Pelakon terkenal, Yoo Ah-in yang kini disiasat pihak polis ekoran penyalahgunaan dadah, tampil membuat permohonan secara terbuka di Instagram miliknya.
Menerusi satu hantaran terbaharu dalam kenyataan panjang lebar, pelakon filem popular #Alive itu memaklumkan dia bersedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dan menerima kritikan yang dilayangkan terhadapnya susulan penangkapan tersebut.
“Saya mohon maaf kepada mereka yang bekerja dengan saya dalam filem, drama, iklan dan banyak lagi.
Ads
“Saya akan galas tanggungjawab ini. Saya sedar, kesalahan ini tidak boleh ditutup dengan alasan. Tindakan saya yang mempertahankan diri, tidak akan menutup kesilapan ini.
“Saya akan beri kerjasama penuh terhadap siasatan polis, dan sedia dikritik serta menerima hukuman selaras undang-undang,” coretnya panjang.
Ads
Pada 5 Februari lepas, polis telah menahan pelakon naskhah Hellbound itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.
Ads
Hasil ujian air kencing mendapati Yoo Ah-in positif tetrahydrocannabinol, salah satu unsur dalam dadah jenis ganja.
Laporan media Korea Selatan juga menyebut pelakon berkenaan kelihatan sedikit kurus berbanding sebelum dia muncul selepas selesai menjalani proses soal siasat di Unit Siasatan Jenayah Dadah, Seoul selama 12 jam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Khabar angin tersebut dilaporkan berpunca daripada laporan eksklusif oleh saluran media Proof, di mana mereka mendakwa bahawa orang dalaman industri tersebut yang melaporkan informasi berkenaan.
Orang dalaman tersebut melaporkan bahawa Lee Junho dan Im YoonA telah berpacaran sebelum penggambaran drama hujung minggu JTBC King The Land berlangsung.
Turut dimaklumkan bahawa kedua-duanya dikatakan memilih drama tersebut di atas sebab itu.
Sebagai tindak balas, kedua-dua agensi idola K-Pop tersebut segera mengeluarkan kenyataan menafikan perkara tersebut.
Kedua-duanya rapat tetapi laporan bahawa mereka berpacaran adalah tidak benar.
— JYP Entertainment
YoonA rapat dengan Junho, tetapi khabar angin mereka berpacaran adalah tidak benar.
— SM Entertainment
Sebelum ini, ramai netizen mempersoalkan kesahihan laporan itu dengan ramai yang mengecam saluran media itu kerana menyiarkan laporan tersebut hanya berdasarkan khabar angin industri.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Koreaboo, AllKpop
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kali terakhir selebriti serba boleh, kacak dan berkarisma Thailand, Win Metawin berkunjung ke Kuala Lumpur adalah pada 5 November lalu. Ia bersempena jelajar Asia ‘Shooting Star’ yang merupakan acara ‘meet & greet’ selebriti Thailand popular dengan para peminat mereka anjuran ACO Media dan AMM.
Bertempat di Tropicana Gardens Mall Convention Centre, kehadiran kali pertama Win itu juga disertai oleh rakan gandingannya, Bright Vachirawit, Dew Jirawat dan Nani Hirunkit yang telah mendaki carta populariti sebagai kumpulan F4 dalam siri Meteor Garden versi Thailand.
Acara yang menyelitkan persembahan nyanyian lagu-lagu seperti Who Am I, Best Life, In The Wind, Lost And Found, Shooting Star dan The Person Must Be You (dari siri Still 2gether The Series) itu bertambah gamat dengan permainan ‘Familiar Game’ serta interaksi mereka berempat bersama peminat. Sambil itu, Win berharap agar dirinya akan kembali semula ke Kuala Lumpur pada masa akan datang.
Tidak sangka pula, hanya selang tiga minggu kemudian, harapan Win itu menjadi realiti apabila dia diundang semula ke Kuala Lumpur semalam. Kali ini, ia bersempena pembukaan semula butik Prada di Pavilion Kuala Lumpur.
Kelibat Win, 23 ingin sekali dilihat oleh para peminat yang sanggup beratur di luar butik seawal empat jam sebelum acara bermula lagi.
