Politik sekali lagi menjadi penyebab kepada kekecewaan dalam kalangan peminat bola sepak di negara seberang, Indonesia.
Setelah terpaksa menanggung malu akibat pengurusan lemah semasa tragedi rusuhan di Stadium Kanjuruhan pada Oktober 2022 sehingga menyebabkan lebih daripada 130 kematian, kini sinar baharu untuk membawa semula persada bola sepak Indonesia ke sudut yang lebih positif juga tidak kesampaian.
Ini setelah Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa atau FIFA semalam menarik balik hak Indonesia sebagai tuan rumah kejohanan Piala Dunia Bawah 20 Tahun; hanya beberapa minggu sebelum ia dilangsungkan.
Reaksi pasukan bola sepak bawa 20 tahun Indonesia apabila dikhabarkan berita buruk ini semalam.
Penarikan semula ini berikutan kelantangan protes beberapa kem politik di Indonesia yang menentang penyertaan pasukan bola sepak Israel pada kempen kali ini.
Umum mengetahui bahawa hubungan diplomasi rasmi di antara Indonesia dan Israel tidak wujud memandangkan negara majoriti penduduk Islam itu sentiasa memihak kepada saudara seagama yang menetap di Palestin.
Tambahan pula, dua orang gabenor berpengaruh di Indonesia sebelum ini bersungguh-sungguh melaungkan penentangan mereka terhadap penyertaan Israel dalam kejohanan itu. Penentangan ini sekaligus tidak disenangi oleh badan FIFA yang ingin memastikan semua pasukan dapat bertanding secara selamat di negara tuan rumah.
Ads
Disebabkan penarikan drastik oleh FIFA ini juga, penyertaan pasukan bola sepak bawah 20 tahun Indonesia kehilangan tiket automatik sebagai tuan rumah untuk menyertai kejohanan yang berlangsung setiap dua tahun sekali itu.
Lapor media Indonesia, berita tersebut amat memberi kesan kepada peminat bola sepak negara itu terutamanya pemain kebangsaannya.
Ads
Penyerang 19 tahun Indonesia, Rabbani Tasnim mengeluh kepada pemberita di sana dengan berkata, “Tenaga, masa, peluh dan darah yang kami curahkan, tetapi ia digagalkan disebabkan alasan politik. Ini adalah impian besar kami yang telah anda hancurkan.”
Manakala penyerang 18 tahun Indoneisa, Hokky Caraka turut berkongsi sentimen sama. “Kami, para pemain, kini terkesan. Bukan hanya kami tetapi semua pemain bola sepak Indonesia.”
Ads
Haih, sabarlah pasukan Garuda.
Untuk pengetahuan korang, kejohanan Piala Dunia bawah 20 tahun pada asalnya dijadualkan berlangsung di Indonesia dari 20 May hingga 11 Jun hadapan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kediaman yang bersih bukan hanya untuk sedap mata memandang, malah ia turut membuatkan kita rasa selesa berada di rumah sendiri. Kebiasaan daripada kita menggunakan vacuum bagi tujuan membersihkan rumah kerana ia lebih mudah untuk menyedut segala kekotoran.
Terdapat beberapa jenis vacuum yang ada di pasaran, termasuklah upright, canister, handheld, cordless, robotic dan banyak lagi. Jika sebelum ini, masyarakat kita sudah terbiasa menggunakan vacuum jenis canister, handheld dan juga cordless, kini nampaknya ramai yang sudah beralih kepada vacuum jenis robotic.
Canister vacuum (Foto: dirtdevil.com)
Beberapa tahun lepas, harga robot vacuum ini menjangkau sehingga ribuan ringgit, namun kini ia boleh didapati dengan harga bawah RM100. Tapi, bila harganya murah seperti itu, janganlah korang bandingkan dengan robot vacuum yang berjenama. Hiks!
Bagi yang baru nak mencuba atau sedang tercari-cari robot vacuum ini, korang boleh lihat perkongsian yang telah dibuat oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Rozy Mohd Saleh. Jelasnya, kenapa dia memilih robot vacuum ini adalah kerana ia bukan hanya boleh vacuum, malah mengemop rumah sekali.
Xiaomi Robot Vacuum Mop ini mempunyai dua jenis dalam kategori harga mampu milik yang kurang daripada RM1000. G1 dan 1C. Setelah membuat sedikit pencarian, Rozy memilih jenis 1C kerana ia ada banyak kelebihan berbanding G1.
