas ini,” katanya.


Berikutan saiz kaki kirinya kecil berbanding kanan, katanya, dia perlu menjalani beberapa siri fisioterapi dan yakin perubahan positif sedikit demi sedikit..
“Terlalu banyak dugaan yang dilalui sepanjang 2019. Dugaan daripada orang sekeliling, dugaan dalam perniagaan dan tahap kesihatan Yaya yang tidak menentu. Tetapi rupanya Allah ingin anugerahkan sesuatu yang istimewa kepada Yaya menjelang 2020.
“Berkat kesabaran dan doa yang tidak putus-putus, selain sentiasa bersangka baik terhadap ketentuan Allah, akhirnya impian Yaya untuk kembali pulih bakal menjadi kenyataan pada 2020,” katanya.
Menurutnya, impiannya untuk memakai gaun indah dan berdiri juga tertunai selepas menerima Anugerah Inspirasi Kehormat CEO 2019 di Putrajaya, baru-baru ini.
Haziqah Nurul Huda mula dikenali selepas mengusahakan perniagaan kuih bakul atau 'Nian Gao' yang menjadi makanan wajib bagi kaum Cina setiap kali menjelang perayaan Tahun Baru Cina.
Kegigihan gadis OKU itu melayakkannya menerima Anugerah Tokoh Orang Kurang Upaya (Perempuan) pada majlis sambutan Maal Hijrah 1440 Hijrah/2018 peringkat Terengganu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hati-Hati Upload Lagu Tular, Ramai Pasangan Bercerai Gara-Gara ‘Lagu Sumpahan’ Ini

Siapa sangka muzik atau sebuah lagu boleh menyebabkan rumah tangga menjadi berpecah belah.
Sudah menjadi trend, apabila sesuatu perkara mula trend, ramai turut ingin mengikuti dan meniru trend tersebut tanpa berfikir panjang sama ada ia bakal mendatangkan kebaikan atau sebaliknya.
ARTIKEL BERKAITAN : Didakwa Jadi Perosak Rumah Tangga, Skandal Nissa Sabyan Sah Bercerai

Jika korang salah seorang penguna aplikasi Tiktok mesti korang perasan dengan sebuah lagu berjudul Mesaytara atau pernah lalu di ‘for your page’ korang.
Awas ya! Lagu sumpahan ini menjadi punca banyak kes penceraian. Halnya hanya sedikit hanya kerana apabila sang isteri memuat naik video pasangan dengan latar lagu Mesaytara ini.
Tapi apa disebalik makna lagu tersebut?
Untuk pengetahuan korang, lagu ini berbentuk provokasi dengan perkataan ‘mesaytara’ ini apabila diterjemahkan membawa maksud ‘Saya dominan’ yang mana liriknya memberitahu si isteri paling berkuasa dan mampu mengawal serta tundukkan suami
Lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi Syria, Lamis Khan ini pastinya membuatkan si suami berasa malu dan tercabar seolah-olah mereka penakut sehingga mengikut telunjuk isteri lebih-lebih lagi apabila dimuat naik di aplikasi yang menjadi tumpuan untuk berhibur.
Berpunca dengan lagu ini juga di Syria, seorang wanita diceraikan suaminya gara-gara merakam suami yang sedang mencuci pinggan untuk dimuat naik di aplikasi TikTok.

Malah, media melaporkan, rakaman video itu menggunakan latar lagu Mesaytara yang mana apabila diselidik lirik lagu tersebut, ia memberi gambaran seolah-olah lelaki berada di bawah kawalan isteri.
Lagu Mesaytara telah dianggap sebagai lagu sumpahan kerana ini bukan kes pertama berlaku gara-gara sebuah lagu. Di Iraq dan Jordan juga berlaku kes penceraian yang hampir sama apabila si isteri merakam suami membantu melakukan kerja rumah untuk dimuat naik ke TikTok.
Paling tragis, Januari lepas, sebuah majlis perkahwinan di Baghdad juga berakhir dengan penceraian ketika dalam majlis berlangsung apabila isteri memilih lagu ‘Mesaytara’ untuk diperdengarkan khalayak.
Justeru, sebelum upload atau muat naik apa-apa content di media sosial, fikirlah baik buruknya dahulu. Jangan menimbulkan fitnah kepada diri sendiri dan orang lain. Kan tak pasal-pasal kena cerai…huhuhu
BACA LAGI : Tular Penggambaran PraPerkahwinan Berkonsep Kematian. Kreatif Atau Menakutkan?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Gulf News
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anak Lelaki Ratu Elizabeth II Disaman Di Mahkamah New York Atas Kes Penganiayaan Seksual

Skandal penganiayaan seksual yang melanda anakanda ketiga Ratu Elizabeth, Putera Andrew benar-benar menggoncang institusi Diraja Britain. Kes yang mula tular sekitar tahun 2019 ini menyaksikan mangsa, Virginia Giuffre tampil ke hadapan bercerita bagaimana dia telah dipaksa melakukan hubungan seksual dengan kerabat Diraja itu.
Menurut mangsa, dia dipaksa dan ‘dipinjamkan’ oleh Jeffrey Epstein untuk melakukan hubungan seksual tanpa rela bersama sahabat lelaki tersebut dan antara individu yang terlibat adalah Putera Andrew sendiri.

Virginia yang sekarang berusia 38 tahun mendakwa kejadian yang berlaku kira-kira 20 tahun lalu itu ketika dia berusia 17 tahun. Kejadian tersebut dikatakan berlaku di rumah Eipstein yang terletak di New York dan juga Little James yang merupakan sebuah pulau peribadi milik hartawan itu.
Walaubagaimanapun Putera Andrew menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan menyatakan yang beliau tidak pernah bertemu dengan wanita tersebut apatahlagi melakukan hubungan seksual. Dakwaan tersebut memberikan kesan yang buruk dan mencalar imej keluarga Diraja Britain.

Ekoran itu, pada tahun 2019 Putera Andrew telah mengundurkan diri dari menjalankan tugas-tugas Diraja. Persahabatannya dengan Epstein juga menjadi faktor utama menyumbang kepada kes ini. Eipsten yang ditangkap pihak berkuasa telah membunuh diri pada tahun yang sama ketika di dalam penjara saat didakwa terlibat dengan kes pemerdagangan manusia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