Win nyata tidak mengecewakan apabila tampil memukau dengan rupa paras yang menjadi idaman peminatnya sambil menyarungkan persalinan Prada serba hitam.
Khabarnya, Win juga dijadualkan meluncur video muzik terbaru pada 6 Disember ini bagi sebuah single baharu yang masih belum diketahui judulnya.
Malah untuk tahun 2023, Win bakal bersatu semula dengan empat lagi pelakon Meteor Garden itu. Cuma kali ini, ia adalah untuk siri berjudul Beauty Newbie dan turut dibintangi oleh pelakon wanita terkenal Thailand, Baifernbah.
Wah, Kuala Lumpur sudah boleh diibaratkan sebagai rumah kedua Win Metawin kan berdasarkan kekerapan kehadirannya di sini.Harapnya korang dapatlah mengambil swafoto bersamanya semalam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pejam celik, hampir setahun sudah pemergian pelakon popular Bollywood, Sushant Singh Rajput.
Pada 14 Jun tahun lalu, Sushant ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di kediamannya di Mumbai.
Kes kematian Sushant ini mendapat perhatian seluruh India; bukan hanya disebabkan popularitinya sebagai seorang pelakon tetapi kerana sehingga ke hari ini, peminat masih keliru berkenaan punca kematian Sushant sama ada ia akibat perbuatan bunuh diri ataupun dibunuh.
Siasatan masih dijalankan dan terbaru, bekas teman kediamannya, Siddharth Pithani telah ditahan di Hyderabad oleh pihak berkuasa bagi membantu siasatan.
Apapun, bukan siasatan kematiannya yang ingin kami perkatakan pada kali ini tetapi ia mengenai pencalonan Sushant Singh Rajput dalam carta tahunan The 100 Most Handsome Men 2021.
Carta yang dikendalikan oleh Top Beauty World yang diwakili oleh tiga orang pakar pembedahan plastik dari Los Angelas ini selalu mencuri perhatian para peminat selebriti-selebriti yang tercalon bagi kategori lelaki dan wanita.
Biarpun Sushant sudah meninggal dunia hampir setahun yang lalu, nama mendiang masih tercalon hasil dedikasi peminatnya.
Tinjauan REMAJA terhadap poster yang dimuat naik oleh Top Beauty World mendapati peminatnya tidak merasakan pencalonan ini ‘tidak sensitif’ kepada insan yang telah meninggal dunia.
— TOP BEAUTY WORLD (@Dtopbeautyworld) May 12, 2021
Malahan, mereka lebih bersemangat untuk mengundi Sushant agar namanya akan termasuk dalam senarai akhir 100 lelaki paling kacak pada tahun 2021.
Selain Sushant, beberapa nama selebriti lelaki dari Asia yang turut tercalon (buat masa ini) ialah Mohsin Khan, Aly Goni, Zian Imam, Hrithik Roshan, Sharad Malhotra, Abinav Shukla dan Shah Rukh Khan.
Pada tahun lalu, satu-satu selebriti lelaki dari Malaysia yang tercalon ialah pelakon serta Hero Remaja 2011/2012, Fattah Amin.
Awal bulan ini, bekas gandingan Sushant iaitu Ankita Lokhande dalam drama popular Pavithra Rishta telah bercakap mengenai sisi kebaikan mendiang menerusi video IGTV.
Video tersebut telah dimuat naik khas sempena menyambut ulang tahun drama tersebut kini telah ditayangkan selama 12 tahun. Kata Ankita, set penggambaran Pavithra Rishta tidak lagi sama tanpa kehadiran Sushant.
“Saya pasti dia sedang melihat kami pada hari ini dan gembira di mana saja dia berada. Saya asalnya bukanlah seorang pelakon. Dialah yang bertanggungjawab mengajar saya erti sebenar lakonan kerana dia merupakan senior di set. Mendiang adalah seorang pelakon dan gandingan yang hebat, saya cukup bertuah untuk bekerja dengannya.”
Untuk pengetahaun, Ankita dan Sushant pernah menjalin hubungan cinta selepas berkenalan di set pengggambaran drama tersebut. Enam tahun lamanya mereka bersama, namun jodoh tidak berpanjangan apabila masing-masing bersetuju untuk berpisah pada tahun 2016.