Harganya sewaktu promosi dalam RM699 dan kalau tanpa promosi, sekitar RM700+ atau RM800+ bergantung pada kedai di Shopee itu juga. Warranty boleh pilih nak berapa tahun tapi kena bayar lebih sikitlah. Kalau yang biasa, normal warranty 1 tahun.
Kalau nak tahu penjelasan lebih lanjut, korang boleh lihat video dan gambar di bawah.
Okay, layoqqqqqqq..
(tukaq tajuk sebab kawan kata aku melayoq 😆😆)
Amacam, menarik kan? Nah, apa lagi kalau duit dah cukup bolehlah terus beli. Bagi yang masih berkira-kira lagi, tak mengapa, korang sempat menabung lagi ok?
Baru-baru ini, atlet menembak dari Iran, Sareh Javanmardi memberi penghormatan kepada Al-Quran selepas memenangi pingat emas dalam pertandingan menembak Sukan Paralimpik Paris 2024, mendapat pujian daripada institusi Al-Quran utama.
Sareh memperoleh pingat emas dalam acara P2 10 meter pistol udara SH1 pada Paralimpik Musim Panas 2024 di Paris.
Sabtu lalu, pemain berusia 39 tahun itu sebelum ini memenangi emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, memperoleh 236.8 mata meraih tempat pertama. Penembak Turki, Aysel Ozgan memperoleh pingat perak dengan 231.1 mata, manakala atlet India Rubina Francis meraih gangsa dengan jumlah 211.1 mata.
Sejurus selepas memenangi perlawanan terakhirnya, Sareh mencium senaskhah al-Quran sebelum melakukan sujud di atas bendera negaranya.
Ketua Dar-ol-Quran Iran mengeluarkan kenyataan, memuji tindakan atlet itu dalam menghormati al-Quran.
Pingat emas di Paris merupakan yang keempat dimenangi Sareh sepanjang lima kali penyertaan Sukan Paralimpik iaitu dua di Paralimpik Rio 2016 manakala satu di Paralimpik Tokyo 2020.
Sekadar info, Sareh yang diberi julukan Iran Pistol Queen dilahirkan dengan kecacatan pada bahagian kaki mengumumkan akan bersara demi menumpukan perhatian kepada keluarga.
Sumber: Sinar Plus
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan personaliti media sosial, Norreen iman menzahirkan rasa syukur apabila berjaya mendidik cahaya mata tercintanya dengan betul.
Berkata kepada Remaja, pelakon drama popular Rindu Awak Separuh Nyawa itu berkongsi anak perempuannya, Ellen sama sekali tidak melenting dan hanya santai apabila menceritakan semula kejadian menjadi mangsa ‘body shaming’ oleh rakan-rakan di sekolah.
“Ellen seorang anak yang sangat telus dan jujur. Jadi apabila saya dapat tahu cerita itu, pertama sekali sebagai ibu tentulah saya sedih kerana masih lagi ada anak-anak yang menganggap saiz tubuh badan sebagai bahan lawak.
“Saya mengajar anak saya untuk terima diri sendiri dengan bagaimanapun keadaan fizikal. Bila anda semua lihat video itu, Ellen jawab dengan penuh santai tetapi kita sebagai ibu ini sebenarnya kecewa dan sedih,” katanya.
Pada masa sama, Norreen bersyukur kerana anaknya itu tidak sedih dan menerima dengan hati yang terbuka apabila tubuh badannya menjadi bahan lawak oleh rakan-rakan.
“Apabila kita lihat anak boleh jawab seperti itu, bermakna Alhamdulillah ‘aku ajar anak aku dengan cara yang betul kerana dia tidak sedih dan boleh menjawab persoalan dengan santai,” tuturnya lagi.
Sebelum ini tular di media sosial, menerusi perkongsian Norreen di TikTok menceritakan pengalaman anaknya pernah dipanggil gemuk oleh kawan-kawan di sekolah.
Menerusi video tersebut memaparkan Norreen memuji anaknya tetap kelihatan cantik dalam apa jua keadaannya.
SUMBER FOTO: Instagram Norreen Iman
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi seorang remaja cemerlang, hafiz 30 juzuk dan pelajar 10A+ SPM yang berani menolak tawaran besar demi mengejar impian menjadi juruterbang. Keteguhan prinsipnya menyentuh hati ramai.