Terlepas Tarikh Vaksinasi? Jangan Panik! KKM Kongsi Beberapa Langkah

Share

Baru-baru ni ramai diantara kita yang kalau boleh setiap hari periksa MySejahtera sama ada dah ada update atau belum.

Ada beberapa kes yang jadi dimana tarikh temujanji mereka muncul secara tiba-tiba di aplikasi MySejahtera dan tidak semua diantara kita yang selalu periksa MySejahtera, alamatnya terlepaslah temujanji korang tu!

Disebabkan perkara sebegini sering berlaku kepada orang ramai, dan ramai yang telah bertanyakan solusi kepada masalah ini kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ini adalah perkara yang korang boleh buat kalau terlepas temujanji vaksin korang.

Menerusi perkongsian KKM di akaun Facebook rasmi mereka, sebenarnya tiada apa sangat yang korang perlu buat, melainkan hanya untuk menunggu sahaja, kerana jika korang terlepas tarikh vaksinasi, tarikh yang baru akan diberi semula kepada korang secara automatik selepas 7 hari!

Sumber: Facebook KKM

Mudah je, kalau korang terlepas tarikh vaksinasi korang, tunggu je selama 7 hari, lepas tu nanti korang periksa semula, confirm 

dah ada nanti.

Jadi bagi korang yang terlepas tarikh vaksinasi, korang tak perlu menelefon talian hotline pendaftaran vaksin di 1800-888-828 kerana ianya akan diperbaharui secara automatik. Walaubagaimanapun, tarikh vaksinasi yang baru tidak akan diberikan kepada yang mendaftar vaksin Astra-Zenecca. Mereka perlu menunggu untuk temujanji baru dibawah National Immunisation Programme (PICK).

Menurut sumber JKJAV ada 16 Jun yang lalu, kira-kira 5,108,948 dos vaksin yang telah diberikan dan kira-kira 5.1 juta daripada 3,632,195 telah diberi dos pertama vaksin ini manakala 1,476,753 lagi akan diberi dos kedua mereka.

Bagi yang belum dapat tarikh vaksinasi tu, jangan risau, teruskan menunggu dengan sabar, semoga kesabaran kita itu bakal memberikan khabar yang baik kepada kita satu hari nanti..

 

IKLAN